Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Friday, July 31, 2009

Rutin Baru - Kurang Memberangsangkan

Kalau perasan la, ticker aku tu bulan Jun 65kg, lepas tu turun 63kg latest kan? Today hari timbang aku jadi 63.3kg kot. Actually lepas balik dari kampung seminggu jadi 64.5kg. Lepas bersenam dan kawal balik makanan berjaya la turun 1kg this week. Tapinyeeee, aku tak puas hati dengan pergerakan ticker aku tu. 2 bulan kiranya turun 2kg je? Apa ke jadahnya ini semua? Before that aku able to lose 11kg in 10 weeks.

Jadi malam tadi aku evaluate semula perjalanan senaman dan pemakanan aku dua bulan ni. Gila aku berfikir sampai aku tak boleh tidur sebab aku rasa geram dan duk plan apa yang boleh aku ubah. Ada beberapa benda yang aku rasa aku boleh adjust:

1. Sebelum bulan Mei aku pastikan aku bangun pagi lompat bintang 200 kali sebelum mandi. Aku juga akan lompat bintang 200kali lagi selepas pulang dari kerja. Total: 400kali sehari. Selepas aku kenal taman tasik titiwangsa, aku dah tak buat lompat bintang. Aku abaikan terus dengan fikiran, argh larian dan brisk walk di tasik dah cukup. Aku silap, tak cukup! Jadinya on top of my larian di titiwangsa, what I need to do is going back to old routine. Lompat bintang pagi petang... 7 hari seminggu. Or pergi tasik 2 kali seminggu dan lompat bintang juga Macam dulu-dulu. Atau back to square 0 sekali sekala - dancing. Lagu fast la bukan lagu siti nurhaliza. Hahaha. Aku berazam by Ramadan, aku dah boleh buat 400 kali per session. Sound extreme tapinya boleh je kot buat. Bulan Ramadan harap-harap semangat aku tak pudar. Malam-malam pukul 10-11 boleh la kot lompat sikit2.

2. Pemakanan. Sebelum Jun, aku tak pernah beli lunch. Aku akan bawa bekal pergi kerja. Each and every day. Kenapa aku bawak bekal? Supaya aku boleh jimat budget. Hahaha Tak, supaya aku boleh tahan nafsu membuta tuli aku ini. Apabila pergi food court, aku ambil itu ini letak dalam pinggan. Kalau aku bawa bekal, makan kat meja aku, aku tak perlu pandang lauk pauk menggoda di kedai. Jadi nafsu makan aku terkawal. Dan apa yang aku bawa selalunya menyihatkan dan aku dah kira siap-siap kalorinya anggar-anggar so that aku cukup-cukup dapat 1200 kalori sehari. Jadinya? Start next week aku akan kembali bawa bekal. Ayam ayam dan ayam. Buah buahan atau roti bijiran penuh macam dulu.

3. Minuman. Sebelum ni aku jarang ambil minuman bergula pun. Jadi tak banyak yang boleh aku ubah.

4. Nasi. Sebelum Jun, aku memang limitkan makan nasi sekali seminggu iaitu hari Sabtu. Hari Sabtu adalah hari makan nasi aku. Itupun lunch sahaja. Petang makan bukan nasi. Tapi sekarang, boleh dikatakan selang sehari aku melantak nasi. I need to change it. Nasi hanya layak masuk mulut aku 2 hari seminggu je. Not more than that please!

5. Sup sedap di pasar malam. Aku ada favourite stall dekat pasar malam Setiawangsa hari Sabtu. Sup dia sangatlah sedap. Sepanjang lima bulan aku berjaya avoid pergi pasar malam Sabtu supaya aku tak terlihat gerai sup itu lantas membelinya. Tapi lately eh...syok pula gi pasar malam beli sup itu. Memangla sup baik untuk kesihatan. Tapi tidaklah sup daging lembu (red meat). Tak boleh jadi betul. I need to avoid it for another 3-4months. Remember la ezza, you have another 10kg fat to cut. Bukan 1kg yang boleh sewenang-wenang ponteng schedule makan.

