Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Monday, June 15, 2009

Kelawakan Trip Ke Tasik Perdana


Sebenarnya sabtu yang lepas plan asal nak mendaki (daki ke?), Bukit Gasing di Petaling Jaya tetapi sebab pada petang Jumaat, hujan turun agak lebat...plan terpaksa di tangguhkan. Kasut kotor nanti. Wakakaka. Jadinya plan pergi tasik sahajalah. Mekda suggested that we go to tasik perdana instead.

Tasik Perdana ni aku tau la kat mana (how to go there) but no idea about the place itself. Lalu Mahameru naik kat Jalan Parlimen. Masa kat traffic light pandang belah kiri sign ke tugu negara. Boleh tak ada signboard ke Tasik Perdana there. Jadinya pusing sampai ke bulatan kemudian terlanjur cinta ke Jalan Raja Laut patah balik...baru jumpa jalan masuk.

Aku park kereta depan Balai Polis Bukit Aman. Kemudian decide nak jalan je cari tasik. It must be around this area. Dah namanya lagi dah sampai kan?But, instead of menuju puncak, we goes to the other way. Pusing jumpa Taman Burung la, Memorial Tun Abdul Razak la (apa ke bangang tasik kat belakang memorial ni je sebenarnya), jumpa Planetarium la..jumpa mesjid negara la. Hiking tak ingat dunia. Dah macam jeniffer lopez dah bontot memasing.

Yang paling syok jumpa kera. Takut-takutkan kitaorang, patah balik takut nak teruskan. Serius, aku muka nak nangeh dah. Serius aku pobia skit dengan kera. Patah la balik, tengok map. Kata tasik belakang Memorial Tun Abdul Razak. Jalan-jalan mekda kata takkan belakang tu. Jalan la lagi aku walaupun tengok peta dia kata memang belakang tu. Hahah. Nasib jumpa akak tengah bersenam. Tanya dia, dia kata kat belakang tu.

Pergi balik, tada..akhirnya selepas sejam, jumpa juga tasik. Sejam kau, aku dengan mekda jalan pusing cari tasik. Dahla kena kejar dek kera. Selepas briskwalk seround kat tasik (takleh briskwalk lama-lama pasal dah lama sesat kan), jumpa parking untuk orang gi tasik perdana. Decide nak lalu jalan kenderaan so that we know the entrance. Sampai entrace, fulamak! Rupanya kat simpang masuk dari depan tu terus kena belok kanan which is takdop signboard pun. Lemau betul la signboard kat Malaysia neh..

Rupanya ada la dalam 600meter je entrance tu dari parking depan Bukit Aman. Adoi. Decide nak drive gi tempat kera tadi tengok berapa jauh dari tempat parking. Pusing-pusing, sampai tempat kera, decide nak terus je tengok sampai mana, cis kek walaweh. kalau takde kera, kalu tak takut kera, kalau tak pusing balik, tempat kera tu dengan parking depan Bukit Aman hanya 200meter! Instead 200meter, we took a long walk 2km :)). Gile kentang.

Selepas balik dari Lake Garden, decide nak gi Tugu Negara. Duk KL bukan main la Tugu Negara tak pernah jejak. Aisey kambeng tul, tak ada u-turn. Either u-turn tah mana-mana, atau buat illegal u-turn kat nak naik Jalan Parlimen, Decide wat u-turn taktahu mana-mana. Turun depan KL Sentral, masuk balik Jalan Kinabalu. Lalu Jalan Parlimen, ONLY TO FOUND OUT dekat traffic light tasik perdana tu tak boleh belok ke kanan. Gile kentang darab dua. Kali ni aku nekad, aku dah baik pusing u-turn hujung dunia. This time aku uturn illegal depan Bangunan Parlimen je. Yea..sampai gak tugu negara. Aku perhatikan ramai pelancong asing je. Orang Malaysia ada dua orang je pelawat (aku and mekda). Yang bersihkan kolam tu i bet mat bangla kot!

Yang menambahkan lawak semulajadi, on the way balik sewaktu tunggu traffic hijau depan LRT setiawangsa nak belok ke Setiawangsa, aku teringin pandang kereta sebelah. Sekali tengok, rupanya kawan masa kat KUSZA 10tahun sudah. Gila, dan dan turunkan cermin borak-borak, macam tak sangka leh terjumpa macam tu. Dahla siap pekik2 minta nombor telefon. Tanya khabar kekawan lama etc. Dan siap dapat berita seorang kawan dah meninggal akibat kanser la etc. (Kira lama gak la traffic light tu merah sebab sempat tukar-tukar banyak topik). Luckily sempat ambil nombor telefon. Lawak pun iya, berapa besar kemungkinan tunggu lampu hijau sambil notis kereta sebelah kau dipandu oleh kawan yang kau dah lost contact for more than 7-8years? Hahaha. Gile kentang.I bet kereta belakang aku dah dia mesti ingat aku tengah bergaduh sebab beriya-iya jerit kuat-kuat. Hahha

5 comments:

Aimie said...

lawak arh citer u ni.. entrance ke tasik perdana tu mmg sengal siket.. walaupun sebena eh sonang gile.. klu i dari Pj selalu jelah terlopeh sampai ke KL..

ezza erisa said...

itu la h pasalnya....dah hampir putus asa dah...tapi sesat sesat ni bagus
next time memang confident gile la sebab dah jelajah satu kawasan ..kakakaka

Mey Mey said...

Amboi..berkilau-kilau tikcker akak.
Pelangi lagik!

Mey Mey said...

Owh...akak la yg jerit2
kat trafic light sabtu lepas. Hahaha

ezza erisa said...

mimi, hahaha tgk org lain semua buat ticker..nak kena buat juga neh... :P

Post a Comment