Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Tuesday, December 21, 2010

Campaign: 10000 steps a day


Haha, meraban, siap buat poster bagai kan? Jom la weh, moh kita. 10000 steps a day boleh diconsiderkan kepada moderate active dah. Apa lagi, jom jalan. Pi shopping kira dah active. Ada excuse? :)

10000 steps sehari boleh lose weight.Provided tak makan macam pirahna lapar la kan. 

Wednesday, December 15, 2010

Nai The Biggest Loser Season 2 Winner.

Indeed in my heart!


Even though he didn't win last night. Ada aku kisah? 


Sebab utama, dia kurus dan berotot, Raj kurus kering ala-ala baru lepas sembuh sakit leukemia. But what to do, the biggest loser is all about how much weight you loss not how good you look or muscle gain bla bla bla.


See the different? The winner is in the middle, Nai standing next to him, very muscular and healthy,
Macam rupa Fahrin Ahmad dah aku nampak.



Friday, December 3, 2010

Pain is Temporary, Pride is Forever


Semalam aku sangat mengah selepas buat intensive training. Seriously, aku check jantung aku speed 140 beat / min. Aku nak teruskan buat strength exercise tapi aku rasa tercungap-cungap yang sangat. Peluh takyah cakap lah, leh perah kot towel tuh. 

Pehtu aku teringat masa tengok Giuliana and Bill (kat E channel), masa Giuliana masuk half marathon, kawan dia cakap kat dia time dia nak give up amat dah, pain is temporary pride is forever. That one hell of motivation man!  Tapi aku amik keputusan, buat senaman cool down, lepas tu, aku cabut kasut sukan, pergi tengok tv. Hahaha. 

Monday, November 29, 2010

Jam Tangan

Aku dah lama nak potong tali jam aku sejak dah kurang lemak sebab tangan jadi mengecut sedikit. Tapi sehari berganti hari, sampai rosak jam tu, sampai sudah tak potong-potong. Longgar camtu la aku pakai. 

Belilah aku jam tangan baru, Oleh kerana jam tangan baru neh, tali dia tak sesuai pakai kalu longgar, aku kena potong jugak la hendak tak hendak. Potonglah aku tali tu semalam. Wah, bila balik rumah, terpandang pula jam tangan lama. (Goodbye sayang, you have been a good watch, sayang woo pasal hadiah dari office pada tahun bukan lompat semperna besday guwe yang jarang sekali menunjukkan dirinya itu)

Bila ukur, agak jauh gak la beza. Siap jam tangan ukuran baru leh masuk dalam ukuran lama. :)


Thursday, November 11, 2010

Question and Answer

Question: Is jogging the best kind of exercise for weight loss? - Anonymous
Answer: The best kind of exercise for weight loss is the kind that you like to do. 

:)

Wednesday, November 10, 2010

Motivasi: Usia Bukan Penghalang

In Season 7, Jerry Hayes was eliminated in Week 2. His starting weight was 369 lbs. He came to the finale weighing 192, a loss of 47.97%, and he won the $100,000 at-home prize. Jerry was 63 freakin’ years old. 63! Can you believe that?

Pakcik kat ateh neh usia dia 63tahun. Dengan usahanya, dia berjaya turunkan 177 pounds. Equal to 80.5kg! Kagum I. Kalau sesapa rasa dia dah tua, takleh nak start turunkan berat badan, sila ingat kat pakcik Jerry neh. :) :) :). 

Kiah impressed okey!

Monday, November 1, 2010

Flat Abs.. Fabulous!



To be honest, every time I watch drama on tv, (or muvi), tengok awek2 hot seksi-seksi dengan perut flat, ada satu benda yang bermain di otak aku. Tentunya, OMG How much efforts have she put to get those fabulous abs?? Must be one hell on exercise. Aku buat crunches 100 times each time pun rasa otot perut aku menegang (dan fuh...sangat la sengsara). Britney Spears did 1000 times crunches every day. Aku nak try 500 je lah dulu. Actually, 100 times crunches will only take 2-3minit. 1000 takde la ambil banyak masa. TETAPI, kesakitan 100 crunches pun dah unbearable, tu yang aku tak penah sampai 500 lagi tu. Hak hak hak.

I want those flat abs. (Macam takkan berjaya je) Tapi takpe, aku dah jumpa kata-kata semangat baru untuk aku buat motivation waktu aku rasa nak give up bila buat larian di tasik or circuit training at home. Aku jumpa dalam Glee season 2 episod 5 semalam time tengah tengok Finn practice dalam gym. 

PAIN IS TEMPORARY

Tuesday, October 19, 2010

The Misunderstanding Concept of Losing Weight

Aku overheard one girl told my friend yang my friend neh lucky sebab tak payah bayar untuk exercise. Dia lak kena bayar sebab dia ambil gym membership. My friend cakap, eh kalau taknak bayar pergi jelah jogging kat tasik. Free. Dia lak cakap, I sweat more in the gym daripada kat luar sana. Eh bukan aku menentang gym tau tapi concept sweat more tu yang aku tak setuju. 

Anf kawan aku cakap dengan dia, kalau nak turun berat kena kontrol pemakanan juga.  Suffernya. I rather suffer in the gym daripada control what I eat.  This girl said. 

Inilah dimana kamu buat silap: 

1. Sweat is not equal to calories burned. Heart rate is. Duk bawah matahari memancar pun berpeluh, Even you did nothing. And of course tak bermakna duk bawah matahari terik sama dengan membakar kalori. Itu namanya membakar kulit. :)

2. To lose weight, you have to take control of what you putting inside. Sama penting dengan senaman juga. You will not lose any weight kalu bedal makanan macam buaya lapar and hit the gym and exercise for 1 or 2 hours.  

Monday, October 18, 2010

Giveaway - Strength Training Compilation

Aku baru lepas compile satu siri latihan untuk strength training membabitkan 
1. Upper body
2. Lower body 
3. Abdomen  
hasil dari bacaan dan carian kat internet. Terima kasih internet. Minimum equipment needed (read: dumbbell je). 

Senaman-senaman ini haruslah disusuli sekali dengan cardio exercise (jogging, power walking, jumping jack, kickbutt, jump rope etc etc). Kalau buat strength training je, takkannya terbakar lemak-lemak lebihan tu.

Strengh training bertujuan untuk membentut otot. Remember, otot burn more calories than fat) :)

Sesiapa nak module yang telah aku compile neh boleh email kat aku or leave comment in this entry with your email add. Nanti aku emailkan. No charge lah. Saje je penat aku habiskan masa compile and it quite useful untuk orang tak ada trainer dan tak pergi gym macam aku. Rugi kalau tak sharekan dengan orang lain. :)

Latihannya simple dan mudah diikuti. Kalau sentiasa buat (bersama dengan cardio exercise), insyaAllah within a month you will feel the different. Jangan lupa pula nak warming up sebelum tu. :)

Disclaimer: Images dalam compilation tersebut diambil dari internet. Bukan hak cipta saya. 

