Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Friday, January 29, 2010

Siri Motivasi: Aku Semasa & Sebelum

Okey, dah lama aku tak naikkan semangat pendiet-pendiet tegar kan? Mari berusaha. Saya sudah menang. Anda bila lagi? Erk. dah macam iklan power root lak. Hahaha

Semasa: Gambar bulan ni la neh. So kira the current current la neh.





Sebelum: 2007. Bersama officemates. Ni jaman Wazi teman gossip aku lum masuk kerja lagi neh. Erk walaupun aku diet tahun 2009. Ndak gak cakap, aku memang gemuk weh. Tah berapa kg la aku time neh.



The Biggest Loser Asia, taknak endorse aku jadi spokeperson ke? Ganti si Syanie? Yang aku perasan, sejak hilang lemak, muka aku glowing sikit. Aku ada baca dalam internet, faktor ini adalah sebab aku mempunyai cukup air dalam badan. :)

Jumaat Datang Lagi

There was plenty things happened this week.. Not good stuff actually. Tapi Rihanna kata, life is hard but no pain is forever! :)

Hiburan selingan. Sila jadikan panduan. Nanti malu cam bapak yang sorang neh. Anak lak menegur. Haha.

Tuesday, January 26, 2010

Why I Lost Interest In The Biggest Loser Asia

Memula memang aku excited nak layan TBL Asia. Yes, aku nak tengok camne la orang asia apabila mereka ditrain dan masuk rancangan menguruskan badan secara lebih segera dari makan pil ini. Tapi along the way, aku ilang interest di atas beberapa sebab:

1. Trainers terikut-ikut gaya trainers TBL US. Apa maksud terikut? Yang perempuan jadi Jillian Michael wannabe. Yang lelaki try his harderst to be Bob Harper. Tiada originality disitu. Tak tahu la kalau kehendak franchais program memerlukan mereka buat camni.

2. Peserta yang manja-manja. Asyik sakit la, berhenti la, apa la. Isk.

3. Dipaparkan kononnya Hafiz ada hati dengan Christine. I am sure this is lakonan skrip. Kalau pun betul, ia tidak perlu dihighlightkan. Ini bukan program '30 hari mencari cinta'. Kalau sesiapa follow The Biggest Loser US season 3 kot dimana Suzy dan Matt crush dan jatuh cinta dan kahwin diluar program akan faham. Not even one time, they had showed it in front of camera yang depa berdua crush on each other. Aku tahu depa kahwin pun selepas google pasal Suzy.

4. Apabila aku tengok tbl asia, apa yang aku nampak adalah lakonan dan drama. Yes sure TBL America pun ada drama dan lakonan. At least some of it was real. Ini nampak sangat berlakon. Eeee aku taktahu orang lain perasan tak, tapi aku memang nampak ianya hanya lakonan. (Bukan bab bersenam la)

5. Dalam TBL Asia tak banyak sessi interview peserta and why mereka dah penat jadi orang gemuk dan decided nak kuruskan badan, dan bagaimana treatment yang mereka dapat akibat lemak-lemak mereka. Yang ada banyak adalah interview tentang drama-drama quit la. Sakitlah, Penat la. Malas bersenam la. Masuk rancangan kuruskan badan tapi malas bersenam? Baik duk depan tv sambil kunyah donat. Huh. At least viewer boleh tengok dan dapat pengajaran dan boleh relate dengan life mereka. Aku tengok TBL US menangis-nangis pasal aku boleh rasa apa yang mereka rasa. TBL Asia? Nangis? Not at all. Honestly speaking, dulu masa ada TBL US tiap-tiap petang weekdays kat Hallmark, aku tengok tiap-tiap hari dan jadi motivate nak bersenam. Dan selama 8bulan aku diet dan exercise, TBL US yang tiap-tiap hari tu la jadi peransang aku. Tiap kali aku rasa penat bersenam, aku akan teringatkan mereka. Ini experience peribadi aku. Kalau mereka boleh buat, aku pun boleh. Tapi effect yang sama, aku tak rasa pada TBL Asia.

6. Tak banyak info dalam TBL Asia. Yang ada hanya iklan website mereka. Dalam TBL amereka, trainer masuk dapur, tunjuk contoh makanan yang berkhasiat, sedap dan murah untuk disediakan.
Tak cukup dengan trainer masuk bagi tips pemakanan sihat, datang pulak chef bagitahu cara masak menda berkhasiat. TBL Asia? Nara, tadak langsung. Paling kuat pun, trainer perempuan hulur air Hundred Plus kat Kevin (sure lakonan, last week time kononnya Kevin badmood sebab penat, lepas dapat air 100Plus terus boleh menyanyi-nyanyi) dan bagitahu kelebihan air 100plus. Of course TBL US pun ada penaja dan iklan, contohnya alat yang mereka pakai kat lengan untuk mengukur pembakaran kalori tu. Tapi dah tentu-tentu lebih baik iklan menda itu dari iklan konon sebaik minum 100Plus mood terus boleh berubah jadi happy. Sudah lebih!