I will remember this entry and give feedback pasal menda yang aku nak ubah tu dalam masa sebulan. Tengok berjaya tak aku buat. :)

Thursday, July 30, 2009

Kurus - Kesan Kepada Jantung?

I couldnot help but laughing bila terbaca dalam forum cari berkenaan program The Biggest Loser Asia.

Apa yang menyebabkan aku tergelak? Nah aku pastekan di bawah:

'Ris pernah terbaca katanya afdlin dilarang kuruskan badan oleh doktor........... nanti memberi masalah pada jantung dia........'

Doktor mana ya yang larang orang dari kuruskan badan sebab akan bagi masalah pada jantung ni? Sungguh rare nasihat ini. M.D beli? Lepas ni berlumba-lumba la orang gemukkan badan supaya jantung sihat.

Never heard kurus boleh memberi masalah kepada jantung, UNLESS kurus dengan cara tidak sihat lah. Yang tu memang bukan merosakkan jantung ke...satu badan pun rosak. Tahukah kita kalu gemuk, jantung terpaksa bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh anggota badan yang luas itu?

Apapun aku bukan doktor..tapi rasanya pernyataan dilarang kurus nanti beri masalah kepada jantung amatlah unreasonable. Entahlah. The laughing continues...

Monday, July 27, 2009

Shape Night Run - The Event

Event: Shape Night Run, Putrajaya
Date: 25 July 2009
Attendance: Myself, Deida, Mezza Gerbera dan 4000 orang yang lain.

Ini gambar yang dipadamkan tu, Gerb minta di anonymous kan. :)

Aku baru sampai dari kampung jam 5.20petang hari Sabtu tu. Tak sempat berehat panjang pun. Ada la dalam 30 minit je kot tolak makan dan refresh myself. Pukul 6.30petang lebih kurang, bergerak ke Putrajaya.

On the way si Mezza sms. Cis semek ini baru membangunkan diri dari tidur petang le pulak. Hahaha. Sampai di Putrajaya, agak pening sedikit la pasal signboard ada besar siput sedut sahaja. Dan event rasanya macam tidak organise.

Sampai di Precint 2? Or 7? (ala mana-mana je lah pasal sebelah menyebelah je pun), park kat situ. Did I mention that saiz L baju tu bau Lipas? Hahaha.

Ikut kupon, perlu register jam 7.30 malam, tapi tak ada kot? Sampai sudah aku tak jumpa tempat nak register. Kupon 1901 untuk makan hotdog pun berpusing kitaorang cari tempat. Hahaha. Lain kali tulis 'free hotdog HERE' Besar sikit kain rentang. Ahaks!

Gambar macam blur-blur skit pasal malam. Masa ni aku tak reti set up mode malam tanpa perlu hold still lagi handphone aku tuh.

Dan aku tak cam mana satu organiser sebab organiser pun tak ada pakai baju tulis word Organiser. Jadi aku dan Mekda macam ayam takde kepala. Ke depan ke belakang cari apa pun tak tahu. Hahaha

Sebelum event.



Selepas event. Lepak-lepak tengok hadiah.

Lepas ambil hotdog, makan-makan...Mezza sampai. Lepak-lepak berkenalan etc...(sempoi gerb ni...mcm member lama yang terpisah je..takde segan ke pendiam ke apa ke...best best)...datang la macam organiser suruh kitaorang masuk kandang pelepasan. Lepak-lepak dalam kandang pelepasan...pukul 8.30malam dilepaskan. Mula-mula sesak takleh lari. Lama-lama leh lari. Aku terasa trek tu panjang lak. Hahaha. Padahal kat titiwangsa lari kadar jarak yang sama. (Oh, aku penat drive 500km kot?)

Jadinya aku ditinggalkan oleh Mezza dan Deida. Takpelah. nak buat camne. Aku rasa pancit. Hahahah. Lepas sampai di garisan penamat. Diaorang beratur ambil goodies bag (yes the goodies bag yang mempersonakan itu). Aku pergi ambil air. Selesai ambil goodie bag, kitaorang lepak tengok isi kandungan beg. Banyak gak yang best. Kondom pun ado. Wahaha. Selepas lepak-lepak mencari mangsa untuk snapkan gambar group photo. Dapat group photo lepak-lepak lagi sampai lebam.

