Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Monday, July 13, 2009

Hiking: Kuala Selangor Nature Park

Venue: Taman Alam Kuala Selangor (Director's Cut: Bukit Malawati)
Date: 11 July 2009
Attendance: FROM LEFT - Stacy, Myself, Huz, Deida, Zila and Amy.
Photos ehsan Whooz and Mekda.

Poster filem 1: Sehari Merendek Hutan.


Poster filem 2: Sepohon Kayu Daunnya Rendang

Okey. Sabtu lepas melepek ke Taman Alam Kuala Selangor. Dan Bukit Malawati sebagai bonus tempat kejadian. Bertolak jam 8.05pagi dari Shell MRR2 Kepong. Jalan memang mudah sebab all the way ke Kuala Selangor. Sampai disusur masuk boleh terlepas sudah. Jauh la juga terlepas, sebelum patah balik dan masuk ke susur Taman Alam.

Tak ramai sangat pun orang, tiket masuk RM4.00 per person which rasa mahal sebab tak ada apa sangat kat dalam tu kecuali pokok pokok dan pokok dan monyet monyet dan monyet lagi. Dan ada beberapa menda yang aku tidak puas hati terutamanya pamplet cap ayam pakai photostat sahaja, jurujual tiket yang tidak mesra alam, dalam pamplet tulis beberapa trail yang boleh dilalui tetapi kat dalam taman tu tak ada sign trail mana dan mana...kena follow instinct semata-mata.

Nak jadi kes, aku nya contact lens lak tak masuk bebetul, (ade ke lawak...dah setahun pakai contact lens..tiba-tiba hari tu pulak dia boleh jadi tak menjadi. Ada la 3 kali repair dan betulkan kedudukan baru lah okey). Jalan awal-awal lagi dah jumpa monyet. Mula-mula aku agak terasa seram tapi monyet-monyet itu sangat comel dan pemalu dan tak kacau orang. Sedikit demi sedikit, takut aku hilang.

Jalan jalan dan jalan, jumpa pokok yang sangat mengagumkan aku. Ini dia, Dahan dahan dia..lama kelamaan menjadi tiang pokok tersebut..dan support perkembangan pokok itu sendiri.

Pokok yang tak jemu mengagumkan aku.

Jalan jalan dan jalan kemudian jumpa la titian kecil. Macam syok. Dah mula excited pasal nampak belacak. Ikan ini guna sirip dia buat kaki untuk berjalan di atas lumpur. Berhenti buat sessi photografi beramai-ramai.

Posing di jambatan gantung. Masa ni kontak lens aku masih memberikan rasa tidak selesa di mata haku.

Lepas tu jalan jumpa kanak-kanak ramai tengah rombongan kot. Ramai, dengan cikgu-cikgu diaorang lagi. Diaorang suruh lalu jambatan. Nanti jumpa ketam warna-warni.Lalu ajelah. Memang jakun seketika sebab banyak ketam dengan pelbagai warna. Selesai layan ketam, berhenti di pokok dan makan-makan bekal pulak.


Selepas makan, jalan lagi kemudian jumpa segerombolan monyet yang tengah hebat mencuri air geng geng HSBC yang sedang duk bercucuk tanam pokok paya bakau. Selamba rock depa telan air 100 Plus. Sakit perut kang! Sebaik kitaorang sampai, depa start lari-lari sikit. Kemudian jalan lagi, jumpa port menarik. Ambil gambar lagi. Jalan lagi di port super menarik. Decided nak ambil gambar lompat. Alahai...ada la lebih 10 kali melompat memasing. Hahaha. (Photo will update later later).

Jalan skit, dah habis..kemudian gi watch tower. Yang ni cantik..berangin...serta merta jadi mengantuk. Kalau tidur memang syok lah. Selepas siap trip ini, pergi ke Bukit Malawati pula. Walaweh, banyaknya monyet. Tapi monyet yang baik la. Ada boleh beli kacang untuk bagi diaorang makan. Syok sungguh tengok gelagat depa. Photo later la. Lum gi amik kat rumah Mekda. Will update may be tonight?

Selepas siap pergi makan kat kedai depan masjid tu aje.. Lepak-lepak. Pulang. Di perjalanan balik, aku temper dengan satu Wira yang dipandu oleh makcik kiah mana pun tak tahu. Duk lorong kanan..tapi bawak macam siput. Bagi flash berkali-kali pun macam tak nampak. Hon pendek tak layan. Hon panjang pun dia buat down sindron je. Adoi...nipis betul kesabaran aku. Selepas hon panjang 1-2minit dan masih dibuat tidak dengar oleh makcik kiah, aku potong kiri secara extreme. Boleh tak, kalau nak selow..lalu la lorong selow. Lorong kanan untuk orang yang nak laju makcik oi.

Itu sahaja cerita perjalanan saya ke Taman Alam Kuala Selangor. Next week off balik kampung. Next two week Sungai Gabai trip. Moh polo gi mendaki sungai Gabai lak :)

Posted by Picasa

0 comments:

Post a Comment