7. Misterinya team pemenang dikira berdasarkan kilos loss. Bukan peratusan. Sepatutnya peratusan la. Faham tak? Jumlah berat hilang / jumlah kilos semua ahli team. Pasal kalau kira kilos agak tak adil sebab team merah atau biru berat mereka semua tidak equal pun. Kalau franchais pun takkan la kena tiru bulat-bulat season 1 punya episod. They change it to percentage masa season two onwards for a reason kan? Huhuhu

8. Trainers dalam TBL US bukan setakat mendera peserta dan memaksa mereka bersenam tetapi juga turut jadi tempat luahan perasaan dan mendengar masalah-masalah peserta mereka. Sebab tu mereka amat rasa terhutang budi dan nyawa pada trainer mereka. Apabila mereka terkeluar dari TBL, mereka bercakap pasal terima kasih dan rindu pada Bob dab Jillian kerana mereka berdua bukan sekadar trainer tapi kawan baik. Ada trainer TBL Asia version buat camtu? Tak habis-habis tunjuk kat gym je. They dun even do workout together kat outside berdua ke bertiga ke dgn peserta. Bila nak jadi close?

9. Aku tak faham tujuan ambil Dina dan Syanie sebagai teaser dalam iklan TBL Asia. We dun need Syanie to tell us that we need to control portion and do exercises to get healthy and lose weight. Kalau nak ambil celebrity juga, ambil lah yang dah tengok perubahan dia dari gemuk ke kurus untuk promote healthy life style. Bukan aku anti Dina dan Syanie but then, aku rasa both of them tak layak cerita pasal losing weight atas obvious reason.

Itu jelah kot. Tak larat nak fikir dah. I dun expect others to agree with me tho. :)

PS: Entry ini aku rasa sepatutnye belong to my other blog
What I Saw Lately pasal situ tempat aku suarakan ketidakpuasan hati aku tapi disebabkan TBL US adalah effect besar pada weight loss journey aku, aku rasa disini lebih layak.

Saya Sayang Dia...

Lawa kan mak saya?

Dia masih cantik seperti yang saya ingat dia. Saya sayang dia. 17 tahun kehilangan dia, sedikit pun tak saya lupakan.

(Ini bukan entry sedih, saje nak share gambar mak saya je)

Friday, January 22, 2010

ROT - Rule of Thirds

Edisi weng edit-edit gambar. Asal jumaat je happy lebih. Pasal esoknye Sabtu. Orang yang invented ayat 'Thanks God It's Friday' mempunyai feeling sama dengan aku.

Wednesday, January 20, 2010

Hiking: Apek Hill, Cheras

Venue: Apek Hill, Cheras
Date: 16 Januari 2010
Attendance: Whooz, Amy, Miza and myself
Difficulty: Moderate (yang baru-baru digalakkan pergi tempat lain dulu). Tapi you can always patah balik. No harm kalau nak try. Sila bawa air at least 1.5liter.
Credit photos: Whooz of course. Terima kasih! :)

Group photo: Duduk dari kiri: Miza, Huz, Berdiri: Ezza and Amy


Kali ni ke Cheras lagi. Ha, trip yang ni membuatkan masing-masing membuak-buak feeling nak beli gamin. Miza! Apo lagi, tugas ko adalah buat manja dengan esmet ulam raja sampai dapat gamin! Hahaha. Kenapa? Sebab walaupun janji jepun di Petronas near Plaza Phoenix, kami hanya jumpa tempat kejadian selepas 1 jam 15minit. Sesat barat utara timur selatan pusing tempat sama je. Padahal dah memang pusing area situ je. Yang paling syok, berhenti gerai kuih makcik nak tanya jalan, makcik dah la taktau jalan.. dia promote kuih kedai dia lak.. hahaha... lawak sungguh.

Dilanda kesesatan yang nyata. Tapi semua bagus, tabah menghadapi kesesatan.

