Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010

Gambar tiada motif sebenarnya. Selamat Tahun Baru Dari Cik Ezza. Memoyokan diri dengan bear. Aku suka je kalu gi shopping mall penyek bear, tapi jangan la bagi bear sebagai hadiah kat aku. Tak nakkkkk... :P

Selamat tinggal 2009 yang indah. Aku akan sentiasa mengenangmu sebagai tahun yang merubah hidup aku. Banyak kenangan manis dalam tahun ni. Aku dah boleh muat baju yang selama ni aku tak pernah rasa akan muat pun. Aku dah tingkatkan self esteem aku. Aku dah pandai pakai tudung kaler kaler. Sebelum ni aku ada tudung kaler putih dengan cream je. Sekarang aku dah ada tudung pelbagai kaler. Yeay! (Aku taktau ada kaitan dengan penampilan kurang lemak ke apa yang ni..tapi aku baru berani pakai tudung kaler selain putih 1-2bulan neh jer)

Selamat tinggal 2009 yang indah. Aku banyak berjalan tempat-tempat yang aku tak pernah tau pun sebelum nih. Pergi hiking sana sini. Pergi jungle tracking. The ultimate challenge untuk beginner seperti aku adalah pergi Gunung Dato'. Aku tak sangka akan buat mende-mende camni dalam hidup aku. Aku sangkakan, aku akan selama-lamanya jadi itik huduh (itik, ni bukan aku mengata ko huduh lak..ko jgn salah faham, aku tiru Masreen nye blog title je neh. Ugly Duckling hehehe) . Aku sangkakan selama-lamanya aku akan terperangkap dalam lemak-lemak yang berkilo pehtu takde stamina nak buat mende-mende aktif yang sungguh fun.

Terima kasih 2009.

Selamat Datang 2010.

Aku harap 2010 pun menjanjikan kemanisan dalam 12bulannya itu. Harap-harap tak ada kesedihan berlaku. Aku tak tahu apa nak jangka. Life is full of surprises. Menda-menda tak terjangka dalam hidup je yang banyak berlaku. Yang jangka tu sometimes takde berlaku pun. As for sekarang, aku belum jangka apa-apa. Aku menunggu kejutan mu 2010! :D

Kepada semua kawan-kawan, selamat tahun baru. Wishing you a upcoming prosperous and happy year!

3 comments:

Ugly duckling said...

Semoga tahun depan kita makin cun dan hot. Thank you for your support Ezza :)

whooz said...

terima kasih kerana menjadi kawan baru saya di 2009. hope 2010 akan dapat lagi ramai kawan ;)

ezza erisa said...

masreen, ya .. semoga kita makin hot.. alamak.. nnt cair lak kerusi kan? .. sama la. thanks gak sudi kawan dengan aku yang sengal dan sengau neh. huhuhuh..

whooz, ya, sama a... dapat kawan dengan ko. siap gi open house lagik. semoga 2010.. byk lagi tempat kita terokai bersama. chewah!

Post a Comment