Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Monday, April 27, 2009

Baju Baru lagi...


Satu aku perasan dengan diri aku sekarang. Aku enjoy clothes section dekat mall. Dulu aku agak tidak suka section pakaian sebab baju yang aku berkenan semua tak ada saiz. Baju ni aku beli sebagai tanda kejayaan dapat 71kg. (Walaupun aku target untuk 70kg minggu lepas), hadiah tetap hadiah. Dah puas berusaha, penurunan di penimbang berat harus di celebrate. :). Bukan senang nak jadikan habit pemakanan sihat dan senaman okey. Bila-bila masa sahaja harus aku punya semangat down. What keep me motivated? Baju baru!

Aku perasan, bahagian pinggang aku dah mula menampakkan curve. Dah tak macam tong drum yang straight je dari atas ke bawah. Yea...way to go ezza. Next penimbangan kalau ikut schedule ialah 17 Mei...harap-harap dapat 67kg. Fuh kiri fuh kanan..

Monday, April 20, 2009

@71kg



Aku sebenarnya target timbang kali ni dah jadi 70kg. Tapi dapat 71kg je. Huhuhu. Sedih seposen. Penimbang tu pun macam perli aku je. Jarum duk diantara 70 and 71. Tengah-tengah. Malas aku nak sebut 70.5kg pasal tak sedap bunyinya. So bundar kepada 1 yang terdekat jadilah 71kg.

Well, dah terlalu lama rasanya tak berada pada 71kg. 6tahun ada kot? :) Baju baju semua longgar. Oh edisi riak, seluar jean selai yang aku beli sebab semua seluar jeans aku sudah longgar, dah longgar lagi. It is time to buy a new pair of jean! (again???).

Anyhow, I am more confident with myself now and with more weight loss to come, I am gaining more and more confident with it. Strange but true, fat people is lack with confident. Aku salah seorang daripanya. But I must say, it is a lot easier to walk as fat person because even you are so big, just a few people will notice you. When you start losing weight, orang start jeling-jeling pandang-pandang. Aneh betul. Sepatutnya orang yang saiz tong drum la lagi orang cepat perasan?

Edisi kagum pada diri sendiri lagi, I loss 13kg in 3 months!! Read again 13kg in 3 months. Wow, watch what you eat combine with a good exercise are surely more effective compared to any weight loss product. Siapa nak sahut cabaran menurunkan berat badan secara tradisional lagi? Jom! :)


Wednesday, April 8, 2009

Baju Besar-Besar Kat Belakang

Aku saje jalan-jalan kat kedai-kedai baju di Giant Taman Permata selepas ke AVON semalam. Sedang aku belek-belek baju, tuan kedai datang dengan penuh ramah tamah.

'Dik, baju besar-besar kat belakang...murah je... RM50.00 2 helai. Selalu kita jual RM39 sehelai. Ni ada promosi nak habiskan stok.'

Terguris tau perasaan aku.
1. Macam tak layak je aku nak pegang-pegang baju saiz mungil mungil kat depan tu
2. Baju besar-besar letak kat belakang

Aku pun masuk la tengok
1. Huduh ya ampun macam kain langsir cotton dijahit jadi baju je..berbunga-bunga buruk gile
2. Tak ada cutting langsung, macam baju untuk tong drum pakai.

Sedih la aku. Aku takmo dah dapat layanan 'baju besar-besar kat belakang'... Aku nak pakai baju saiz saiz org normal je. Dan sebab terguris feeling, aku work out lebih 15minit dari biasa malam tadi.

Harap-harap cepatlah aku sampai target, dah takmo melalui experience itu.

Friday, April 3, 2009

Macam Tak Percaya

Rupanya aku baru jalani hidup baru tak sampai 3 bulan dan aku sibuk duk frust-frust sebab tak sampai sasaran turun 1kg seminggu masa dari 74 nak ke 73kg tuh.

Aku mula pada 19 Januari dengan berat sebanyak 84kg dan aku berjaya dapat 73kg pada 28 March. Ini bermakna aku berjaya turunkan 11kg dalam masa 10minggu. Secara purata lebih dari 1kg seminggu! Jadi kenapa aku nak kecewa lebih-lebih pula. :)

Teruskan usaha mu ezza. chewah!