Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Monday, August 31, 2009

Menu Buka Puasa: Day 9

Ketam tumis berkari.


Yesterday breakfasting menu. Bihun goreng dengan ketam tumis berkari. (Ketam tu aku masak sekor je dan aku ratah je. haha)

Hahaha. Menu day 1-8 takde..tiba2 day 9 terus. Day 10 yakni hari ni lupa nak snap lak. Tapi ianya bayam rebus, nasi dan juga ayam masak merah. Semalam punya...ketam tumis berkari. Sedap... Aku suka ketam tapi malas la nak kopek2...Tapi aku dah pandai siang ketam..... Hohohoh. Sebab aku beli ketam ialah kat giant ketam hanya RM16.00 sekilo. Aku ambik dua ekor harga baru RM6.60. Tidakkah itu membahagiakan?

Aku dah beli stok barang masak rasanya tahan untuk sebulan. Hahaha. Bahan-bahan basah sangat murah pula di pasaraya di bulan puasa. Udang RM9.69 per kg, ketam RM15.99 per kg, sotong RM5.00++ per kg, ayam pun murah di pasaraya. Tetapi untuk ayam aku prefer beli kat pasar keramat. Bukan setakat potong, boleh minta mereka buang kulit sekali. Kat pasaraya payah nak demand. Suruh potong kecik-kecik pun buat muka bangla dia tuh. Aku kan pemalas. Hahaha

Oh one more thing, aku dah beli lesung batu. Yeahhhhhhh. Tercapai hasrat aku nak ada lesung batu. Gile la. Boleh tak aku survive selama ni takde lesung batu. Aku malas nak basuh blender sebenarnya (malas lagi). Dan tak berbaloi sebenarnya kalau masak dalam kuantiti sikit untuk blender. Tak sampai pun kat pisau blender tu bahan-bahan yang hendak dikisar. Bercakap pasal lesung batu, aku beli kat giant, harga display RM13.99. Bila nak bayar terkejut badak sumbu aku tengok harga jadi RM18.99. Fuh..bukan 20sen beza tu. RM5.00. Aku pergi kaunter refund jelah. Tapinya kepada pengunjung pasaraya (mana-mana pasaraya sekalipun) please please please....perhatikan harga semasa mengambil barang. Tak pepasal kang 'mengapa bayar lebih?'. Check resit anda sekali.

Saturday, August 29, 2009

Saya Suka Minuman Yogurt


Aku nak mengelak dari update berapa berat terkini aku. Jadi jangan tanya aku sekarang berapa banyak aku dah hilang sepanjang ramadan. The progress is looking good. Aku happy. Tapi aku malas nak timbang banyak kali. Jadi aku nak timbang apabila aku datang KL selepas raya nanti. Hohohoh.

Ada aku bersenam sepanjang ramadan? Hehehehehe. Tak ada langsung. Kekadang datang time meraban je aku lompat bintang. Itu pun RAREEEEEE. Apa lagi? Aku banyakkan jalan kaki sahaja. Not sure berapa ribu langkah lah tapinye. Minum air, ha yang ni memang aku make sure mendapat 2liter air semalaman (walaupun membuatkan aku terjaga tengah malam sebab nak ke jamban).

Dan aku perasan apabila aku tak minum yogurt atau makan mangga, constipated berlaku. Walaupun aku minum air berliter-liter sehari. Dibulan puasa ni aku kurang bernafsu la nak minum yogurt. Tapi disebabkan sudah berlaku sekali ini constipated, maka aku terpaksa la beli yogurt macam yang selalu aku buat sebelum bulan puasa. Yogurt drink pilihan aku ialah Nestle Bliss perisa mangga. Xtually aku memang suka minuman yogurt mangga ni tapinya bulan puasa aku macam malas nak telan.

Nestle, sila jadikan aku duta yogurt kau. Hahaha. Itu sahaja.

Gambar dibawah ni khas untuk
Huzz, aku buat (read: beli kat Pasar Keramat) creampuff....sedap neh...kekekek.

Thursday, August 20, 2009

My Fasting Month Exercise Plan (Tah Jadi Tah Idok)

Masreen tulis plan dia
Einaz pun bercakap pasal plan dia yang belum tentu

Aku? Apa plan aku?

1. Macam tahun-tahun lepas bulan puasa aku masak sendiri lebih banyak dari beli kat kedai because makanan kat kedai nampak sangat tidak kena selera dibulan puasa. Apa ke pelik aku neh? But instead of masak nasi seperiuk dan lauk pauk sedap...aku nak try masak benda-benda healthy sepertimana aku makan sekarang. Agak-agak sukses tak bulan puasa aku nak teruskan pemakanan sihat aku neh? Godaan kuih-kuih bulan puasa tu agak hazab tuh.