Friday, October 15, 2010

How To Reduce Body Fat

This is what I found out from my reading today. :)
If you want to reduce your body fat, focus on increasing the amount of exercise you get rather than decreasing your food intake.

People who diet without exercising often get fatter with time. Although your weight may initially drop while dieting, such weight loss consists mostly of water and muscle. When the weight returns, it comes back as fat. To avoid getting fatter over time, increase your metabolism by exercising regularly.

Tuesday, October 12, 2010

Ubat Kurus Dari Si Gemuk

Ada satu mende silly yang aku rasa sangat takleh nak tolerate bila datang bab kurus murus neh"

Penjual (gemuk) slimming patch dan ubat kurus yang beriya-iya claim ubat dan patch dia boleh menguruskan badan dan boleh lose weight sampai 4-5kg seminggu tapi diri sendiri tak kurus-kurus pun. Serius aku rasa nak bagi tazkirah percuma lak. Kang kecik ulu hati pula. Tapi sebelum start promosi bersungguh-sungguh tu, apa kata guna dulu, bagi badan tu slim, testimoni kat diri sendiri. Ini promosi bagai nak rak, tapi tuan punya badan menten comei. :)

Monday, October 11, 2010

Starting Second Phase

Aku berikrar dengan ini nak starting second phase to shred this 9kg away. Aku takkan diet gile-gile makan dulu la tapinya. Aku nak kontrol portion dengan senaman je. . Teh ais seminggu sekali mungkin (oh good bye sayang, i love you so much but you are bad influence for me...tetapkan hari boleh minum teh ais.. ehem... Rabu kot.. tengah-tengah minggu) Sedihnya. 

Senaman pun taknak hardcore cam dulu bangun jam 6 pagi. Bersenam dua kali sehari. Aku nak bersenam petang je. Pagi macam menganggu tidur orang bawah rumah je (read: menganggu aku kot?) Berat second phase aku bermula dengan 64. Hoh, makan lagi banyak-banyak tak sedar diri. Teh ais hari-hari. Padan muka aku. eeeee. Next timbang entahla belum decide yet. Maybe lepas raya haji kot. 

Mari doakan kejayaan aku semoga aku tak tumpul semangat. Kalau boleh nak kurangkan kepada angkat 5 dihadapan menjelang tahun baru. Weeeeee hopefully! Hohohoh. 

Thursday, September 30, 2010

Cerita-Cerita Kejayaan

Get Inspired! 25 Days of Weight Loss Success Stories

I read the caloriecount website today and stumble to this one sentence
'"Keeping weight off is nowhere near as emotionally exhausting as being overweight was."
True eh? :) Make a change today!

Tuesday, September 21, 2010

Selamat Hari Raya

Hehe. Dah lepas baru nak wish kan. Selamat hari raya dari saya di Story of the Loser. Kepada kekawan di online atau di offline saya mohon maaf kalau ada salah silap. Kalau ada open house, jangan lupa roger-roger. Ezza suka makan. :)
.  

Monday, September 20, 2010

5 strategi popular weight loss

1. Kurangkan pengambilan kalori
2. Lakukan senaman dengan kadar kerap dan teratur
3. Makan lebih buahan dan sayurab
4. Setkan short term goals.
5. Get a weight loss team. 



Wednesday, August 25, 2010

3 Rahsia Perempuan



Perempuan yang setuju sila angkat keyboard! Hehehe. Aku copy and paste dari forum cari. 


1. Sifat pompuan
Banyak yg mengangap pompuan itu sukakan lelaki yg baik, sopan dan santun.  well bro itu adalah  hal yg kurang tepat. Pompuan sukakan dengan lelaki yg humoris boleh membuat dia tertawa.

2. Pompuan berbeza dengan lelaki
Kalau lelaki melihat pompuan cantik dan sexy langsung  boleh jatuh cinta, tapi pompuan  tidak seperti itu. Pompuan suka pada lelaki bukan kerana ketampanan atau bentuk tubuhnya. Kalau mau buat seorang pompuan sukakan kita, kita mesti  pandai membuat dia tertawa dan tidak merasa bosan bersama kita, dan membuatkan dia merasa kehilangan kalau kita tiada.

3. Pompuan cantik banyak kawan2 lelaki
Ini membuatkan pompuan seperti itu merasa diri nya di atas angin, tapi di antara lelaki-lelaki itu semua nya sama di mata mereka.  Semuanya memberi layanan yang sama. Tiada perbezaan. Pompuan itu suka kelainan, lelaki yg  membuatkan diri merasa berbeza dengan layanan lelaki2 lain. Kita perlu menunjukkan kelainan untuk menarik perhatian pompuan itu.

Wednesday, August 18, 2010

Masak-Masak Ramadan

Udang Masak Lemak Cili Api


Entah hari ke berapa puasa entah. Minggu neh la tapinya. Sedap gak la rasa. tak macam first time ari tu, cair je pasal terlebih letak air kat santan kotak tuh. Kehkehkeh. 

PS: Mr X, sila note, I sudah lulus masak lemak cili padi udang. :P

Tuesday, August 10, 2010

Goodbye Freeway

For this upcoming Ramadan, it is time to say 'Goodbye Freeway'. It either DUKE highway- approx 15-20mins from the office (Bangsar) to home (Setiawangsa). or AKLEH (this is will take me 40-50 minutes). Either way, I am surely will not using freeway. Forever and infinity kot baru sampai rumah.

Oh, hari ni aku dah start nak lalu highway. Dato keramat surenye sudah berkeramat hari ini. ;)

Monday, August 9, 2010

Ketembaman Muka

Hehe, aku belek gambar lama. Mak ai, tembam ya ampun pipi aku. Macam baby yang sangat comel lak rasa. (Poyo ayat neh). Anak sapa la yang pipi best sangat di cubit neh. =)). Before and after tembam. Sekarang ada lagi kot pipi. Cuma tak obvious macam dulu. Pesal sekarang aku macam putih skit dari dulu?  Adakah aku boleh merebut takhta puteri tepung gomak? =)) 

Thursday, August 5, 2010

Lari-Lari Aku Berlari

Kalau dah tak gedempol, tak semestinya tak kembali gedempol. 'Jangan selesa sangat'. Someone told me that. Aku dapat lari 5km yesterday dengan sekali stop je walaupun dah dekat seminggu tak gi berlari. Yeay. Selow la tapinya. Apa yang aku yeay kan? Sebab aku berupaya lari lagi. Ingat dah berat bontot dah. Hahaha.