Bagi sapa-sapa yang nak pergi tempat neh, selepas sampai kat Taman Cuepacs Cheras, korang ikut je signboard ke Econsave. Selepas sampai kat Shell berhampiran Econsave, turn left. Kalu turn right pergi econsave lak. Banyak kereta kat situ, park je memana, korang dah sampai tu. Just tanya orang entrance bukit tu. Habis cerita. Jangan risau, mostly orang ramah tamah. Nak nak kalu buat muka cute tanya, lagi la depa semangat nak bagitau direction. :)

Selepas jumpa jalan, AKHIRNYE!!!. Kami memulakan pendakian pada jam 9.50pagi. Lama sey. Jumpa kat Petronas tadi 8.30pagi okey!. Kat bawah bukit tu busuk ah pasal kena lalu in between loji kumbahan lak. Hahaha. Lepas tu dah okey dah.

Semua hikers memang peramah. Apabila kami tatau jalan, ada Jenny lak nak jadi guide. Tapi tak lama. Pehtu dia realise kami camwhoring lelebih lak. Jadi kami suruh dia jalan dulu je senang citer. Tidak melambatkan dia, dan tidak memenatkan kami. Miza macam biasa super laju (walaupun membawa air tambahan 2.5 liter, misteri betul)

Cabaran mendaki.

Kat stesen 1 ada puan monyet dengan anak dia. Jalan lagi.. banyak la jalan derita.. fuh tak menahan la jalan-jalan dia. Memang kalau si eryn datang, aku agak tak sampai stesen 2 dia dah give up. Ni memang bukan untuk percubaan kali pertama la. Kalau nak naik gak, kena selow2 je boleh la kot naik kalau orang firt time baru nak mencuba aktiviti ini. Takut muntah atau rasa nak pitam je.

Puan Monkey sedang merenung masa depan di stesen 1

Pehtu jalan sampai stesen 3. Kat stesen 3 neh boleh lepak-lepak lama skit pasal tempat dia luas dan kami dah tak polo kelajuan orang. We at our own speed. Lepak-lepak.. kemudian jalan lagi. Menuju ke stesen lima. Lama la sebenarnya nak sampai. Sampai stesen 5 berhenti lagi. Miza selaku bakal intern Karam Singh Walia membersihkan botol-botol air yang ditinggalkan oleh pendaki lain. Siapa ada email karam singh? Hehehe.

Jumpa satu group yang baru naik dari water fall. Diaorang cakap, kalau tak turun waterfall, takleh claim dah sampai Apek Hil.. Okey fine. Kami pun jalan la. Memang niat nak pergi pun. Just bila dengar amoi tu cakap camtu, lagi la berkobar-kobar. Perjalanan dari stesen 5 ke waterfall ialah 30minit. Ya betul 30minit. Tapi cabarannya mabeles! Curam amat nak turun.

Miza melaporkan untuk TV3. Anak didik Karam Singh Walia neh jangan memain.

Bila sampai waterfall, ada satu group neh baru siap bersuka ria. Depa blah kami lak konker. Best gak la. Walaupun waterfall kecik pasal takde orang. Kami bermesra dengan air sehingga boring lepas tu pergi sambung makan. Eh lupa nak cerita sebelum mesra dengan air kami dah belasah roti canai dengan satay goreng ayam.

The waterfall in shutterspeed mode. Chantek!

The food dari Amy dan Huz. Roti canai. Sedap gile rasa. Mahu tak rasa sedap, jam 1 tengahari baru sampai waterfall. Lunch hour time dah.

Ini cik Ezza punya makanan. Satay goreng. Sedap gak. Hahaha. Lupa lak nak snap air sedap Miza. 100plus dan air apple.

Lama lepas tu, aktiviti naik dari waterfall lak. Fulamak..ini memang super duper mencabar. Kaki? Tangan? Semua kena guna untuk naik balik. In 35mins dah sampai stesen 5. Kemudian turun ke bawah guna jalan lain lak. So far okey la. Takde la semput ke apa ke. Total masa naik turun ialah 4jam 10mins. Itu aku pausekan masa bersukaria kat waterfall. Kalau campur waterfall nye suka ria dekat 5jam gak la rasanya. Sebab naik jam 9.50am sampai bawah balik jam 3.10pm more less.

Sampai bawah, ada satu brother ni bagitau ada satu lagi waterfall yang sangat cantik sebab direntangi oleh sebatang balak tumbang. Berhampiran yang puncak yang kami tak sempat pergi tu. Aisey, mesti kena repeat neh! Mana aci! Huhu.

Akhirnya semua pun selamat turun. Dan happy dan puas hati pasal jumpa waterfall. Yang paling best, time naik bukit je amy akan duk belakang sekali (kekadang aku duk belakang Amy pasal I like polo Amy's step.. dia slow tapi steady je naik.. tak menyebabkan jantung dupdapdupdap). Apabila jalan bahagia je... dia akan potong semua orang nak duk depan sekali. Hahaha. Jam 3 petang lebih skit memasing dah sampai kat kereta. Bye bye.. shoot balik rumah masing-masing.