2. Aku nak pergi ke bazar ramadan setiap hari. Ha..ambik kau..hari hari tu... Membuncit la perut aku nanti. Tidak, aku nak walking walking je. Bukan brisk walk pun...just jalan-jalan cukupkan 10000 langkah sehari. Jalan-jalan ambik angin. Dari rumah aku ke bazar ramadan setiawangsa tu pergi balik ada la dalam 3km juga. Taklah jauh tapi jalannya menaik dan menurun bukit. Tapi mana pernah aku pergi jalan kaki weh? Naik kereta ajo. Doakan aku berjaya.

3. Aku nak ikut Masreen punya petua.... strengh training 2 hours before berbuka puasa. Ya ya aku tau, bulan puasa bagus buat senaman pasal tak makanbody terus bakar lemak pasal takde aliran tunai dia nak guna. Lagipun kalau cardio kita tak cukup air lak. Jadi strengh training memang bagus. Yang plan (2) tu bukan exercise pasal aku takde niat nak tingkatkan dengupan jantung pun.

Setakat ini itu sahaja plan yang aku terfikir. Kalau sepanjang 30hari tu, boleh turun 2kg pun aku dah cukup bersyukur sangat-sangat. Hahaha. Mohlah kita jangan putus asa di bulan ramadan.

Selamat berpuasa kekawan ku...chewah.

Wednesday, August 19, 2009

The Photos: Before and After (2)


Bebaru ni I balik kampung. Pergila beli sarapan kat kedai mak kawan zaman sekoalah rendah I. Ada la lebih 10 tahun dia tak tengok aku kot (aku lak dah).. Mak kawan aku duk cakap, la 'kawan ***** ke ni...kecik dah sekarang..dulu dulu masa sekolah besar'.

Nak terguling aku gelak kat situ. Tang ayat 'dulu-dulu' tu yang tak tahan tuh. Ndak je aku terangkan...bukan dulu-dulu...baru je jadi kecik skit neh..Saje je, update gambo terbaru aku. Ada ke nampak beza? Pasal seperti aku dan Miza borak, walaupun dah turun masih lagi dalam otak imaginasi we still big and level confident rendah.

Semperna kempen khidmat masyarakat tu, aku pun menopengkan la mulut dan hidung aku juga. Hahaha. Yang gambar lama tu takleh menopeng pasal time tu takde lagi selsema babi. Dan kalau perasan gambar lama ni recycle berkali-kali. Pasalnya time aku gemuk aku memang tak suka bergambar. Rasa rendah diri kalau tengok imej sangat jumbo. Aku rasala ramai-ramai orang gemuk pun ada feeling macam aku. Tak suka bergambar. Pedih ulu hati tengok gambar tuhh... Nak nak kalu berdiri sebelah kawan yang normal. Lagi pedih hulu hati. Hohohoh.

Monday, August 17, 2009

Pesanan Khidmat Masyarakat - Pakailah Topeng


Kita taktahu body kita camne. Kuat ke? Tak kuat ke? Jadi sebagai langkah berjaga-jaga mai la kita pakat pakai mask apabila keluar ke tempat orang ramai. Jangan kerana kelewaan (ada ke word lewa = kelewaan), kita mati katak dan menyusahkan orang lain. Mostly rakyat Malaysia masih ambil mudah akan risiko terdedah kepada selsema babi.

Yes, aku mahu memanggil penyakit itu sebagai selsema babi. Baru hina skit bunyinya. Kalau sebut H1N1 macam tak ada pesalah pulak. Utamakan kebersihan. Cuci tangan dengan kerap. Untuk lebih berkesan, 20saat dan lebih. Bukan pi celup air lepas tu claim dah bersihkan tangan. Mask dan hand wash dan juga hand sanitiser menjadi satu benda paling popular waktu ini. Apa jua cara anda, pastikan kita sama-sama bertanggungjawab melindungi diri dan keluarga dari selsema babi.

Aku berdoa semoga kita dilindungi dari selsema babi. Kalau terjangkit pun sembuh macam demam biasa dan tidak diakhiri dengan fatal. :(


Friday, August 14, 2009

@62kg


Terima kasih mesin penimbangku. Aku sayang kamu. Did I mention that I can fit into L size t-shirt perempuan now? Oh sungguh syahdu perasaan itu. Did I mention my confident level boost up sky high? Ya, sekilo hilang berat, berkilo-kilo confident level naik.