Setiap kali aku rasa nak berhentikan kaki aku dan mula berjalan, I keep telling myself this 'let torture the heart for another 20minutes'. Lari lari lari..rasa tak larat, aku bisik lagi 'come on... just for another 10minutes and we can rest'. Berkesan siot. Senang je rupanya nak motivate diri time tengah berlari. Sedar tak sedar, jam sudah 6.30petang. ;) 

Dah dua tiga hari aku bangun pagi rasa letih, tapi  hari ini aku rasa sangat fresh sebab jogging semalam. Ezza suka. :)

Wednesday, August 4, 2010

Rambutan Kuning: Sisi Lemah Aku



Ada la satu benda dalam dunia neh yang aku lebih suka dari ayam, kek coklat dan sebagainya. Yakni rambutan kuning. Aku macam ada addiction lebih la pada rambutan. Kalau musim rambutan tu, yang paling aku suka ialah rambutan kuning. Aku boleh habiskan dua kilo rambutan dalam masa 3 hari. Tu makan sorang diri tuh. Gile kentang tak aku?

Aku suka gak durian. Tapi kalau letak durian dengan rambutan kuning sebelah menyebelah, aku tuju rambutan kuning la dulu. 

Tahun neh dah banyak kali aku makan rambutan kuning neh. Terima kasih kepada Wazi yang tidak jemu-jemu bawa rambutan kuning dari kampung untuk aku makan. Kehkehkeh. Terima kasih juga kepada penjual pasar malam sebab tak mengecewakan aku dengan menjual rambutan kuning. 

Kalau rambutan merah lak, aku suka rambutan gula batu. Walaupun aku suka makan rambutan, tapi aku tak pandai buka rambutan guna tangan. Alat membuka rambutan aku ialah gigi. Ini menyebabkan orang ingat aku tak gemar makan rambutan sebab depan orang harus la aku kontrol je gigit kulit dia tu. Selow je amik sebiji sebiji. Malu la I, nak buka rambutan pakai gigi lak, depan orang lak tu.. Kkeke. Kalau nak makan banyak, aku cari pisau je. Penat nak gigit banyak-banyak pakai gigi.

Oh rambutan kuning, kita bersua lagi tahun ini. Siap kau!

Tuesday, August 3, 2010

SSK - Setahun Sudah Berlalu

Terbaca Meeza punya coretan berkenaan larian Shape tahun ini. Sebelum itu beliau imbau kenangan first date antara aku, dia dan Deida pada malam larian Shape tahun lepas. Wow. Pantas sungguh masa berlalu. Satu pusingan Shape dah kita berkenalan. 

Pada hujung minggu lepas pula, aku menghadiri Jacobs Walk of Life di FRIM, Kepong. Pada event yang sama last year, Huz dan Amy turut menyertainya. Aku tidak berpeluang bertemu mereka pada event di Taman Metropolitan itu tetapi tahu mereka turun berada di event yang sama. We met for the first time masa pergi hiking kat Jugra, Banting. Although the Jugra hiking is a disappointed event. :). Eh dah satu pusingan Jacobs Walk of Life dah kita berkenalan.

Aku pun tak perasan dah setahun berlalu. Achievement this one year circle? Eeee. SSK? 

List of SSK event - list je. hahaha
Bukit Jugra, Banting 
FRIM, Canopy Walk, Kepong
Taman Alam, Kuala Selangor
Sungai Gabai, Hulu Langat Trekking
Gunung Datuk, Rembau (sengal paha weh)
Bukit Broga Semenyih (tak terkira dah berapa kali)
Apek Hill, Cheras
Ketumbar Hill, Cheras
Batang Kali, Selangor (mandi manda je)
Gunung Tok Wan, Semenyih
Taman Saujana Impian, Putrajaya
Treasure Hunt, Putrajaya Kembara Taman, Anjuran Perbadanan Putrajaya
Treasure Hunt, Cyberjaya, Anjuran Cyberview Sdn Bhd
Treasure Hunt Putrajaya - Melaka, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Tesco Walk, Dataran Merdeka
Shape Night Run,
DUKE Run, (anjuran highway Duke)
Jacobs Walk of Life

Apa lagi weh, aku lupa dah. 

Thursday, July 29, 2010

Gula Penyebab Obesiti

Garam retain water dalam badan. Gula Penyebab Obesiti. Yeah. Bersederhana. Jangan banyak makan penambah perisa. Lagi tasteless sesuatu makanan, lagi baik untuk kesihatan. ;)

Aku jumpa satu penanda buku yang best untuk dikongsi bersama. 




Marilah kita kurangkan gula. Aku tak kisah sangat dengan kenaikan harga gula. It wont effect me much. I hope we can change our way of eating and drinking. Aku  asal dari pantai timur. Kalau sesapa dari sana tahu, orang pantai timur use gula almost in everything. Masak kari pun letak gula. Jadi, kalau aku boleh mengurangkan manis dalam kehidupan, I am sure we all can survive this easily. Kempen kurangkan gula bermula sekarang. :)

Wednesday, July 21, 2010

SWOT Analysis

Malam tadi aku gayut dengan En Anon (takmo lah reveal nama..kehkehkeh). Dia cakap sedang buat SWOT analysis untuk projectnya. Aku ingat dia cakap mende lain. Lupa term SWOT neh, punyalah lama tak buat pakai kan? Harus lepas neh kalau orang citer SDLC pun aku tanya balik amende SDLC tuh.. Hahaha jadi hari ini aku nak SWOT analysis diri aku lak.

Strenghs: Kuat pasal leh angkat dan  tukar botol air 7 gelen kat office sesorang hohoh, Peramah. Senang bergaul, Baik (poyo lak ngaku baik), alert dengan isu semasa (kekuatan ke neh), Sopan, Dah pandai bersabar

Weaknesses: Tak kurus, Kekadang emo, Suka cakap banyak, Tak kaya, Tak berapa pandai masak.

Opportunities: Nak gi belajar buat coklat dengan cik huzz, Boleh kot nak try try make over diri dan penampilan, Belajar make up dengan michelle phan kat youtube. :P

Threats: Ramai awek lagi cun dan muda. Eeee kalau la aku boleh muda balik. Kegemukan (deng.. aku sangat takut dengan threat yang satu ini)

Sebenarnya aku tak tahu nak update apa dan aku taknak biarkan blog neh bersarang labah-labah jer.. Hehehe. 

Sunday, July 11, 2010

Iklan Dottie..