Lastly si Mezza nak chow gi beratus ambik hotdog, aku dan deida balik KL. Sempat lepak kedai makan dulu. Oh Mezza pun complaint baju dia bau lipas.

Thursday, July 23, 2009

Edisi Durian - Kenapa Kau Sedap?

Aku kat kampung halaman somewhere in Terengganu. That explain a lot why aku tak aktif berinternet minggu ni. Tahun ni aku kalah teruk dengan durian. Tahun lepas macam tak makan pun. Tapi tahun ni walaweh, serius..kenapa durian begitu menggoda?

Jadi peluang balik kampung ini mulut aku menggunakan kesempatan sepenuhnya untuk melantak durian. Pagi sarapan dengan durian. Makan malam dengan durian. Hahaha. Sampai aku rasa kulit aku pun dah berbau macam durian.

Ramai orang memandang serong kepada durian. Durian tak baik untuk diet, durian berlemak, durian panas dan sebagainya. Argh..tahukah korang yang semua buah adalah bagus untuk kesihatan? Tahukah kamu yang durian digredkan sebagai A dalam kategori khasiat?
Nutrisi Durian. Bandingkan dengan ayam goreng yang dikategorikan sebagai B-.

Nutrition Facts
No saturated fat
No cholesterol
Very low in sodium
No sugar
High in dietary fiber
High in thiamin
High in vitamin B6
Very high in vitamin C


Of course moderation is a key of living healthy life. Makan apapun, kalau terlebih...memberi result kegemukan jugak.

Aku jangkakan apabila aku balik KL sabtu ini, dan jejak kaki ke atas penimbang..berat aku akan naik. Bukan sebab aku makan durian ya. Sebab aku TERLEBIH makan durian ditambah dengan sedentary life style minggu ini. No exercise at all. Walaupun pemakanan lain aku berjaya control tetapi melebih sudah melantak durian jadinya rasanya aku akan jatuh kategori overweight balik minggu ni. Hahaha.

Next week, akan ku pastikan aku jog kat tasik titiwangsa 5 hari seminggu. 7KM sehari menggantikan minggu ini punya sedentary.

Friday, July 17, 2009

63kg - BMI Normal Sudah!


Yeaaaaaaaaaaaaa, BMI ku drop one level to normal. Dari obesity ke overweight ke normal! Tapi sapa nak stop kat BMI 24 kan?

Alhamdulillah, bergerak juga akhirnya menatang scale neh. Hasil larian 4 hari berturut-turut minggu ni la aku rasa penyumbang besar. Terutama larian 2 pusingan non-stop kat titiwangsa semalam. Syahdu aku, sebab aku dah boleh lari 5km non stop lepas tu berehat ambil angin sambung lagi 2km (even slow macam siput atau kura-kura penat tapi at least dah tak mengah and my lung does not sound like I will collapse and die kat situ juga).

Berat aku ni,,turut naik sepanjang hidup aku. Tapi 10tahun terakhir naik je tak turun-turun. Hahaha. Sebelum itu memang naik turun aje kerjanya. Darjah 6 pun berat aku dah 63kg. Lepas tu tingkatan dua cengkung sampai tulang pipi pun rasa nak terkeluar. Kemudian tingkatan 4, aku kembang sangat akibat nak sabotaj taknak mak aku goreng nasi lebih di pagi hari maka aku akan makan nasi banyak gila waktu malam. Rasanya masa tu lebih dari berat aku starting diet Januari lepas. Tingkatan lima menguncup balik. Jadi baju aku memang besar lah semuanya. Sebab bersedia untuk mengembang dan menguncup.

Apapun, nanti aku free bebila, aku nak jiwang sikit pasal aku dah boleh lari jauh dan my weight loss journey neh. Agak membanggakan la bagi aku yang tak pernah suka berlari dari zaman kanak-kanak neh. Hahaha.

Sekali lagi aku nak tegaskan ini adalah hasil, combination of exercises + pemakanan sihat + pengiraan calories. Kalau nak sangat magik pill, ni aku bagitahu magik pill aku: kasut sukan, seluar trek, t-shirt, stoking dan a lots of peluh adalah my magik pill.

