Selepas potong-potong..tidak lembik..dan tidak terburai antara white and black.
Aku dah tak kecewa lagi dah. Third time is charming! Aku nak habiskan coklat putih je sebenarnya sementara susu pun ada lagi. Jadi aku mula-mula pergi buat puding coklat putih jelah (menerangkan bagaimana lapisan putih lak yang berada dibawah).
Selepas masak lapisan coklat putih, eh tiba-tiba feeling nak buat lapisan coklat pulak. Mana tahu menjadi kan... Aku pun basuh periuk...tuang koko lak. Kacau-kacau dah pekat tuang la pulak atas lapisan putih. Aku ingat dia nak jadi cam puding coklat aku yang first tu..blend together..tapi tak....or maybe tak bercantum dan keras kejum macam puding coklat kali kedua..tapi tak jugak. Bila dekat waktu berbuka, aku gi hiris..aisey....menjadi pula... Rugi tak guna bekas clear..baru leh tengok..(Sebab ingat failed, aku guna mangkuk tak see through).
Jadi aku sangat happy, tahun ini aku reti masak puding coklat lapis-lapis. Dalam resepi ada 3 lapis..tapi aku pemalas. Dua lapis sudah.
Resepi:
Lapisan putih (A)
1. Coklat putih..ada la sebesar 3jari dicantumkan..gram-gram aku tak reti lah.
2. Susu - low fat milk 650ml
3. Agar-agar 10gram (kalu beli agar2 20gram tu kerat dua je..satu bahagian lagi tuk lapisan koko)
4. Whipping cream secukup rasa juga.
5. Gula secukup rasa lidah lah(kalau nak kena diabetis, letak la banyak-banyak)
Lapisan koko (B)
1. Serbuk coklat letakla agak-agak 2-3sudu. Toksahla banyak sangat, kalu nak pahit boleh la taruk banyak-banyak.
2. Susu - low fat milk 650ml juga
3. Agar-agar 10 gram
4. Whipping cream secukup rasa juga
5. Gula ala2 untuk pesakit kencing manis.
Bahan A la memula.
Mula-mula masukkan susu dalam periuk..kacau dengan coklat putih sampai cair...sumbat agar-agar kacau-kacau masukkan whipping cream pehtu gula..kacau kacau sampai pekat..dan agar-agar cair sepenuhnya.. Masukkan dalam bekas cantik.
Bahan B
Sementara tunggu lapisan putih keras, ulang je macam yang bahan A punya cite. Kacau-kacau-kacau, elok masak bahan B ni..bahan A dah separuh mengeras. Tuang selow-selow bahan B ke atas lapisan separa keras bahan A itu. Kalu tuang macam nak gaduh dengan laki, nanti yg separa keras bahan A tu tembus la ya.
Dah tuang tu..tunggu jelah dia mengeras. Lepas tu masuk peti ais...pehtu ngap masuk mulut. Hahaha.
6 comments:
yeay!!!! clap!clap!
Terliur aaaarr
Yea, bley bukak kedai puding doh mu kekgi :D
whooz,
tochey tochey..ahahah
masreen,
hahaha nampak jo sedap..rasa biasa aje.
deida,
rumah puding coklat ->name kedai puding aku..wakaka
sy pun ske puding coklat.kat param seketul 40sen.cekik betul!
amboi menariknyer........... sedap ar plak... (sambil terliur ni hehe)
Post a Comment