Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Wednesday, January 20, 2010

Hiking: Apek Hill, Cheras

Venue: Apek Hill, Cheras
Date: 16 Januari 2010
Attendance: Whooz, Amy, Miza and myself
Difficulty: Moderate (yang baru-baru digalakkan pergi tempat lain dulu). Tapi you can always patah balik. No harm kalau nak try. Sila bawa air at least 1.5liter.
Credit photos: Whooz of course. Terima kasih! :)

Group photo: Duduk dari kiri: Miza, Huz, Berdiri: Ezza and Amy


Kali ni ke Cheras lagi. Ha, trip yang ni membuatkan masing-masing membuak-buak feeling nak beli gamin. Miza! Apo lagi, tugas ko adalah buat manja dengan esmet ulam raja sampai dapat gamin! Hahaha. Kenapa? Sebab walaupun janji jepun di Petronas near Plaza Phoenix, kami hanya jumpa tempat kejadian selepas 1 jam 15minit. Sesat barat utara timur selatan pusing tempat sama je. Padahal dah memang pusing area situ je. Yang paling syok, berhenti gerai kuih makcik nak tanya jalan, makcik dah la taktau jalan.. dia promote kuih kedai dia lak.. hahaha... lawak sungguh.

Dilanda kesesatan yang nyata. Tapi semua bagus, tabah menghadapi kesesatan.

Bagi sapa-sapa yang nak pergi tempat neh, selepas sampai kat Taman Cuepacs Cheras, korang ikut je signboard ke Econsave. Selepas sampai kat Shell berhampiran Econsave, turn left. Kalu turn right pergi econsave lak. Banyak kereta kat situ, park je memana, korang dah sampai tu. Just tanya orang entrance bukit tu. Habis cerita. Jangan risau, mostly orang ramah tamah. Nak nak kalu buat muka cute tanya, lagi la depa semangat nak bagitau direction. :)

Selepas jumpa jalan, AKHIRNYE!!!. Kami memulakan pendakian pada jam 9.50pagi. Lama sey. Jumpa kat Petronas tadi 8.30pagi okey!. Kat bawah bukit tu busuk ah pasal kena lalu in between loji kumbahan lak. Hahaha. Lepas tu dah okey dah.

Semua hikers memang peramah. Apabila kami tatau jalan, ada Jenny lak nak jadi guide. Tapi tak lama. Pehtu dia realise kami camwhoring lelebih lak. Jadi kami suruh dia jalan dulu je senang citer. Tidak melambatkan dia, dan tidak memenatkan kami. Miza macam biasa super laju (walaupun membawa air tambahan 2.5 liter, misteri betul)

Cabaran mendaki.

Kat stesen 1 ada puan monyet dengan anak dia. Jalan lagi.. banyak la jalan derita.. fuh tak menahan la jalan-jalan dia. Memang kalau si eryn datang, aku agak tak sampai stesen 2 dia dah give up. Ni memang bukan untuk percubaan kali pertama la. Kalau nak naik gak, kena selow2 je boleh la kot naik kalau orang firt time baru nak mencuba aktiviti ini. Takut muntah atau rasa nak pitam je.

Puan Monkey sedang merenung masa depan di stesen 1

Pehtu jalan sampai stesen 3. Kat stesen 3 neh boleh lepak-lepak lama skit pasal tempat dia luas dan kami dah tak polo kelajuan orang. We at our own speed. Lepak-lepak.. kemudian jalan lagi. Menuju ke stesen lima. Lama la sebenarnya nak sampai. Sampai stesen 5 berhenti lagi. Miza selaku bakal intern Karam Singh Walia membersihkan botol-botol air yang ditinggalkan oleh pendaki lain. Siapa ada email karam singh? Hehehe.

Jumpa satu group yang baru naik dari water fall. Diaorang cakap, kalau tak turun waterfall, takleh claim dah sampai Apek Hil.. Okey fine. Kami pun jalan la. Memang niat nak pergi pun. Just bila dengar amoi tu cakap camtu, lagi la berkobar-kobar. Perjalanan dari stesen 5 ke waterfall ialah 30minit. Ya betul 30minit. Tapi cabarannya mabeles! Curam amat nak turun.

Miza melaporkan untuk TV3. Anak didik Karam Singh Walia neh jangan memain.

Bila sampai waterfall, ada satu group neh baru siap bersuka ria. Depa blah kami lak konker. Best gak la. Walaupun waterfall kecik pasal takde orang. Kami bermesra dengan air sehingga boring lepas tu pergi sambung makan. Eh lupa nak cerita sebelum mesra dengan air kami dah belasah roti canai dengan satay goreng ayam.

The waterfall in shutterspeed mode. Chantek!

The food dari Amy dan Huz. Roti canai. Sedap gile rasa. Mahu tak rasa sedap, jam 1 tengahari baru sampai waterfall. Lunch hour time dah.

Ini cik Ezza punya makanan. Satay goreng. Sedap gak. Hahaha. Lupa lak nak snap air sedap Miza. 100plus dan air apple.

Lama lepas tu, aktiviti naik dari waterfall lak. Fulamak..ini memang super duper mencabar. Kaki? Tangan? Semua kena guna untuk naik balik. In 35mins dah sampai stesen 5. Kemudian turun ke bawah guna jalan lain lak. So far okey la. Takde la semput ke apa ke. Total masa naik turun ialah 4jam 10mins. Itu aku pausekan masa bersukaria kat waterfall. Kalau campur waterfall nye suka ria dekat 5jam gak la rasanya. Sebab naik jam 9.50am sampai bawah balik jam 3.10pm more less.

Sampai bawah, ada satu brother ni bagitau ada satu lagi waterfall yang sangat cantik sebab direntangi oleh sebatang balak tumbang. Berhampiran yang puncak yang kami tak sempat pergi tu. Aisey, mesti kena repeat neh! Mana aci! Huhu.

Akhirnya semua pun selamat turun. Dan happy dan puas hati pasal jumpa waterfall. Yang paling best, time naik bukit je amy akan duk belakang sekali (kekadang aku duk belakang Amy pasal I like polo Amy's step.. dia slow tapi steady je naik.. tak menyebabkan jantung dupdapdupdap). Apabila jalan bahagia je... dia akan potong semua orang nak duk depan sekali. Hahaha. Jam 3 petang lebih skit memasing dah sampai kat kereta. Bye bye.. shoot balik rumah masing-masing.

Definitely fun trip. Geng, jangan lupa kita harus repeat trip ke Apek Hill because we have not reach the top of the hill yet. Lagipun kita ada misi cari second waterfall yang direntangi kayu balak tu. :)

0 comments:

Post a Comment