Sewaktu kat kampung selama beberapa hari, aku baru perasan iklan akan satu drama kat astro ria kot berkenaan seorang gadis yang berisi dan tidak perlu risau tentang berat badan dan pandangan masyarakat terhadapnya. Tidak juga perlu mengawal makan, bersenam dan sebagainya kerana beliau bahagia dengan keadaan dirinye.

Wow! I love to meet dottie. I mean the real one. Orang gemuk yang heppi dan bahagia dengan keadaan dirinya tanpa ada langsung perasaan segan, rendah diri, malu dan sebagainya. Aku rasa iklan tersebut (oh aku tak tengok dramanya, jadi komen aku hanya based pada iklan tersebut), mengelirukan, bohong dan juga tidak reflect kepada mana-mana awek gemuk. Dottie adalah watak fiction dan tidak benar sama sekali. 

Orang gemuk memang kelakar, fun, easy to be friend with bla bla bla sebab speaking on behalf of former me, kami rendah diri. Kami tidak kurus dan tidak cantik macam orang lain. The only option yang menarik kekawan berkawan dengan kami adalah kelakar atau jadi bijak. Heh, not everyone ada excellent brain and the only option yang tinggal adalah jadi kelakar. Tidak grumpy dan sentiasa menjadi teman pendengar yang sedia dan baik untuk teman-teman.

Adeh, tengok iklan pun sensitif. Apa neh. Bukan sensitif tapi aku rasa ia mendidik rakyat untuk berkata 'let not eat healthy and let not have healthy life style'. 'Gemuk tapi heppi jugak. 

PS: Tak ada ke siri tv, selain the biggest loser. Buat drama ke apa ke, kisah orang gemuk yang rasa rendah diri ke apa ke. Sebab as today, aku perasan orang gemuk hanya diberi peranan jadi seseorang yang fun dan gembira dan sentiasa ceria. Hohohoh. 

Tuesday, June 22, 2010

Faktor Kegemukan

Orang Malaysia sebenarnya hanya ada dua sebab sahaja kenapa boleh jadi gemuk.

1. Faktor Malas Atau Tak bersenam

2. Faktor Pemakanan 

Yang pasal metabolisma rendah ke, hormon ke apa ke hanya sekadar penyedap nasi tambah. We need to blame it on something or in some other case blame it on everything but ourselves kan? :)

Monday, June 14, 2010

Hina Ke Jadi Gemuk?

Aku baca kat sini

Pehtu aku tertarik dengan satu comment dari userid 'theobserver'. Dia tulis camni:

sbenarnya x dak siapa2 nk hina sesiapa...tp selagi gemuk tp x de usaha nk kurangkan berat badan...lps tu whining sana sini...tu yg wat org menyampah kat org gemuk...dan org akan memandang rendah kat org gemuk kerana kurangnya keyakinan diri...

Betul tak betul ayat diatas? Aku rasa sangat betul. Normally tak ada orang yang nak menghina orang gemuk. Tapi menyampah sebab dahlah gemuk, lepas tu asyik mengeluh. Contohnye, 'adoi... gemok dah aku sekarang.. camne tah nak kurus'. Sambil berjalan kaki ke kedai kek untuk membeli dua potong kek coklat. (Contohlah ni)

Betullah orang gemuk kurang confident diri, apabila diri sendiri dah rendah confident level.... orang tengok kita skit pun, dah rasa orang judge kita dalam penilaian peribadi dia. Padahal orang tak kata apa pun. Silap-silap mata je pandang kita, otak dia tengah fikir nak makan apa lunch nanti. :)

Contoh normal yang membuatkan aku rasa menyampah ialah, 'kak camne akak kurus?' apabila aku jawab aku gi jogging, bersenam.. terus..'tak apa lah.. saya ingat akak ada makan ubat apa-apa'. Cara senang gi bersenam takmau polo. Sibuk nak makan ubat yang memanglah KKM luluskan tapi side effect long term sapa tau? A few ubat diet yang aku tahu effect pada rahim, pada buah pinggang. Sekali lagi make note dekat diri sendiri, kurus untuk sihat sekali bukan hanya untuk cantik. 

Wednesday, June 2, 2010

Keep Losing It.


Found this photo on net and macam kelakar pulak. Sorrylah entah kenapa aku macam takde citer diet. Pasal aku memang tak diet la kot. Kahkahkah,. I still have 8 more kgs to loose. Marilah kita sama berusaha. Yakin boleh. Come on ezza and friends. Mulai hari ini ramai-ramai pakai seluar track dan baju t-shirt buat senaman. Jom! 

Thursday, May 20, 2010

Susah Nak Culik Orang Gemuk

Do you read this as compliment or insult? Aku rasa insult.

Friday, May 14, 2010

Push Up

Aku memang tak terer push up bra. Mungkin lengan aku belum kuat. Tapi kalau aku nak buat push up, aku kena buat knee push up. Kalu tak, memang tak terangkat la badan aku. Aku tengok mende kat atas neh macam best sahaja. Apa nama dia eh? Huhu

Thursday, May 6, 2010

Cerita Shred (bukan shrek)

Sakit lengan. Tak rasa susah sangat sebab dah banyak kali bermula dengan level 1 neh. Ini bukan ayat berlagak, ini nak cakap aku dah banyak kali main level 1..sampai ayat si Jillian tu rasa aku dah hafal dah.. your body will adapt.. bla bla bla. Sampai 10hari selalunya aku takut nak ubah level 2. Hahaha. Masa mula-mula start level 1dulu memang semput jenab. Nak menangis pun ada. Walhal masa tu dah biasa jogging 4-5km, dah biasa lompat bintang 2-300 kali. Tetap nak tumpah air mata dengan Jillian punya work out. Oh ahkak Jillian.

Lepas work out 20minit, aku tengok cermin, fuh.. muka aku merah darah. Erk bukan aku berdarah, muka aku sangat merah. Peluh mencurah-curah. No wonder dia kata this 20minit sama dengan hours of training in gym. 

Masih bersemangat. Oh, aku buat revolusi nak kurangkan minuman bergula. Aku trace back, banyak pula minum teh ais (bila selalu minum bodi aku adapt dan masalah tak boleh tidur dah hilang, ni kalu aku stop neh... masalah tu datang balik la kalu minum teh.. takde hal. yang penting, less is more. More is not good). Harap-harap kekal. Hari ini baru hari ke dua. Hahaha. Perlu ke buat counter erh? Tak payah kot. Aku nak tanda kat kalendar je.

Monday, May 3, 2010

30 days Shred

Aku berazam nak start 30days shred mulai pagi esok. Kalau aku tak berjaya buat waktu pagi, petang le kot. Harap-harap lepas subuh je aku leh pujuk mata dan badan aku dari kekal bergolek-golek di atas katil kepada buka laptop usha dan follow itu awek Jillian Michael melompat. 20mins per sessi not too bad. Apatah lagi, kesan peluh shred tu aku rasa sama macam aku berlari jogging 1jam. Pandaila dia reka step. Heh. Bertahan sampai sebulan turun 5pounds pun dah cukup bagus.