Thursday, July 16, 2009

SHAPE Night Run - The Delivery


Registered to enter SHAPE Night Run kat Putrajaya 25 July nanti. Eventhough I am not fit enough to run 5km non stop, belasah sahajalah. So far I can only run for 3km je non stop itu pun selow macam kura-kura aje. Hahaha. Namapun kategori yang aku masuk ni Fun Run kan? Jadinya...untuk suka suka sahaja. Jadi hari ini aku terima lah barang-barangnya.

Sehelai t-shirt (kena pakai dua lapis neh, baju ni tidak berlengan siot), dua keping nombor dan juga kertas-kerta untuk pungut goodie bag (gudi beg ni sebenarnya yang menarik jiwa aku nak masuk Fun Run neh) Hahaha. This is my first Fun Run. Hopefully there will be more after this. Enjoy running :)

Monday, July 13, 2009

Hiking: Kuala Selangor Nature Park

Venue: Taman Alam Kuala Selangor (Director's Cut: Bukit Malawati)
Date: 11 July 2009
Attendance: FROM LEFT - Stacy, Myself, Huz, Deida, Zila and Amy.
Photos ehsan Whooz and Mekda.

Poster filem 1: Sehari Merendek Hutan.


Poster filem 2: Sepohon Kayu Daunnya Rendang

Okey. Sabtu lepas melepek ke Taman Alam Kuala Selangor. Dan Bukit Malawati sebagai bonus tempat kejadian. Bertolak jam 8.05pagi dari Shell MRR2 Kepong. Jalan memang mudah sebab all the way ke Kuala Selangor. Sampai disusur masuk boleh terlepas sudah. Jauh la juga terlepas, sebelum patah balik dan masuk ke susur Taman Alam.

Tak ramai sangat pun orang, tiket masuk RM4.00 per person which rasa mahal sebab tak ada apa sangat kat dalam tu kecuali pokok pokok dan pokok dan monyet monyet dan monyet lagi. Dan ada beberapa menda yang aku tidak puas hati terutamanya pamplet cap ayam pakai photostat sahaja, jurujual tiket yang tidak mesra alam, dalam pamplet tulis beberapa trail yang boleh dilalui tetapi kat dalam taman tu tak ada sign trail mana dan mana...kena follow instinct semata-mata.

Nak jadi kes, aku nya contact lens lak tak masuk bebetul, (ade ke lawak...dah setahun pakai contact lens..tiba-tiba hari tu pulak dia boleh jadi tak menjadi. Ada la 3 kali repair dan betulkan kedudukan baru lah okey). Jalan awal-awal lagi dah jumpa monyet. Mula-mula aku agak terasa seram tapi monyet-monyet itu sangat comel dan pemalu dan tak kacau orang. Sedikit demi sedikit, takut aku hilang.

Jalan jalan dan jalan, jumpa pokok yang sangat mengagumkan aku. Ini dia, Dahan dahan dia..lama kelamaan menjadi tiang pokok tersebut..dan support perkembangan pokok itu sendiri.

Pokok yang tak jemu mengagumkan aku.

Jalan jalan dan jalan kemudian jumpa la titian kecil. Macam syok. Dah mula excited pasal nampak belacak. Ikan ini guna sirip dia buat kaki untuk berjalan di atas lumpur. Berhenti buat sessi photografi beramai-ramai.

Posing di jambatan gantung. Masa ni kontak lens aku masih memberikan rasa tidak selesa di mata haku.

Lepas tu jalan jumpa kanak-kanak ramai tengah rombongan kot. Ramai, dengan cikgu-cikgu diaorang lagi. Diaorang suruh lalu jambatan. Nanti jumpa ketam warna-warni.Lalu ajelah. Memang jakun seketika sebab banyak ketam dengan pelbagai warna. Selesai layan ketam, berhenti di pokok dan makan-makan bekal pulak.


