Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Monday, May 25, 2009

Town Brisk Walking - Setiawangsa Ke Dato Keramat

Aku dengan mekda dengan jayanya berjalan kaki laju dari rumah (Setiawangsa) ke Pasar Datuk Keramat dan patah balik ke Setiawangsa pada hari Sabtu lepas. Ada la gambar-gambar tapi aku tak perasan baju aku terselak lak. Terpaksa lah aku mentidak postingkan gambar-gambar itu. Hahaha.

Jadinya jarak 3.5km sehala, pergi tu okeyla..idak la terasa apa-apa. Time balik tu rupanya mendaki bukit yo. Rasa macam boleh dapat seseksi bontot Jenifer Lopez la lepas nih. Haha. Total minus plus 7km. Siap balik boleh menyinggah di Pasar Tani Setiawangsa lagi.

Keluar lebih kurang jam 7.30pagi, sampai rumah sempat aku tengok Grey's Anatomy season 5 satu episod sebelum terkulai jam 10.30pagi. Penat ho..pasal mendaki bukit. Padahal jarak lebih kurang sama dengan jarak masa brisk walking kat tasik titiwangsa tiga rounds route luar tapi pendakian membuatkan lebih penat dari tu. Bangkit jam 12.45 tengahari, mandi...pehtu keluar tengok wayang night at the museum. Petangnya pergi pasar malam Setiawangsa dan basah kuyup berhujan. (Saje aku bagitau apa aku buat sampai petang, so idakla ada yang berfikiran selepas berbrisk walk 7km aku balik tidur sampai malam lak) kekeke.



Eh, muka aku lagi putih dari Mekda la..Wahahaha. Marah Mekda

@67kg

Saje buat gambar negatif. Haha, at 67kg semalam timbang. Aku rasa aku agak kurang buat senaman. Yes this week I did 90minutes x 4 times brisk walking tetapi aku dah tak lompat bintang pasal adik aku ada kat rumah seminggu. Takkan pagi-pagi time dia tengah tidur aku nak melompat kan? So aku akan mula lompat bintang lagi minggu ini. Waktu pagi dan pada hari yang tidak ke tasik membrisk walk. Pst. Mekda, jadi tak nak membrisk walk ke Carrefour Wangsa Maju neh?

Majulah kita sebagai kl walker. Chewah.

Wednesday, May 20, 2009

Nasi Beringin


Sesekali nak juga makan cheatfood kan? So hari ini aku dengan jayanya melantak nasi beringin. Nampak simple tapi sedap. Ada tak sesapa tahu camner nak masak nasi beringin? Aku nampak ketumbar je bahan dia. Yang lain tak tahu.

Teringin nak makan kena la makan. Dun deny it :) Sedap tahu nasi ni. Kat foodcourt Mutiara Bangsar tu rasanya inilah gerai yang paling ramai orang beratur nak beli. Sedangkan kalu tengok tidaklah best mana pun kan?

Bayangkan berapa banyak kalori aku telan neh. Hahaha. Kari, sambal...ayam goreng (kalau aku goreng sendiri, aku make sure perah minyak lebihan tu pakai tisu serap minyak, kalau makan kat gerai takkan aku nak buat perangai tu juga kan).

Tuesday, May 19, 2009

My New Sport Shoe


Kasut sukan terbaru aku. Hehehe, unsur-unsur pink mesti ada. Macam lawo je kalau ada pinky pinky. Kasut ni ringan amat. Tapi aku ni kaki sensitif memtitif sikit. Kalu pakai kasut tak pernah tak melecet. Kasut kerja aku pun, sampai sekarang melecet.

Kasut sukan pertama aku ada lagi saiz 6, sekarang aku buat sebagai kasut sukan indoor je. Pasal dah buruk kena berjahit-jahit bagai. Kasut sukan purple aku pula walaupun size tujuh tetapi kecil macam size 5. Nampak pun kocik jo tapi kat kedai takat pakai-pakai jalan skit-skit mana nak tahu akan melecet kaki aku. Time aku bersukan indoor, melompat etc tak melecet tetapi kalau untuk jalan jadi sakit lak. Disebabkan sekarang sedang aktif membrisk walking jadinya aku terpaksa lah cari kasut sukan lagi.

Ini lah yang terbaru kali ni saiz 6 juga... dua kali pakai dua kali melecet kaki aku. Harap-harap cepatlah kaki aku menyesuaikan diri dengan kasut baru neh. Kalau tak, kayalah tokei syarikat handiplast. Manjang tepek kat kaki sebelum start berjalan.

BTW: Me and mekda did three rounds route luar titiwangsa last Sunday. Total in KM lebih kurang 6.9km. Ayoo..bila nak sampai 10km neh? :D

Wednesday, May 13, 2009

Sedikit Petua

Petua yang patut orang yang berazam nak kuruskan badan patut tahu:

1. "Don't do anything to lose weight that you can't see yourself happily doing for the rest of your life"...

2. "Let your body process your food rather than paying a factory to do it for you" Senang cakap daripada makan sosej atau nuget (makanan siap proses), makanlah makanan segar.

3. "Fill half your plate with vegetables"... rice and lauk pauk amik separuh bahagian lagi.