Dem... I is leka and leka and leka. Stamina macam dah kurang, aku rasa dah macam lemau. Dulu 2 pusingan titiwangsa aku boleh lari non stop, sekarang 1 pusingan pun berhenti 2 kali. Maluuuuuuuuu.

Friday, April 30, 2010

How About This? :)

Thursday, April 22, 2010

Apek Hill Selepas First Time...

Nota kepala: Aku minta maaf pasal lambat betul update. Cerita dua tiga bulan lepas baru nak update sekarang. Pemalas betul aku sekarang kan? :P

First time hari tu dah up entry kan? Selepas first time la memasing semangat nak beli gamin la apa la. Almaklum la... makan langsat sejam. Tapi kami tetap tak putus asa. Give up is not the answer. Chewah. So seterusnya selepas first time mustilah disusuli dengan second time, third time.. forth time.. fifth time. Heh, angan! 3 kali je aku baru sampai. Jangan melebih-lebih lak cerita. Ulang balik cakap Miza, orang kata sini training nak naik Kinabalu. Huz dan Miza patut repeat banyak kali. Bulan 5 dah dekat neh weh. Kinabalu korang nya tarikh dah dekat. Ezza jelesssssssssssssssss, nak sembunyi dalam beg yang korang nak angkat panjat naik gunung boleh ka?

Apek Hill Second Time lupa lak tarikh. Bulan Januari kalau tak silap. Kalau first time dulu sesat barat utara timur selatan sebelum sampai ke Bukit Apek, second time tak sesat dahla. Kalau sesat lagi.. tatau nak declare jadi apa la..word bengap mungkin paling tepat.Apek Hill yang utamanye ialah memula start tu dah mencabar dah. 50-55darjah kot kecerunan. Kalau tempat lain, memula tu macam rileks dulu, bagi otak kata... you can go on without problem.. walaupun mostly tipu juga....Apek hill neh awal-awal kalau nak give up pun senang kot? :P

Jadi second time aku ke Apek Hill dengan Mr Anonymous. Heh, kali ni jalan sama macam first time. Lalu stesen 1-3-5. Turun waterfall. Balik lalu stesen 6-2. Lepak-lepak. Mengah masa jalan tu lebih dari first time pasal partner hiking kali ni stamina melebihi aku. Hohoho. Total hour sekali dengan lepak waterfall adalah dalam 5jam. Macam biasa,yang pasti orang lain dah start turun, kami baru naik. Ada apa hal, jalan dibawah pohon kayu. Bukan panas pun. Nak trekking sehari suntuk pun kalau larat, sila kan. Kat Broga Hill je kami pantang pergi waktu orang lain nak turun. (Walaupun memang selalu je jadi orang last turun dari Broga tu). Kekeke.

Third time pergi, bertiga..bulan dua lak. Aku, Amy dan Huz. Kali ni kekonon nak cari second waterfall dan juga top bukit. Lalu stesen 2-3-6. Jalan dia sama sengsara je dengan jalan 1-3-5. Lebih dekat sikit. Membara semangat kami cari top. Sampai top... agak kecewa. Second waterfall apatah lagi. Usahkan waterfall, air dalam botol mineral 1.5liter kami je yang aku nampak. Tak ada view cantik pun. Ada tempat bersenam je. Tempat tidur sekali. Lepak-lepak, makan-makan. Main-main hula hup, eh ada hula hup ke? Ke itu Ketumbar Hill? Makan-makan, tengah lepak-lepak kat top tu, dengar orang bagi ceramah. Boleh lupa lak pergi hari Jumaat, orang tengah khutbah, kitaorang belasah ingat orang tengah bagi ceramah bagai. :P

Note to myself and others: Pergi Apek Hill toksah la cari top. Pergi waterfall kecil tu lagi worth it. :)

Kat sini dia panggil Bukit Saga HIllTop. Aha, Apek Hill tu nama manja je. Sebab Apek tu mean orang tua. Dedulu orang tua je panjat Apek Hill neh. Heh, tak terimagine aku orang tua panjat Apek Hill. Pasal guwe yang separa tua neh pun... boleh tahan azabnya.

Entah apa lah aku snap neh kan? Konon nak ambil gambar biru langit kat puncak la neh. Bersabar jerlah dengan aku ya.


Ni ha, view from top of the montain. Heckkkkk. Mountain la sangat. Hill Hill. Sini je nampak view. Sadis...


Tadi view tu dah zoom berapa juta kali dah. Ini pemandangan sebenar nak nampak view KL dari puncak Bukit Apek.

Ini time turun, lepak-lepak tunggu apo ko bondo tah den lupa, Huz noticed this cute little asparagus. Percayalah cakap semek neh. Tipu je. Banyak la asparagus... cendawan la.

Wednesday, April 21, 2010

Terasa Tak?


Read in Ujang. (majalah Kartun). Click gamba for full view. :)

Tuesday, April 13, 2010

Gambar Je Dulu: Treasure Hunt

Gambar je dulu. Pasal bak kata masreen dah lama tul tak update. Nanti, aku janji soon aku akan update kaw-kaw punya. Banyak kegiatan sihat dah tak update neh. Ini sudah melanggar prinsip aku sendiri neh sebab aku wujudkan blog ini iaitu untuk memotivasikan orang tentang kebestan gaya hidup aktif dan sihat. Tunggu ya. Aku janji betul neh. heheheh.


Posing selepas kalah treasure hunt.


Posing kat starting line. :)

Tuesday, March 23, 2010

Fact 01: Air

Key number one to loss weight is water! Yes, air je. Sebab tu banyak ubat-ubat diet di pasaran, versi minum-minum. Teh herba la, jus la apa la. Of course some of them function sebagai alat penipu otak mengatakan perut dah kenyang hanya dengan separuh pengambilan makanan kadar biasa.

1. Minum banyak air putih.
Air putih adalah 0 kalori. Which mean, telan satu telaga pun, tidak menjejaskan kadar elaun kalori anda seharian. Tentunya juga, berlebihan benda baik juga adalah tidak bagus. Janganlah apabila kata air putih tu bagus, terus tak makan makanan lain. Telan air je. Kalau tengok trainer TBL (bukan versi Asia), mereka juga menekankan dan menggalakkan minum air. (
Bukan macam TBL Asia, suruh minum 100 Plus). Malah Jillian kata, most of the time, apabila kita rasa lapar sebenarnya otak kita signal nak air je. Lepas minum air terus tak lapar.

