Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Tuesday, September 29, 2009

Bermulanya Rutin Yang Terhenti

Lama aku stop update blog..bukan stop..almaklum bulan puasa orang citer pasal kuih..takkan aku nak citer pasal kuih yang aku asyik beli yakni kuih badak setiap hari kan? Kakakaka. Amatlah tidak variety kuih kesukaan aku itu.

Okay, aku baru siap-siap kemaskan beg Shape aku. Eh memang beg tu beg yang Shape bagi semperna larian Shape bukan beg untuk mengShapekan aku. :P Masukkan seluar, baju t-shirt, stoking, dan juga beberapa keping pelekat kot kot lama tak guna kasut..kaki jadi manja lak. Melecet sana sini.

Jadinya esok petang insyaAllah kalau tak kehujanan melanda maka aku mahu pergi berlari di tasik. Harap-harap tak hujan la walaupun hari ni petang sudah hujan. Aku mahu stamina kembali. Tapi berdasarkan tawaf ke Jalan Tar..stamina jalan berbatu-batu tu masih ada. Cuma stamina berlari tu yang tak pasti.

Total weight loss during fasting months 2kg. Total weight gained during hari raya week also two kg. Big total sebulan sama dgn zero. Aku harus kerja keras. Sepatutnya ikut matlamat asal esok berat aku dah 53kg. Tapi jauh amat lagi tu. Aku jarakkan ke bulan 3 tahun depan agak-agak sempat tak? Last few kilos are the hardest to go.
Note to myself: I need to to tone my arms!

Monday, September 14, 2009

Puding Coklat Ku Menjadi Sudahhhh......

Selepas potong-potong..tidak lembik..dan tidak terburai antara white and black.

Aku dah tak kecewa lagi dah. Third time is charming! Aku nak habiskan coklat putih je sebenarnya sementara susu pun ada lagi. Jadi aku mula-mula pergi buat puding coklat putih jelah (menerangkan bagaimana lapisan putih lak yang berada dibawah).

Selepas masak lapisan coklat putih, eh tiba-tiba feeling nak buat lapisan coklat pulak. Mana tahu menjadi kan... Aku pun basuh periuk...tuang koko lak. Kacau-kacau dah pekat tuang la pulak atas lapisan putih. Aku ingat dia nak jadi cam puding coklat aku yang first tu..blend together..tapi tak....or maybe tak bercantum dan keras kejum macam puding coklat kali kedua..tapi tak jugak. Bila dekat waktu berbuka, aku gi hiris..aisey....menjadi pula... Rugi tak guna bekas clear..baru leh tengok..(Sebab ingat failed, aku guna mangkuk tak see through).

Jadi aku sangat happy, tahun ini aku reti masak puding coklat lapis-lapis. Dalam resepi ada 3 lapis..tapi aku pemalas. Dua lapis sudah.

Resepi:
Lapisan putih (A)
1. Coklat putih..ada la sebesar 3jari dicantumkan..gram-gram aku tak reti lah.
2. Susu - low fat milk 650ml
3. Agar-agar 10gram (kalu beli agar2 20gram tu kerat dua je..satu bahagian lagi tuk lapisan koko)
4. Whipping cream secukup rasa juga.
5. Gula secukup rasa lidah lah(kalau nak kena diabetis, letak la banyak-banyak)

Lapisan koko (B)
1. Serbuk coklat letakla agak-agak 2-3sudu. Toksahla banyak sangat, kalu nak pahit boleh la taruk banyak-banyak.
2. Susu - low fat milk 650ml juga
3. Agar-agar 10 gram
4. Whipping cream secukup rasa juga
5. Gula ala2 untuk pesakit kencing manis.

Bahan A la memula.
Mula-mula masukkan susu dalam periuk..kacau dengan coklat putih sampai cair...sumbat agar-agar kacau-kacau masukkan whipping cream pehtu gula..kacau kacau sampai pekat..dan agar-agar cair sepenuhnya.. Masukkan dalam bekas cantik.

Bahan B
Sementara tunggu lapisan putih keras, ulang je macam yang bahan A punya cite. Kacau-kacau-kacau, elok masak bahan B ni..bahan A dah separuh mengeras. Tuang selow-selow bahan B ke atas lapisan separa keras bahan A itu. Kalu tuang macam nak gaduh dengan laki, nanti yg separa keras bahan A tu tembus la ya.

Dah tuang tu..tunggu jelah dia mengeras. Lepas tu masuk peti ais...pehtu ngap masuk mulut. Hahaha.



Pasal bekas tak leh see tru, terpaksa la ambik gambar camni. Menunjukkan hasil kejadian.
Posted by Picasa

Tuesday, September 8, 2009

Kekecewaan Puding Coklat...

Aku mabuk dengan nak buat puding coklat...tapi frustnye tak menjadi-jadi selepas dua kali buat pun. Hahaha. Resepi? Hahah aku amik kat internet selepas google puding coklat kuar Indonesia situs pasal puding coklat. Jadinya pasal nampak cantik, aku try la. Banyak jugak aku ubah, dari susu cair full cream aku tukar jadi susu minuman low fat..gula pun aku rasa memang kurangkan gila-gila pasal aku memang tidak suka manis. Aku boleh telan menda masin tetapi menda manis agak kureng lah.