Selepas makan, jalan lagi kemudian jumpa segerombolan monyet yang tengah hebat mencuri air geng geng HSBC yang sedang duk bercucuk tanam pokok paya bakau. Selamba rock depa telan air 100 Plus. Sakit perut kang! Sebaik kitaorang sampai, depa start lari-lari sikit. Kemudian jalan lagi, jumpa port menarik. Ambil gambar lagi. Jalan lagi di port super menarik. Decided nak ambil gambar lompat. Alahai...ada la lebih 10 kali melompat memasing. Hahaha. (Photo will update later later).

Jalan skit, dah habis..kemudian gi watch tower. Yang ni cantik..berangin...serta merta jadi mengantuk. Kalau tidur memang syok lah. Selepas siap trip ini, pergi ke Bukit Malawati pula. Walaweh, banyaknya monyet. Tapi monyet yang baik la. Ada boleh beli kacang untuk bagi diaorang makan. Syok sungguh tengok gelagat depa. Photo later la. Lum gi amik kat rumah Mekda. Will update may be tonight?

Selepas siap pergi makan kat kedai depan masjid tu aje.. Lepak-lepak. Pulang. Di perjalanan balik, aku temper dengan satu Wira yang dipandu oleh makcik kiah mana pun tak tahu. Duk lorong kanan..tapi bawak macam siput. Bagi flash berkali-kali pun macam tak nampak. Hon pendek tak layan. Hon panjang pun dia buat down sindron je. Adoi...nipis betul kesabaran aku. Selepas hon panjang 1-2minit dan masih dibuat tidak dengar oleh makcik kiah, aku potong kiri secara extreme. Boleh tak, kalau nak selow..lalu la lorong selow. Lorong kanan untuk orang yang nak laju makcik oi.

Itu sahaja cerita perjalanan saya ke Taman Alam Kuala Selangor. Next week off balik kampung. Next two week Sungai Gabai trip. Moh polo gi mendaki sungai Gabai lak :)

Posted by Picasa

Monday, July 6, 2009

Strategi Aku Melajukan Penghapusan Lemak

Aku plateau 3 minggu sebelum ini sebelum turun 1.5kg dalam masa dua minggu. Tetapi aku agak rasa ianya macam kembali plateau.

Disebabkan ketakutan kepada plateau ini akan membawa kekecewaan diatas penimbang. Jadi, aku mencari-cari petua meninggalkan plateau ini. Apa aku sedang buat?

I am taking break. But it is all done by today. Bermula Isnin lepas, aku makan tak ingat dunia. Aku rasa aku belasah more that 2000 calories per day. Ini adalah untuk membuatkan metabolisma aku kembali bekerja dengan kuat. Supaya dia ingat, dia dah berjaya selamatkan aku dari mati kebuluran. Hahaha.

Aku makan nuget, aku makan kek keju hari ini. Aku makan nasi banyak kali minggu lepas. Aku rasa kekenyangan amat. Durian pun sampai 3 hari aku belasah. Selasa, Khamis dan Ahad yakni semalam. Walaweh...seriously, aku rasa nak pecah perut sebab aku dah lama tak makan banyak...sesekali makan banyak...rasa oh tidak mampu.

Apapun, hari ini aku tamatkan misi mengambil cuti dari healthy diet (ya walaupun aku cuti dari jaga makan, aku tetap tidak tinggalkan senaman..rasa bersalah gila kalau tak bersenam). Bermula esok, aku akan kembali kepada aku yang baru tu balik. Aku harap strategi aku mengelirukan sistem metabolisma aku berjaya. :D

Jangan aku yang tergoda dan esok gi makan macam sepanjang 7 hari ni sudah. Hahaha. Wish me luck.

FRIM: Repeat Challenge

Event: FRIM Repeat Challenge
Date: 4 July 2009
Attendance: Myself, Zila (adik aku), Deida, Whooz, Amy, Baizura (adik Huz), Hafiz, Mohazam dan Shuria.

Seperti yang dimaklumkan dalam entry Jugra, kami telah merancang untuk ke FRIM untuk menaiki titian kanopi lagi. Jadinya berjayalah kami pergi ke FRIM pada hari Sabtu yang lepas. Janji jumpa Huzz di Shell before Taman metropolitan Kepong (ala tempat Jacobs Walk of Life 2009 tu). Tengah memandu di MRR2, nampak si Hafiz bukan main eksen zip zap kiri kanan bawa kereta. Aku janji dengan Mohazam di Petronas Lembah Keramat tepi MRR2 dulu sebab dia taktau jalan ke Kepong.