Definitely fun trip. Geng, jangan lupa kita harus repeat trip ke Apek Hill because we have not reach the top of the hill yet. Lagipun kita ada misi cari second waterfall yang direntangi kayu balak tu. :)

Hiking: Ketumbar Hill

Date: 9 Januari 2010
Venue: Ketumbar Hill, Cheras (Kalau nak pergi, googlemaps je Ketumbar Hill membawa anda ke condominium tapi bukit tu belakang the condominium)
Attendance: Whooz, Deida, Meeza, Amy and myself
Challenge: Beginner to Moderate.
Kredit gambar: Whooz (Paling banyak), Deida.

Group photo: Berdiri dari kiri, Deida, Ezza. Duduk dari kiri, Amy, Huz dan Miza

Okey. mende ni berlaku dua minggu lepas. (Berlaku ke dilakukan?) hahaha. Kami berlima memulakan 2010 dengan ke Ketumbar Hill, Cheras. Macam biasa, googlemaps adalah teman setia kami. (Oh ini mengingatkan aku pada permintaan aku pada Puan Mariani Mamat sayang... aka ITIKKKK, mana janji manis mu nak bagi aku buku GPS Street Directory latest edition? Hahahaha, Gurau je tik.. jangan risau.. sejak googlemaps dah ada versi Kuala Lumpur neh.. street directory bukan lagi choice utama. Fuh lega itik mendengarnye. Hahaha). Dari hari senin kot? Ke selasa dah start bertukar-tukar email dengan Huz dan Miza dan Mekda. So masing-masing memang dah study how to get there, the challenge, apa yang ada yang sana and everything lah.

Aku dan Deida janji jumpa dengan Miza kat tepi jalan 9 kot ke apa dah lupa, lepas Miza datang kami meneruskan perjalanan ke Ketumbar Hill. Semua janji jepun. I like janji jepun. Hehehe. Sedang pening-pening sesat sebab semuanya area perumahan tak nampak cam bukit pun, Huzz call. Katanya dia pun sesat. Jumpa Ketumbar Height which is condominium. Argh parah! Lepas tu jumpa kereta Amy (Amy and Huzz), follow je diaorang. Rupanya diaorang dah tahu kat mana Ketumbar Hill (berhadapan dengan Ketumbar Height lebih kurang, depa tanya pakcik teksi.. kreatif kreatif, terima kasih pakcik teksi!). Selepas sampai, pakai-pakai kasut.. mulakan perjalanan.


Macam biasa, mostly hikers memang peramah. Atau sebab Miza ketua rombongan yang peramah pun mungkin jugak. Ada la air ala-ala air parit mengalir tepi laluan tu. Orang tak ramai sangat. Mengikut internet, boleh siapkan perjalanan naik turun dalam 90minit je. Tapi kami dah tau, kami takkan dapat capai rekod itu. Bukan sebab kami kurang semangat, tapi kami ni macam yang telah diketahui, adalah sangat camwhore. Cantik skit berenti, cantik skit berenti snap gambar viewla, posing la. Mana nak dapat sama masa dengan orang lain? Takperlah, yang penting nak cerita kami sampai je. Tempoh masa bukan goal utama.


Yang best sebab ini dalam hutan, jadi tak panas. Kalau Broga Hill tak mampu la kami start jam 9. Masak kena bakar dek matahari ler kalau kul 9 baru naik. Okey back to cerita Ketumbar, selepas 45minit, kami sampai di first station. Cantik sangat view boleh nampak Kuala Lumpur keseluruhannya. Rasanya sampai PJ pun boleh nampak lagi.




Selepas duduk agak lama, kami bergerak ke stesen seterusnya. Miza ada masalah, jadi sekali lagi.. dia missing dari kebanyakkan gambar. Hahaha. Kami jalan-jalan jumpa stesen seterusnya iaitu Bayu Curve kalu tak silap. Lepak-lepak jab berjalan ke stesen terakhir. Tempat yang ada barang alatan senaman tu.

Agak muskil dah rupanya sebab jalan dah banyak menurun, ingat dah salah dah. Rupanya betul. Akhirnya kami jumpa tempat ada alat senaman tu. Ni third stesen la kiranya. Lama la kat situ. Main basikal la hulahoop la apa la. Then, aku terima sms dari miza...dia kata 'simpan sikit samosa'. Hahaha sian pulak kat minah ini. Selepas penat bersuka ria, kami berempat pun turun. Kira nak makan bekalan kat bawah la sebab nak makan sesama dengan miza. Ada la 2 jam lebih baru kitaorang sampai bawah. Miza pun dah takde sebab dia gi lepak kat kedai mamak pasal dah bosan tunggu. Takkan dia nak naik balik lepas masalah dia settle kan? Hhihihi.