Kali pertama buat, aku sangat tidak sabar sampai tak tunggu lapisan koko keras skit..jadi lapisan coklat putih sudah blend together. Hasilnya agak lawak la tapi rasa sedap la juga (eh eh poyo lak mengaku sedap).

Kali ke dua buat...lapisan coklat tu aku sabar sangat..sampai dah keras baru aku gi masak lapisan white coklat. Time masak lapisan white coklat..aku dah gabra pasal lapisan coklat dah keras..jadi masak dengan laju tak tunggu pekat yakni agar-agar pun tidak setanding dengan jumlah susu la. Jadi lapisan putih sudah agak lembik. Tu kalu tengok dalam gambar pun nampak tu..agak kelembikan. Tapi rasanya sodap juga. Eh lagi poyo. Disebabkan lapisan koko dah kejum time aku curah white coklat..dia macam tidak bercantum la. Failed lagik! Ciskek.com sungguh.

Haruskah aku give up atau try untuk kali ke tiga? Hahaha. Weekend ni aku nak try buat kek coklat lembab lak. Kalu rupa tak cantik, asal sedap tak kisah la boleh telan lagi macam puding coklat ni. Jangan rupa tak cantik..rasa pun tak sedap tu yang agak lemah lutut dan cepat putus asa tuh. Hahahah



Cubaan ke dua, 3 lapis macam dah hampir menjadi cuma tak kena timing dan salah agak agar-agar untuk lapisan white coklat sampai lapisan white coklat jadi lembik. Huhu.


Aku nak puding aku jadi camni...adoi...frust kecewa.


Kali pertama cuba, failed teruk pasal tak menyabar tunggu lapisan coklat keras. Blend together lak white coklat dgn coklat. Rasa dia sedap gak sebenarnya... Hahaha. Kalu aku cakap aku buat camni on purpose agak-agak ada tak orang tertipu? Hahahah

Thursday, September 3, 2009

Menu Buka Puasa: Day 12

Lepas sembahyang maghrib bergerak ke Jusco. Bukan apa, kami selesa tidak bersesak-sesak. Lagipun jenis dah biasa makan kuih pehtu gi semayang lepas tu baru la cari mende berat tuk isi perut.

Since makan Subway minggu lepas at Jusco Setiawangsa, perasan banyak pula kedai makan yang di dalam Jusco itu. Jadi mekda and I decided, sekali setiap minggu dalam bulan puasa ni nak mencuba makanan kat dalam itu. Kali ini pilihannya ialah Kenny Rogers ROASTERS. Next week apa lak weh? Banyak amat tu kedai.. hohoh

Biasalah, agak jakun la memula macam masuk subway hari tu juga pasal tak pernah masuk kedai ni. Order ala-ala Nandos je rupanya. Tak ramai dah orang time kitaorang sampai..iya la...orang berbuka pukul 7.20pm. Kitaorang masuk kedai pukul 8.00malam. Hohoh. Jadinya rasa macam kedai bapak sendiri sebab asyik masyik snap gambar itu dan ini. Tapi aku tgk kedai sebelah iaitu Leo's tu lagi sadis..kosong terus.. No customer at all.

Apapun ni ha..menu makanan kitaorang. Sedap gak. Yang bagus KRR neh, dia bekalkan informasi nutrisi makanan dalam menu dia (walaupun aku bukan baca pun). Hahaha.


Muffin coklat. Dua-dua dah selamat masuk perut aku untuk sahur tadi.


Makanan aku order. Quarter chicken BBQ. Kenyang amat.


Makanan mekda. Semek ini order original flavour.


We after kekenyangan melantak.
Posted by Picasa

Wednesday, September 2, 2009

Menu Buka Puasa: Day 11


Aku memang meraban kan...bukan nak snap hari-hari. Hari yang aku rasa ada mood dan teringat je aku snap. Hahaha. Ini menu semalam. mee goreng. Macam biasalah, aku masak untuk aku sorang jadi no decoration or so what ever. Masak pun cukup-cukup sepinggan dah. Aku try letak sos cili thai Life dalam masakan mee tu. Eh sedap pula rasa dia. Lagi sedap di tekak aku dari sos cili biasa. (Aku dah lama tak masak mee goreng letak sos cili laginya).

Memula buka puasa dengan puding milo mekda. (Nota promosi: sedap puding mekda ni..kalau sapa nak ambik buat menantu atau buat isteri..memang dah layak benar dah neh. hehehe). Lepas tu baru memasak mee. Hohoh.

PS: Mekda, nanti aku masak buka puasa..aku bagi kat mung. Kita buat ala-ala kat kampung. Interchange lauk pauk dalam mangkuk tingkat. Kekekek. (tapinya aku masak lepas berbuka camno tu?)