Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Sunday, December 13, 2009

2010: Wishlist dan Angan-angan

Minggu depan 18 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1431. Macam biasa, mari menanam azam tahun baru. Banyak betul kehendak yang rasa nak. Aku harap tertunailah ditahun baru nanti. Tahun ni apa azam aku ya? Hahaha. Entah. Lupa sudah. Patutnya tiap-tiap tahun buat azam tahun baru, barulah boleh reflekskan apa yang hendak dilakukan dan apa yang tertunai.

Apa hendak buat ditahun baru?

1. Weight loss project. Aku nak buang this last 7kgs. Dan lepas tu, nak start weight lifting supaya leh tonekan lengan skit. Aku juga nak kecikkan saiz pinggang jadi saiz 28 / 29. Eee.. Hahah angan!

2. Aku nak banyakkan senyum. Senyum boleh buat orang rasa positif energy dari kita. Tapi sometimes time aku duk sorang-sorang, aku tak perasan la aku buat muka serius. AKu nak hilangkan expressi muka serius tuh. Hahaha Boleh macam tu?

3. Aku nak belajar masak nasi dagang dan nasi kerabu. Serta ketupat sotong. Ini memang paling tinggi dalam hirerki makanan wajib pandai aku. Mana boleh claim jadi orang Terengganu kalau aku tak pandai masak semua diatas? Yang lain pun banyak aku nak belajar. Sapa nak jadi tok guru masak aku? Hehehe. Itik, ko dah reti buat ketupat sotong kan? Tolongla kawan mung ini.Hahaha.

4. Aku nak cari cara untuk bersabar time marah. Aku percaya time marah jangan bercakap because we might say something really stupid and we will regret it for the rest of our life. Pepatah melayu pun ada cakap 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Most of the time aku memang silent je kalau aku ada rasa terbuku dihati. Cuma sometimes kalau dah tak tertahan, ada juga terkeluar. Jadi yang terkeluar tu lah aku nak tanamkan lebih kesabaran. Aku juga percaya 'time is the best healer' Marah camner pun kita, masa akan mengubat kemarahan itu. Memang betul, aku ada marah terbuku, lepas 1-2bulan, disebabkan orang yang aku marah tatau pun aku marah dia, bila aku dah sejuk..aku boleh kawan balik dengan orang tu. Kemudian sikit demi sikit, aku lupa dah kesalahan orang tu.

5. Aku nak kahwin. Azam since 2007 tapi manjang failed. Dah jadi andartu dah pun. Hahahah.

6. Aku nak hadiahkan diri aku electric oven. (Wajib neh!). Dah usha-usha, ada yang below RM100 pun. Yea, boleh bicara pasal creampuff, kek dan muffin la bila dah ada electric oven nanti.

7. Aku harap gaji aku naik double steps tahun depan. Tiap-tiap tahun double steps kan best? Huhuhuh.

9. AKu harap aku tak gain berat. Kalaupun tak boleh turun dah, tolonglah jaga pemakanan dan tidak mengembang lagi. Aku dah puas hidup jadi orang gemuk. Aku bahagia jadi aku yang sekarang. aku happy, level confident aku tinggi nak berdepan dengan orang. Dan aku rasa aku boleh buat banyak menda sekarang apabila tidak stuck dalam lemak-lemak yang berlambak itu.

10. Settlenya installment binatang kaler putih itu.

11. Aku nak banyakkan membaca general knowledge yang boleh buatkan aku tak segan bergaul dengan sesiapa. Mean, kalau letak aku depan orang yang aku tak pernah kenal pun, aku ada topik yang hendak dibicarakan. Aku tak nak nampak kekok atau jadi kera sumbang. Eh itu panggil general knowledge ke social skills? Mana-mana jelah. Hahaha.

Kalau nak list, berlambak sangat. Kita tengok jelah dulu yang atas 11 neh mampu ke dilaksanakan dalam 12 bulan. HAhaha.2010 tak sabar aku nak tunggu apa yang kau dapat offer aku. 2009 bagi aku adalah tahun yang sangat indah dan penuh kenangan.

Please bear with me. Ini kira ala-ala entry takde kaitan langsung dengan weight loss progress neh. :)

3 comments:

Gerb said...

No 1 , 4 , 5 adalah benda2 recycle dalam wish list aku. Tiap2 tahun misti ada

Unknown said...

semoga mencapai azam & impian demi tahun baru ezza

ezza erisa said...

gerb, hehehe aku recycle no 5 tu je untuk tahun ke tiga berturut2...yang nombor satu tu..serious baru tahun neh je ada kesedaran tahap gaban angkasa lepas itu...:D ko takmo up wishlist /angan-angan gak ke? heee

mia, thank you thank you... sama la kita. ku doakan mia capai impian tahun baru dgn jaya. chewah.. :D

Post a Comment