Sebaik sampai Shell, tengok bukan main jem lagi MRR2 tu. Rupanya..rupanya...ada kemalangan. Masa lalu tu dah tau sebab ramai benar orang berhenti. Tetapi semalam dalam Mingguan Malaysia duk front page la pula. Lengan putus dalam longkang. Walaweh.

Okey okey, back to the story. Selepas semua sampai (actually sampai lebih kurang serentak sebab aku jumpa Hafiz di MRR2, dan Mohazam memang polo aku dari MRR2 lagi), cuma Huzz je yang betul-betul janji Jepun. Akan ku pastikan next time, aku janji jepun juga :D. Kitaorang bergerak dari situ ke FRIM.

Sampai FRIM, park kereta, ramai-ramai jalan kaki pergi ke arah kedai cenderamata membeli tiket ke titian Kanopi. Student la yang untung dapat RM3. Boleh tak aku tunjukkan kad matrik zaman study aku 1998 dulu? Laku tak? Heee.


Masing-masing kusyuk dengan explaination dari orang kaunter pasal pendakian ke kanopy walk.

Selepas membeli tiket, kitaorang pun berjalan ke rover trail. Tapi penting ialah group photo. Hahaha. Maka sebelum kecairan bedak dan makeup dimuka, kita ambil gambar dulu.


Bergambar sakan. Masa ni muka lawa lagi la masing-masing. Sila bandingkan gambar ini dengan group photo diakhir expedisi. Hahaha. Dah comot hilang makeup dan perfume. Ahaks.

Apabila dah siap bergambar, perjalanan dimulakan.



Aku suka gambar ni. Photographer: Huzz.

Selepas melalui rover trail untuk sepanjang 900meter, kitaorang sampai di entrance untuk ke titian canopy. Trail ini sebenarnya sepanjang 500meter sahaja. Tetapi sebab mendaki, agak meletihkan bagi yang baru memulakan arena mendaki ini.


Muka masih lagi nampak sisa-sisa make up. Hahaha.

Pendakian dimulakan, ada antara kami dah mula mengah mengah. Aku faham condition diaorang. Ayat paling lawak si Shuria la. Shuria as of nama dia kan macam matahari skits kit. Apabila dia mula penat, dan kita tanya dia okey ke, dia akan reply 'dah malap-malap dah ni'. Kekeke.



Setelah hampir ke puncak adik aku dah mula rasa nak pitam. So aku tunggu la dia dulu. Lama juga aku tunggu dia. Shuria pun happy juga la pasal ada geng malap. Hahaha. Tunggu tunggu dan tunggu, okey la diaorang berdua dah mula okey dah. Jalan naik skit, rupanya geng geng lain duk tunggu kat atas sikit tu je. Kemudian rehat-rehat seketika deida share-share coklat dia dengan orang-orang yang penat dan pitam dan pucat. Tidak lama selepas itu, kitaorang pun sampai ke titian canopy. A bit suprise because my first time there ari tu, gile kentang dekat 30minit tunggu turn. Ini, orang kat atas tu la yang tunggu orang datang. Disebabkan tak ada orang sangat, kita lepak-lepak kat bangku bawah tu. Again group photo. Hahaha

Selepas lepak-lepak, kemudian naikla canopy walk. This time gile kentang syok je pandang bawah. First time ari tu, huhuh...perut aku rasa sebu ketakutan. Ahaks.


Aku suka gambo ini. Huzz tangkap juga.


Gambar ini jugak aku suka. Huzz gak yang tangkap. Kelihatan Zila tengah merenung masa hadapan. Hahaha.

Apabila semua orang dah sampai ke bawah, kitaorang pun turun la bukit pula. Turun bukit memang best, tak ada yang 'malap' atau nak pitam dan sebagainya. Decided that we have to lepak kat air terjun. Kalau tak lepak sapa nak makan nuget satu bekas yang aku bawa itu.


