Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Monday, July 6, 2009

FRIM: Repeat Challenge

Event: FRIM Repeat Challenge
Date: 4 July 2009
Attendance: Myself, Zila (adik aku), Deida, Whooz, Amy, Baizura (adik Huz), Hafiz, Mohazam dan Shuria.

Seperti yang dimaklumkan dalam entry Jugra, kami telah merancang untuk ke FRIM untuk menaiki titian kanopi lagi. Jadinya berjayalah kami pergi ke FRIM pada hari Sabtu yang lepas. Janji jumpa Huzz di Shell before Taman metropolitan Kepong (ala tempat Jacobs Walk of Life 2009 tu). Tengah memandu di MRR2, nampak si Hafiz bukan main eksen zip zap kiri kanan bawa kereta. Aku janji dengan Mohazam di Petronas Lembah Keramat tepi MRR2 dulu sebab dia taktau jalan ke Kepong.

Sebaik sampai Shell, tengok bukan main jem lagi MRR2 tu. Rupanya..rupanya...ada kemalangan. Masa lalu tu dah tau sebab ramai benar orang berhenti. Tetapi semalam dalam Mingguan Malaysia duk front page la pula. Lengan putus dalam longkang. Walaweh.

Okey okey, back to the story. Selepas semua sampai (actually sampai lebih kurang serentak sebab aku jumpa Hafiz di MRR2, dan Mohazam memang polo aku dari MRR2 lagi), cuma Huzz je yang betul-betul janji Jepun. Akan ku pastikan next time, aku janji jepun juga :D. Kitaorang bergerak dari situ ke FRIM.

Sampai FRIM, park kereta, ramai-ramai jalan kaki pergi ke arah kedai cenderamata membeli tiket ke titian Kanopi. Student la yang untung dapat RM3. Boleh tak aku tunjukkan kad matrik zaman study aku 1998 dulu? Laku tak? Heee.


Masing-masing kusyuk dengan explaination dari orang kaunter pasal pendakian ke kanopy walk.

Selepas membeli tiket, kitaorang pun berjalan ke rover trail. Tapi penting ialah group photo. Hahaha. Maka sebelum kecairan bedak dan makeup dimuka, kita ambil gambar dulu.


Bergambar sakan. Masa ni muka lawa lagi la masing-masing. Sila bandingkan gambar ini dengan group photo diakhir expedisi. Hahaha. Dah comot hilang makeup dan perfume. Ahaks.

Apabila dah siap bergambar, perjalanan dimulakan.



Aku suka gambar ni. Photographer: Huzz.

Selepas melalui rover trail untuk sepanjang 900meter, kitaorang sampai di entrance untuk ke titian canopy. Trail ini sebenarnya sepanjang 500meter sahaja. Tetapi sebab mendaki, agak meletihkan bagi yang baru memulakan arena mendaki ini.


Muka masih lagi nampak sisa-sisa make up. Hahaha.

Pendakian dimulakan, ada antara kami dah mula mengah mengah. Aku faham condition diaorang. Ayat paling lawak si Shuria la. Shuria as of nama dia kan macam matahari skits kit. Apabila dia mula penat, dan kita tanya dia okey ke, dia akan reply 'dah malap-malap dah ni'. Kekeke.



Setelah hampir ke puncak adik aku dah mula rasa nak pitam. So aku tunggu la dia dulu. Lama juga aku tunggu dia. Shuria pun happy juga la pasal ada geng malap. Hahaha. Tunggu tunggu dan tunggu, okey la diaorang berdua dah mula okey dah. Jalan naik skit, rupanya geng geng lain duk tunggu kat atas sikit tu je. Kemudian rehat-rehat seketika deida share-share coklat dia dengan orang-orang yang penat dan pitam dan pucat. Tidak lama selepas itu, kitaorang pun sampai ke titian canopy. A bit suprise because my first time there ari tu, gile kentang dekat 30minit tunggu turn. Ini, orang kat atas tu la yang tunggu orang datang. Disebabkan tak ada orang sangat, kita lepak-lepak kat bangku bawah tu. Again group photo. Hahaha

Selepas lepak-lepak, kemudian naikla canopy walk. This time gile kentang syok je pandang bawah. First time ari tu, huhuh...perut aku rasa sebu ketakutan. Ahaks.


Aku suka gambo ini. Huzz tangkap juga.


Gambar ini jugak aku suka. Huzz gak yang tangkap. Kelihatan Zila tengah merenung masa hadapan. Hahaha.

Apabila semua orang dah sampai ke bawah, kitaorang pun turun la bukit pula. Turun bukit memang best, tak ada yang 'malap' atau nak pitam dan sebagainya. Decided that we have to lepak kat air terjun. Kalau tak lepak sapa nak makan nuget satu bekas yang aku bawa itu.


Lepak tepi air terjun. Ari tu aku kutuk air terjun FRIM kan? Yang kecil itu. Rupanya aku jumpa yang dibawah sana. Hahaha. Aku tarik balik kutukan terhadap air terjun FRIM okey.


Turun dah...Ini dah sampai tempat bertangga. Before that macam masa panjat tadi la. Dalam hutan. Best part, leh seberang sungai lagi. :D


Perjalanan ke tempat letak kereta..kiri kanan kiri kanan.


Group photo last. Compare lah nya dengan gambar first group photo tadi. Time ni semua orang menonjolkan natural beauty sudah. Fake beauty sudah hilang. :P


Decided that we want to have lunch together. Sebab tak biasa area Kepong, decide nak makan kat Dato Keramat. Tomyam Ali. Sekali hampir 1km nak sampai, Mohazam tak sempat masuk simpang, and Huzz follow Mohazam. Nasib jalan yang dia lalu tu familiar jadinya bolehlah guide balik dan jemput di Semarak. Tapi Mohazam dah mengaku kalah tidak tahu sesat dimana so dia decide nak balik terus.

Selepas makan, kitaorang pun bersurai. Huzz tanya next week ke mana. Entahlah. Google aa weh ramai-ramai. Make sure tempat tidak seazab Jugra. Kekeke. Aku google pasal Taman Alam Kuala Selangor. Nampak interesting pasal ada 4 trail. Jom pilih trail yang terpanjang tuh. Any other idea? Let consider and google. Chewah.

4 comments:

Aimie said...

best gile.. nak g jugak arh..

aloha said...

Zila.. nnti pegi trip tamn negara tak???
ehhh aku silap soalan....

Erisa.. nnti trip tmn negara Zila pegi tak??
hehehe

mohazam said...

hahaha... minggu depan x dapat la nak join...
aku ada test... huhu

Cik Adek Manes said...

syOknye.. !! musti fresh je korang rase kan pas tgk pokok² sme nie..

Post a Comment