Semasa mula-mula minum air secukupnya, says 3 liters per day (sebelum ni nak dapat satu liter sehari pun susah), sudah tentulah manjang nak pergi tandas. Ini tentunya menyebabkan anda fedup sebab kejab-kejab toilet, kejab-kejab toilet. Ganggu aktiviti harian kita yang lain sahaja.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, badan kita sedang membuang air dalam badan yang selama ini disimpan masa zaman kita minum tak cukup air. Badan kita neh pandai, apabila dia tak dapat cukup apa yang dia hendak, dia simpan apa yang dia dapat untuk kegunaan masa hadapan. Seperti mana dia auto slowkan metabolisma kalau kita diet berlapar sebab takut kita mati tak cukup makan!

Apabila kita dah bagi badan kita cukup air dan badan kita yakin akan air itu akan berterusan selamanya macam yang dia dapat sekarang, , dia akan buang semua air yang dia simpan yang sebenarnya dia tak perlukan selama ini. Apabila dah habis lebihan air yang di simpan selama ini dia buang, tabiat nak pergi toilet tu pun makin berkuranganlah.

Oh, jangan biarkan anda dahaga sebelum minum air kerana apabila kita dah rasa dahaga tu bermakna badan dah terdehidrat. Minumlah sebelum anda merasa dahaga. Tak susah sebenarnya memulakan tabiat minum air neh. Memula memang nampak macam mission impossible je tapi tak... senang je, letak je sebelah keyboard tu. Memang nampak je dia terus lah minum!. Sedar tak sedar akan hilang 2-3kg untuk air je.

2. Calories, bukan untuk diminum.
Ya calories elaun kita seharian untuk maintain dan kuruskan badan bukan banyak sangat. Average calories intake sehari untuk maintain berat adalah dalam 2000 calories sahaja (bergantung pada gaya hidup dan tahap keaktifan anda). Kenapa nak membazir kepada minuman? Ya minuman!

Aku tulis no 1 tadi minum air putih. Ya air putih only. Bukan teh tarik, bukan milo ais atau air kopi. Apatah lagi air bergas. Sebab sebaik menambah bahan perisa ke dalam air putih itu, ia sudah bukan lagi 0 kalori. Gula, susu, milo etc semua ada kalori. Add up together, segelas air berperisa sedap boleh menjangkau sehingga 1-200calories. Do we really need this? Nope. We need plain water.

Daripada kita membazirkan 200 calories (per hidangan), yang boleh jadi sehingga 2-3 gelas sehari air manis (up to 5-600 calories), baik kita gunakan elaun kalori itu untuk makanan sedap. Yummy. Kenyang, tak lapar, Nah... sapa kata kita kena berlapar untuk kurus?

Friday, March 12, 2010

5 Benda Orang Nak Kurus Harus Tahu

1. Nekad. Tak mudah putus semangat.
Sangat penting. Selalu je terjadi dimana seseorang yang datang semangat nak diet beriya-iya selepas 3-4minggu bukan sahaja balik ke tabiat asal tetapi give up tahap-tahap tak ingat dunia. Kalau sebelum diet makan nasi 2 kali sehari, selepas give up...sampai 3kali sehari. Dan lagi, nampak progress sikit masa diet tu..5kg loss, tapi sebab dah putus semangat 'aku diet letih-letih banyak neh je turun? Baik aku makan macam biasa. Tak ada beza langsung! (Ya ya, aku banyak kali jugak berlaku mende neh. turun 5kg, lepas tu aku gain lebih banyak dari tu). Kita semua manusia. Aku tak malu mengaku aku dah failed berpuluh kali.

2. Cari ilmu
Ini penting. Yes, boleh je cari trainer ke guide ke tapi at least you have an idea of what the trainer or tukang guide bercakap. Aku suka tolong orang, tapi aku rasa lemah sikit dah apabila tengah explain calories calories, kalau orang reply.. lori apa kak? Haahahaaa... Kalau trainer berbayar, mungkin diaorang tak kisah nak explain lories lories neh. Aku selalu masuk website dibawah neh

Free Online Diet Programme.
Ada pelbagai basic soalan, articles dan consultant dan sebagainya untuk memudahkan anda faham yang turunkan berat badan tanpa magic pill adalah sesuatu yang benar. Bukan mitos atau tipu muslihat. Disini jugak boleh record pengambilan calories intake vs calories out harian. See, tak payah lah nak subscribe programme-programme berbayar. Yang pree ada.

Get weight loss advice, cardio and strength training workouts, information on how to started and more
Ada programme exercise for beginner, untuk weight loss dan sebagainya. Aku suka ada amik programme dia dan sesuaikan dengan diri sendiri.

3. Cari idola / perangsang nafsu semangat
Ya, idola itu penting. Zaman aku berusaha bersungguh-sungguh dulu, ramai je aku jadikan idola. Hari-hari usha gambar before and after orang. The Biggest Loser kat Hallmark tu pun aku layan. Kekadang macam tengok cerita Hindustan sebab their experiences ada la yang aku feeling-feeling macam sama dengan aku. Kalau kita takde idola yang membuatkan kita rasa hampir nak give up kita akan kata 'dia boleh, aku pun mesti boleh' maka percentage untuk gagal adalah tinggi. Of course idola tak semestinya orang, kata-kata hinaan pun leh jadikan idola dan perangsang gak.

Tiap kali aku nak berhenti exercise sebelum cukup target, aku paksa otak aku rewind kata-kata pedih orang kat aku. Ya, berjaya!

4. Low expectation
Oh ya, walaupun kita tengok idola kita dah loss 30kg contohnya, kita janganlah aim macam dia. Aku nak 30kg jugak macam dia. dalam masa 3bulan. Ko giler??? Ingat ini programme The Biggest Loser ke? even the biggest loser contestants pun ramai yang gemuk balik weh!. Be rasional. Kalau nak loss 30kg contohnya, target 1 year to 1 year and half at least. Apa kata mulakan dengan target 5kg untuk 2bulan dulu. Tengok camne badan tu. 0.5kg - 1kg per week is not hard to achieve at the beginning. Aku loss 12kg in 11 weeks.

Tapi of course aku hanya target 5kg drops each time. Dah sampai 80kg, aku target nak jadi 75kg lak. Sebab tu tak down.

5. Mulakan dengan langkah simple.
Ya ini penting. Bukan kata, nak diet mulai esok. Kemudian, esoknye terus makan roti dua keping je. Tak makan apa-apa yang lain dah. Ini nak kurus ke nak mampus? (sorry agak kasar, aku nak sesuaikan dengan rythym, kalu sebut mati..tak sedap sebut lak, huhu). Sebab tu langkah ke dua tadi ialah ilmu. Dengan ilmu, kita tidak perlu berlapar untuk kurus. Aku dulu semua orang heran, diet pekehal..sekali belasah makanan, sebakul terus. Kenyang nak terduduk aku dibuatnya. Belum lagi masuk dengan makanan-makanan lain. Aku tak sekali pun berlapar untuk kurus. Of course low calories is the answer.