Aku harap puasa kali ini tidak membuatkan aku makan secara lupa diri. Peperangan melawan obesiti berterusan.

Thursday, August 6, 2009

Eh, Mana Double Chin Ku?

Mekda just got herself a new digital camera. And because I went together with her to Lowyat, I also felt the same excitement about her digicam. Gile kentang la...rerasa aku lagi excited dari dia because all the way from Lowyat to Kampung Baru, dia drive..aku lak duk sibuk snap gambar testing.

Finally mekda sent me this photo pagi tadi. Mekda snapped this photo when we having our dinner at Kampung Baru. Guess what, aku macam terkagum sikit...mana aku punya dagu ke dua eh? Hilang sudah? Ke teknik camera canggih mekda je? Hahaha. Runcing lak dagu aku. Macam baru lepas cucuk botox pun iya. Ahaks.

Apapun petua untuk hilangkan double chin adalah dengan tepuk-tepuk je dagu tiap-tiap pagi. Bangun je tidor..sambil hirup udara segar...elokla tepuk-tepuk dagu tu bagi lemak pecah. Hahah iye ke? Entahla..itu je yang aku buat nye pun. Pemakanan pun iya juga. Of course senaman seluruh badan pun iya. Mana ada cara nak kuruskan satu spot je kan? :)

Tuesday, August 4, 2009

Hiking: Sungai Gabai, Hulu Langat

Venue: Sungai Gabai
Date: 1 August 2009 (ala ari demo tuhhh)
Attendance: Huzz, Baizura, Hafiz, Amy and Myself. Mekda di wakili oleh beg nya yang aku pinjam. :)

Group photo.

Janji dengan Huzz pukul 9 di Gabai pasal nak mencari Jeram Perlus. Tapi si Hafiz dengan enak beradu lagi jam 8 pagi. Sungguh aku pantang skit bab bab tak leh ikut promise timing neh. Terasa malu dengan Huzz apabila jam 9.30 baru aku sampai Gabai. Sorry Huzz, next time harap-harap tak jadi lagi menda macam ni. Decided nak cari Jeram Perlus. Huzz jadi ketua konvoi.

Sampai di satu kawasan, sudah jalan mati. Nak patah balik sikit punya seksa pasal jalan sangatlah narrow. Akhirnya terjumpa orang mana tah tepi jalan. Tanya dan tanya, katanya orang asli dah takde. Kalau nak upah dia RM250 per trip. Hoh, aku baca kat internet kata upah orang asli RM30 jer seorang. Takperlah, sekian terima kasih.

Akhirnya ke Gabai sahaja. Orang pun tak ramai sangat lagi. Selepas naik tangga dan tangga, si Hafiz pun tak tahu jalan sudah.Idakla rasa mencabar mana pun. Hahahah. Agak kecewa la sebenarnya dengan siri hiking ini. Tapi tu la..pasal memula memang nak tuju Jeram Perlus tapi pasal dah tengahari dan belum jumpa jalan, decided we will come again la to find kampung orang asli tuh.

Ratu buka kasut..ada la 5-6kali aku buka pakai kasut setiap kali seberang sungai.


Usaha mengeluarkan duri.

Sewaktu seberang sungai tangan si Amy sudah terkena duri. Jadinya aktiviti mengubati tangan Amy dilakukan oleh Dr Huziana M.D tak bertauliah disitu dibantu oleh Dr Baizura. Hahaha.

Jalan dan jalan jumpa tempat yang sangat cantik. Berhenti untuk memasing ambil gambar. Kemudian, turun semula ke bawah. Lepak makan bekal yang dibawa.

Sedang sibuk membuka bekal.

Huzz bawak bihun goreng, sedap amat sih. Boleh buat menantu neh. Aku bawak kopok lekor goreng je dengan ayam bbq. Sedap gak rasanya. Hahaha. Selepas makan, edisi main-main air. Lepas main air...turun...

Lepas turun, huzz dan geng beli aiskrim..aku takleh makan aiskrim weh. Dengki dengki. Hahaha. Lepas tu pergi singgah rendam kaki di kolam air panas lak. Kemudian balik rumah masing masing.

Malamnya aku ada gathering kcarlife, jadi aku nak recaj tenaga dengan tidur seketika. :)

Overall, gabai tak best untuk trekking (or sebab tak tahu jalan), we are looking for people who has been to Jeram Perlus so that we can get the guidance how to enter Perkampungan Orang Asli. Kalau ada, bagi tau sama aku ya! Thanks!

PS: Huzz, minggu ni ke mana kite? :)