Monday, May 11, 2009

68kg...Yea!

Aku dah berjaya mendapatkan kepala 6 pada angka berat aku. Lagi 5kg penurunan aku dah sampai BMI normal (Penting nak announce neh, dari obesiti ke normal..lambatnya 5kg nak datang). Hohohoh. Lagi 9kg akan berada di kepala 5 dah berat aku.

Beberapa orang kawan datang bertanya apakah rahsia yang aku gunakan untuk menurunkan berat badan. Walaweh, tiada rahsia. Ada juga yang bertanya ubat apa yang aku telan? Walaweh, tiada ubat. Semuanya bergantung kepada senaman, pemakanan sihat dan pengiraan kalori dalam makanan. Kurang minyak, kurang garam, kurang gula. Aku tidak mengorbankan walau satu pun makanan kegemaran aku. Buktinya, aku suka ayam, hari-hari aku makan ayam juga... :)

Nanti aku akan buat list, apa yang aku buat. Sekarang aku punya priority adalah untuk menurunkan berat badan. Bila dah berjaya baru aku akan keluarkan list.

Ada beberapa benda yang aku sangat teruja kebelakangan ini, contohnya:
1. Aku boleh naikkan kaki di seat sebelah driver kancil ( dulu mana boleh). Test dijalankan di kereta mekda.
2. Aku boleh jalan laju di tasik titiwangsa 2 round tanpa mengah. Cuma baju je basah dengan peluh. Tetapi tak mengah.
3. Aku boleh lompat bintang 50kali / sessi tanpa mengah. Dulu-dulu 20kali je tapi mengah macam nak mati. Aku juga boleh buat lompat bintang 400 kali sehari tanpa rasa penat melampau.

Anyway, thanks a lot to mekda pasal dia la yang aku rasa paling banyak aku duk bercerita pasal perkembangan tahap kecergasan aku walaupun dia tak nampak perubahan aku (pasal hari-hari nampak aku kan?). Hahaha

Thursday, May 7, 2009

Eh Baju Aku Membesar?

Ini gambar on 25 Dec tahun lepas. Di kenduri kahwin Aini kat Seberang Takir, Kuala Ganu. Baju aku tu elok je sama saiz dengan aku.

Dua gambar ini pula gambar hari ni (7 Mei 2009) sebelum gi kerja posing dulu sebab rasa baju longgar semacam je. La...baju aku membesar rupanya. :) Sayang lak kalau nak simpan dalam gobok je...warna baju ni paling aku suka dalam banyak-banyak baju aku.
Posted by Picasa

Tuesday, May 5, 2009

Tomyam Putih vs Tomyam Merah

Aku cuba masak tomyam putih hari ni. Aku rasa in term of healthy, tomyam putih lagi rendah calori dan lagi kurang minyak dan lagi sihat dari tomyam merah. Kenapa aku cakap camtu?

Aku tak perlu tumis lada mesin sekaligus mengurangkan penggunaan minyak. Aku juga tak perlu nak tumis bawang dengan minyak yang banyak. Minyak setengah sudu, tumis bawang lebih kurang terus masukkan air. Jadi, marilah kita mulakan dengan makan tomyam putih! :).

Tomyam merah nak kena letak kicap dan sebagainya, tomyam putih tak perlu.

BTW, aku timbang berat kat penimbang kat pejabat, penimbang tu telah diketahui menambah additional 2kg, jadinya aku timbang dapat 70kg. Patutkah aku tolak 2kg dan berpoyo menjadi 68kg? Sebab penimbang kat rumah aku dah weng weng, dua hari lepas aku timbang dapat 70kg, semalam aku timbang jadi 71kg..lebih haru aku naik dua tiga kali, dia punya jarum jadi 72-71-70 pula. Ciskek betul. Hahaha

Monday, May 4, 2009

@70kg


Dua minggu ni aku rasa aku agak kerja keras, makan sangat jaga in term of makanan sihat. Keropok lekor yang aku bawak dari kampong, aku tak goreng pun, aku pakai rebus je kemudian makan. Lunch aku dua kali aku makan mangga dengan mentimun. Hari seterusnya tomyam yang amat aku kurangkan minyak semasa menumis, kalau hari aku terasa nak makan ayam goreng, akan ku perah habis-habisan minyak di ayam goreng tersebut menggunakan tisu serap minyak. TETAPI 0.5kg per week?? Kecewa tau...

Aku rasa last aku remember aku @70kg masa kat PD dulu. PD hujung tahun 2002 kot. Wahaha.Kat spa memula itik naik penimbang, 50kg, kemudian izie naik 60kg. Kemudian bila mereka gi masuk buat facial, aku timbang, aku @70kg. Hahahahaha. Oh I do remember when I at 60kg, masa buat medical check up nak sambung study, lepas tu aku kurus balik dan mengembang selepas tamat belajar.

BTW Aku dah boleh pakai baju kebaya aku yang 7tahun dulu. Disebabkan aku hanya pakai baju tu 2-3kali, ia Nampak macam baru lagi. Hahahah. Well here is my photo with that old red kebaya


Posted by Picasa