Lepak tepi air terjun. Ari tu aku kutuk air terjun FRIM kan? Yang kecil itu. Rupanya aku jumpa yang dibawah sana. Hahaha. Aku tarik balik kutukan terhadap air terjun FRIM okey.


Turun dah...Ini dah sampai tempat bertangga. Before that macam masa panjat tadi la. Dalam hutan. Best part, leh seberang sungai lagi. :D


Perjalanan ke tempat letak kereta..kiri kanan kiri kanan.


Group photo last. Compare lah nya dengan gambar first group photo tadi. Time ni semua orang menonjolkan natural beauty sudah. Fake beauty sudah hilang. :P


Decided that we want to have lunch together. Sebab tak biasa area Kepong, decide nak makan kat Dato Keramat. Tomyam Ali. Sekali hampir 1km nak sampai, Mohazam tak sempat masuk simpang, and Huzz follow Mohazam. Nasib jalan yang dia lalu tu familiar jadinya bolehlah guide balik dan jemput di Semarak. Tapi Mohazam dah mengaku kalah tidak tahu sesat dimana so dia decide nak balik terus.

Selepas makan, kitaorang pun bersurai. Huzz tanya next week ke mana. Entahlah. Google aa weh ramai-ramai. Make sure tempat tidak seazab Jugra. Kekeke. Aku google pasal Taman Alam Kuala Selangor. Nampak interesting pasal ada 4 trail. Jom pilih trail yang terpanjang tuh. Any other idea? Let consider and google. Chewah.

Thursday, July 2, 2009

Weight Loss Journey - Hallmark Channel

Aku saje-saje ngengada hantar cerita aku kat hallmark channel. Kan ada yang dia suruh cerita weight loss journey tu. Aku tau la aku punya weight loss tak impresive macam orang lain. Mesti ada orang lain yang loss berpuluh-puluh kilogram kan?. Apalah sangat loss 20kg. Memangla aku harap my story diangkat dan aku dapat USD1000. Tapi idakla teman berharap benor. Aku berusaha nak hapuskan lemak degil pun bukan sebab nak menang apa-apa hadiah. I just want to reclaim my life.

Pengadilan dibuat dari 3 segi, gambar before and after. Cerita. Satu lagi aku lupa. Duration kot. Segan pula nak share cerita yang aku tulis tu. Aku share gambar before and after cukuplah kan. (After tu as at 15 Jun 2009 je pun). Kalu aku menang, baru aku share the story. Pasal story tu macam ada feeling feeling jiwang karat sikit. Hahah. Psstt: saje aku up entry ni lepas tarikh tutup peraduan, supaya orang lain tak ingat nak hantar so peluang aku besar sikit nak menang. Hahaha. In my dream la kalu menang. :P

So these are the photos that was submitted to Hallmark Channel. Officemate aku saje nak jaga pundi aku, dia kata, sejak aku loss a few kg ni..aku nampak muda sikit. Hahaha.

BEFORE:


AFTER:
Posted by Picasa

Wednesday, July 1, 2009

Minor Annoying Things As Fat Person?

Ada tak benda-benda minor yang korang rasa menyampah jadi orang gemok? Bukan benda-benda besar macam kesihatan, tak muat baju, rasa rendah diri, kena perli, pandangan orang dan sebagainya tu. Menda-menda simple yang orang kurus tak tahu? Hehehe.

As for me, aku benci paha kiri dan kanan bergesel semasa berjalan. Kalau berjalan lama-lama sangat...terutama pakai baju kurung..melecet hoo. Kalau pakai jeans tak apa la sebab bukan bergesel kulit dan kulit. Alhamdulillah, sekarang as my paha tak bergesel lagi rasa ringan je nak jalan.

Menda ke dua yang aku rasa annoy ialah kalu lalu tepi kereta kita kena mengiring. Tak boleh jalan macam biasa pasal tak muat. isk...tensen je tengok kawan kita yang kurus elok je boleh jalan tak payah nak adjust postur badan ke apa ke.

Apa lagi erk? Aku teringat dua menda ni je. Hahaha.