Oh lupa lak nak mention, time naik bukit tu... memasing duk sibuk nak namakan group.. I could not remember sapa yang keluarkan idea untuk namakan group as 'Suam-suam Kuku' but then semua agree je. Iye lah, nama takyah la gempak-gempak. Yang penting semangat riadah tu yang perlu gempak. Hahaha. Oh satu lagi lupa nak sebut, disebabkan muka kami semua yang sangat cute dan muda remaja... ada la 2-3 orang tanya... kami nak buat kajian tempatan ke... sekolah lagi ke.. hahaha. Ini adalah fakta.. bukan auta fara fauzana okey. :D

Sampai bawah taktahu nak makan kat mana lak. Miza datang, pehtu decide nak gi tempat Miza lepak tadi jelah kat kedai mamak tu. Lepakla kami sambil minum air kedai dan bekalan makanan sendiri.

Ketumbar Hill..sukses sukses. Pukul 1 lebih bersurai dari kedai mamak. Penat la juga tapi balik caj bateri sejam.. kemudian aku dan Mekda keluar gi tengok wayang pulak. Lepas wayang.. pergi Jusco Wangsa Maju lak. Jadi rasanya tidaklah memenatkan sangat track dia. sebab lepas tu boleh beraktiviti lain lak. Moderate and happy-happy. Ada jalan derita, ada jalan bahagia. Fun trip of course.

Oh nota penting, beginner boleh juga ke sini..takla hard pun cabaran dia. You can always patah balik kalau rasa nak muntah ke apa ke. Orang tak ramai sangat. Broga tu iyo.. ratusan orang. Ketumbar Hill tak seramai Broga. Maka tahap enjoy adalah lebih lagi.



Thursday, January 14, 2010

Smokey Eye Toturial

Pehal aku nampak dia buat senang? Hahaha. Sapa nak datang rumah aku ajar? Apasal bila aku buat macam huduh, asal buat je macam huduh. Hahaha.

Camne Nak Jadi Cantik?

Nak kurus boleh diet, kalau kuat semangat tak perlukan duit yang banyak pun.

Tapi nak jadi cantik boleh ke pakai usaha dan kuat semangat je? Kalau kena kuar belanja, berapa modal dia?

PS: Jangan cakap kecantikan dalaman lebih utama. Pasal kalau tak datang dengan rupa dan kecantikan dalaman, takde orang puji 'Wah dia tu... cantiknya dalaman dia'

Wednesday, January 6, 2010

Syuh Syuh!


Bawdhgt yhredbfqw hbvcewsdbvqw hawsgdg. Awad zsehgvgw [encrypted]

Asal aku bengong je aku wat entry tak difahami kan? Enjoy gambar! Cute kan tuceng itu? Hihihih

Tuesday, January 5, 2010

Misi Minggu Ini

1. Aku harap petang tak hujan, pasal aku nak gi usha mamat-mamat sedang berjogging EH bukan! pasal aku nak jogging dan briskwalk! Kalau boleh setiap hari.

2. Dari hari ini ke hari Jumaat, aku buat plan pemakanan yang sangat best bagi aku. Pagi aku nak makan roti seketul, lunch macam biasa. Petang aku nak minum yogurt jer. Aku dah rasa badan aku mengembang walaupun kilos tak naik.

Monday, January 4, 2010

Baju Kebaya Songket

Baju unggu depan tu yang aku maksudkan.

Baju ni aku tengok kat Jalan Tar time bulan pose hari tu. Mekda yang snap gambar. Time pergi Jalan Tar last week, usha-usha ada lak yang belum siap. Bisik2 dengan pekerja kedai tu, dia rendahkan harga kepada tahap hampir pitam kami mendengarnya. Wazi pun bekenan, dia sambar kaler hitam. Aku kaler hijau. Hijau dia sangat memberangsangkan. Memula aku dah ambil kaler tanah, tapi time keluar nampak kat patung, kaler hijau. Disebabkan dah takde stok, elok aku mintak dia buang dari patung tu, pasal aku nak. Hehehe.

Jadi, aku nak baju hijau aku jadi cam kat gambar atas tu. Kebaya cekak musang. Songket sesuai la jadi baju kebaya pasal kain dia keras, potongan tak lari. Tapi biasa la, kebaya cik ezza tak menjadi macam patung tu pakai la. Nampak excess baggage yang banyak lak kang! Kekeke.