Masreen, Miza, anyone, ada nak tambah tak?

Kalau rasa yang diatas ni boleh buat, tunggu nanti aku up cara kurus tanpa makan magic pill lak.

Wednesday, March 3, 2010

61.5kg kot

Lama gile kan aku tak update berapa berat. Ticker kat atas tu pun tak bergerak-gerak. Pasal duk main turun naik turun naik dah macam apa-apa tah. Disiplin kurang bersenam kurang. Semua kurang. Jadi aku taknaklah bagi contoh tidak baik kepada orang lain. Tanggungjawab menginspirasikan orang tidak berakhir apabila hit BMI24.9 :)

Latest, snap this morning. Gile la lambat nak jadi bawah 60. Pasal banyak main-main. Bukan sebab method tak berkesan. Makan dah tak kontrol. Aku harap by April dah jadi 59. Fuh fuh fuh. Doa doa dan doa.

Tuesday, March 2, 2010

Saje Nak Alertkan Kita-Kita Yang Perempuan Neh

Bahaya datang tak kira tempat. Kita terutama perempuan patut alert lebih dengan persekitaran kita. Mostly pembaca blog ni perempuan berdasarkan tracking aku. :) Aku dah beberapa kali encounter benda yang membuatkan lutut aku shaking dan aku rasa hopeless. Ada la air mata skit. Eh.. kata brutal, pun ada nangis-nangis ke? Ala.. brutal tu survival hidup. Kat dalam hati, bunga penuh jer. Wahaha.

1. Ada penah aku up ke aku kena follow dengan kereta dari Federal Highway all the way ke Ulu Kelang? Kalau takde, meh kiah nak cerita. Satu malam lepas jumpa a few friends dekat seksyen 9 ke apa? A&W 24 hours tu. Aku balik la. Singgah petrol station. Dah perasan kereta belakang aku neh. Aku start enjin, dia pun start enjin. Dia follow beb. Aku laju dia laju, aku selow dia selow. (Cyber, ko ingat tak aku penah kena kejar jugak kat Federal Highway lepas balik gathering dulu? At least that one dia kejar sebab nak thumb up je). Ini dia kejar bersungguh-sungguh aku pun tak sure sebab apa. Kot nak rompak pun pilihlah kereta yang canggih sikit. Nak rompak apa la kat kereta kancil. Dah sah sah aku tak berapa berduit. Huhu. Ending bila aku berenti depan balai polis, dia patah balik. Dan blah. Tapi kaki aku dah shaking gile pasal aku dah dekat 45minit pusing-pusing, masih tak dapat nak ditch dia.

2. Baru je jadi semalam neh. Kat JUSCO belakang rumah. Yang ni aku rasa gigil sebab dia datang kat kereta waktu aku tengah loading barang tak seberapa. Dari dalam JUSCO lagi aku perasan dia usha semacam. Kot usha berminat, baling jelah telefon bimbit kan? Hahaha. Ini usha lain macam. Macam mata pemangsa. Dia datang tanya aku duk kat mana. Aku jawab area sini-sini je. Dia tanya sini tu mana. Sambil tangan dia pegang aku punya troli. Aku agak refuse nak jawab aku duk mana, so aku tunjuk arah AU2. Heh. Tiba-tiba dia gengam pergelangan tangan aku. Masa tu la pulak tak ada orang kan. Takujat aku. Ingat nak rompak duit aku tak seberapa. Siap warning suruh bagi nombor telefon dan cakap kalau aku tak bagi pun, dia boleh je cari aku lagi kalau dia nak lepas neh. Dia taknak lepaskan tangan aku. Serius aku rasa takut. Tapi aku cakap 'kalau ko tak lepas, aku jerit kuat-kuat'. Dahla masa tu ujan lebat, kalau aku jerit pun macamla orang dengar. Nasib baik kejab lepas tu ada satu kete famili datang nak park kat sebelah kereta aku. Dia lepaskan dan blah. Lama aku termenung dalam kereta. Ini kat area rumah aku, yang aku rasa selamat. Kalau takat nak mintak nombor telefon,takyahla warning camtu.

Tiap kali benda macam ni berlaku, benda yang aku imaginekan ialah esoknye berita pasal aku masuk paper. Mati kena bunuh ke apa ke. Banyak sangat tengok Criminal Minds agaknya aku neh. :)

Monday, March 1, 2010

Bulan


Sewaktu nak sembahyang maghrib tunggu azan siap semalam, jengah kat beranda ada bulan cantik. Dalam camera buruk aku memang sahla tak cantik. Tapi kat mata kasar, subhanallah. Indah sungguh ciptaan dia. :)

Thursday, February 25, 2010

Sebelah Menyebelah La Senang

Lagi entry takde motif, nak naikkan semangat korang le konon. nanti aku ada mood aku ada banyak benda nak update. Tunggu cuti tiga hari neh lah kalau ada mood datang. BTW aku sukses this week berjaya lompat bintang 500kali sehari. Tapi disebabkan cuaca kurang memberangsangkan, tak pergi berlari kat tasik pun. :)

Ni gambar aku latest. Saje aku letak sebelah dengan gambar lama aku tuh. Nak bagi nampak beza. Even BMI dah normal tapi adik aku kata aku jatuh dalam kategori chubby. Takpelah..chubby pun chubby lah. Jangan babi dah. Hahaha. Kesian babi. Apa kaitan dengan dia tah.

Thursday, February 18, 2010

Mata Bulat :

Aku suka gambar neh pasal mata aku nampak bulat. Hahaha. Itu jelah. Edisi takde motif sebenarnya pasal dah lama tak update je neh. )

Tuesday, February 9, 2010

Enjoy Failbooking.com :)

Enjoy failbooking. :)

Her status for the next month should say, “Grounded for a good cause. DO NOT TXT ME!”

Friday, February 5, 2010

Principle or Money

What I need to do is to lose a few more kilos and the deal is on. But then, I need to start promoting this one diet pill which I against so much to begin with. Yes, I will get paid for that. So money or principle?

Monday, February 1, 2010

Typos can make our emo status into a pervy status.



Friday, January 29, 2010

Siri Motivasi: Aku Semasa & Sebelum

Okey, dah lama aku tak naikkan semangat pendiet-pendiet tegar kan? Mari berusaha. Saya sudah menang. Anda bila lagi? Erk. dah macam iklan power root lak. Hahaha

Semasa: Gambar bulan ni la neh. So kira the current current la neh.





Sebelum: 2007. Bersama officemates. Ni jaman Wazi teman gossip aku lum masuk kerja lagi neh. Erk walaupun aku diet tahun 2009. Ndak gak cakap, aku memang gemuk weh. Tah berapa kg la aku time neh.



The Biggest Loser Asia, taknak endorse aku jadi spokeperson ke? Ganti si Syanie? Yang aku perasan, sejak hilang lemak, muka aku glowing sikit. Aku ada baca dalam internet, faktor ini adalah sebab aku mempunyai cukup air dalam badan. :)

Jumaat Datang Lagi

There was plenty things happened this week.. Not good stuff actually. Tapi Rihanna kata, life is hard but no pain is forever! :)

Hiburan selingan. Sila jadikan panduan. Nanti malu cam bapak yang sorang neh. Anak lak menegur. Haha.

Tuesday, January 26, 2010

Why I Lost Interest In The Biggest Loser Asia

Memula memang aku excited nak layan TBL Asia. Yes, aku nak tengok camne la orang asia apabila mereka ditrain dan masuk rancangan menguruskan badan secara lebih segera dari makan pil ini. Tapi along the way, aku ilang interest di atas beberapa sebab:

1. Trainers terikut-ikut gaya trainers TBL US. Apa maksud terikut? Yang perempuan jadi Jillian Michael wannabe. Yang lelaki try his harderst to be Bob Harper. Tiada originality disitu. Tak tahu la kalau kehendak franchais program memerlukan mereka buat camni.

2. Peserta yang manja-manja. Asyik sakit la, berhenti la, apa la. Isk.

3. Dipaparkan kononnya Hafiz ada hati dengan Christine. I am sure this is lakonan skrip. Kalau pun betul, ia tidak perlu dihighlightkan. Ini bukan program '30 hari mencari cinta'. Kalau sesiapa follow The Biggest Loser US season 3 kot dimana Suzy dan Matt crush dan jatuh cinta dan kahwin diluar program akan faham. Not even one time, they had showed it in front of camera yang depa berdua crush on each other. Aku tahu depa kahwin pun selepas google pasal Suzy.

4. Apabila aku tengok tbl asia, apa yang aku nampak adalah lakonan dan drama. Yes sure TBL America pun ada drama dan lakonan. At least some of it was real. Ini nampak sangat berlakon. Eeee aku taktahu orang lain perasan tak, tapi aku memang nampak ianya hanya lakonan. (Bukan bab bersenam la)

5. Dalam TBL Asia tak banyak sessi interview peserta and why mereka dah penat jadi orang gemuk dan decided nak kuruskan badan, dan bagaimana treatment yang mereka dapat akibat lemak-lemak mereka. Yang ada banyak adalah interview tentang drama-drama quit la. Sakitlah, Penat la. Malas bersenam la. Masuk rancangan kuruskan badan tapi malas bersenam? Baik duk depan tv sambil kunyah donat. Huh. At least viewer boleh tengok dan dapat pengajaran dan boleh relate dengan life mereka. Aku tengok TBL US menangis-nangis pasal aku boleh rasa apa yang mereka rasa. TBL Asia? Nangis? Not at all. Honestly speaking, dulu masa ada TBL US tiap-tiap petang weekdays kat Hallmark, aku tengok tiap-tiap hari dan jadi motivate nak bersenam. Dan selama 8bulan aku diet dan exercise, TBL US yang tiap-tiap hari tu la jadi peransang aku. Tiap kali aku rasa penat bersenam, aku akan teringatkan mereka. Ini experience peribadi aku. Kalau mereka boleh buat, aku pun boleh. Tapi effect yang sama, aku tak rasa pada TBL Asia.

6. Tak banyak info dalam TBL Asia. Yang ada hanya iklan website mereka. Dalam TBL amereka, trainer masuk dapur, tunjuk contoh makanan yang berkhasiat, sedap dan murah untuk disediakan.
Tak cukup dengan trainer masuk bagi tips pemakanan sihat, datang pulak chef bagitahu cara masak menda berkhasiat. TBL Asia? Nara, tadak langsung. Paling kuat pun, trainer perempuan hulur air Hundred Plus kat Kevin (sure lakonan, last week time kononnya Kevin badmood sebab penat, lepas dapat air 100Plus terus boleh menyanyi-nyanyi) dan bagitahu kelebihan air 100plus. Of course TBL US pun ada penaja dan iklan, contohnya alat yang mereka pakai kat lengan untuk mengukur pembakaran kalori tu. Tapi dah tentu-tentu lebih baik iklan menda itu dari iklan konon sebaik minum 100Plus mood terus boleh berubah jadi happy. Sudah lebih!

7. Misterinya team pemenang dikira berdasarkan kilos loss. Bukan peratusan. Sepatutnya peratusan la. Faham tak? Jumlah berat hilang / jumlah kilos semua ahli team. Pasal kalau kira kilos agak tak adil sebab team merah atau biru berat mereka semua tidak equal pun. Kalau franchais pun takkan la kena tiru bulat-bulat season 1 punya episod. They change it to percentage masa season two onwards for a reason kan? Huhuhu

8. Trainers dalam TBL US bukan setakat mendera peserta dan memaksa mereka bersenam tetapi juga turut jadi tempat luahan perasaan dan mendengar masalah-masalah peserta mereka. Sebab tu mereka amat rasa terhutang budi dan nyawa pada trainer mereka. Apabila mereka terkeluar dari TBL, mereka bercakap pasal terima kasih dan rindu pada Bob dab Jillian kerana mereka berdua bukan sekadar trainer tapi kawan baik. Ada trainer TBL Asia version buat camtu? Tak habis-habis tunjuk kat gym je. They dun even do workout together kat outside berdua ke bertiga ke dgn peserta. Bila nak jadi close?

9. Aku tak faham tujuan ambil Dina dan Syanie sebagai teaser dalam iklan TBL Asia. We dun need Syanie to tell us that we need to control portion and do exercises to get healthy and lose weight. Kalau nak ambil celebrity juga, ambil lah yang dah tengok perubahan dia dari gemuk ke kurus untuk promote healthy life style. Bukan aku anti Dina dan Syanie but then, aku rasa both of them tak layak cerita pasal losing weight atas obvious reason.

Itu jelah kot. Tak larat nak fikir dah. I dun expect others to agree with me tho. :)

PS: Entry ini aku rasa sepatutnye belong to my other blog
What I Saw Lately pasal situ tempat aku suarakan ketidakpuasan hati aku tapi disebabkan TBL US adalah effect besar pada weight loss journey aku, aku rasa disini lebih layak.