Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Wednesday, January 20, 2010

Hiking: Ketumbar Hill

Date: 9 Januari 2010
Venue: Ketumbar Hill, Cheras (Kalau nak pergi, googlemaps je Ketumbar Hill membawa anda ke condominium tapi bukit tu belakang the condominium)
Attendance: Whooz, Deida, Meeza, Amy and myself
Challenge: Beginner to Moderate.
Kredit gambar: Whooz (Paling banyak), Deida.

Group photo: Berdiri dari kiri, Deida, Ezza. Duduk dari kiri, Amy, Huz dan Miza

Okey. mende ni berlaku dua minggu lepas. (Berlaku ke dilakukan?) hahaha. Kami berlima memulakan 2010 dengan ke Ketumbar Hill, Cheras. Macam biasa, googlemaps adalah teman setia kami. (Oh ini mengingatkan aku pada permintaan aku pada Puan Mariani Mamat sayang... aka ITIKKKK, mana janji manis mu nak bagi aku buku GPS Street Directory latest edition? Hahahaha, Gurau je tik.. jangan risau.. sejak googlemaps dah ada versi Kuala Lumpur neh.. street directory bukan lagi choice utama. Fuh lega itik mendengarnye. Hahaha). Dari hari senin kot? Ke selasa dah start bertukar-tukar email dengan Huz dan Miza dan Mekda. So masing-masing memang dah study how to get there, the challenge, apa yang ada yang sana and everything lah.

Aku dan Deida janji jumpa dengan Miza kat tepi jalan 9 kot ke apa dah lupa, lepas Miza datang kami meneruskan perjalanan ke Ketumbar Hill. Semua janji jepun. I like janji jepun. Hehehe. Sedang pening-pening sesat sebab semuanya area perumahan tak nampak cam bukit pun, Huzz call. Katanya dia pun sesat. Jumpa Ketumbar Height which is condominium. Argh parah! Lepas tu jumpa kereta Amy (Amy and Huzz), follow je diaorang. Rupanya diaorang dah tahu kat mana Ketumbar Hill (berhadapan dengan Ketumbar Height lebih kurang, depa tanya pakcik teksi.. kreatif kreatif, terima kasih pakcik teksi!). Selepas sampai, pakai-pakai kasut.. mulakan perjalanan.


Macam biasa, mostly hikers memang peramah. Atau sebab Miza ketua rombongan yang peramah pun mungkin jugak. Ada la air ala-ala air parit mengalir tepi laluan tu. Orang tak ramai sangat. Mengikut internet, boleh siapkan perjalanan naik turun dalam 90minit je. Tapi kami dah tau, kami takkan dapat capai rekod itu. Bukan sebab kami kurang semangat, tapi kami ni macam yang telah diketahui, adalah sangat camwhore. Cantik skit berenti, cantik skit berenti snap gambar viewla, posing la. Mana nak dapat sama masa dengan orang lain? Takperlah, yang penting nak cerita kami sampai je. Tempoh masa bukan goal utama.


Yang best sebab ini dalam hutan, jadi tak panas. Kalau Broga Hill tak mampu la kami start jam 9. Masak kena bakar dek matahari ler kalau kul 9 baru naik. Okey back to cerita Ketumbar, selepas 45minit, kami sampai di first station. Cantik sangat view boleh nampak Kuala Lumpur keseluruhannya. Rasanya sampai PJ pun boleh nampak lagi.




Selepas duduk agak lama, kami bergerak ke stesen seterusnya. Miza ada masalah, jadi sekali lagi.. dia missing dari kebanyakkan gambar. Hahaha. Kami jalan-jalan jumpa stesen seterusnya iaitu Bayu Curve kalu tak silap. Lepak-lepak jab berjalan ke stesen terakhir. Tempat yang ada barang alatan senaman tu.

Agak muskil dah rupanya sebab jalan dah banyak menurun, ingat dah salah dah. Rupanya betul. Akhirnya kami jumpa tempat ada alat senaman tu. Ni third stesen la kiranya. Lama la kat situ. Main basikal la hulahoop la apa la. Then, aku terima sms dari miza...dia kata 'simpan sikit samosa'. Hahaha sian pulak kat minah ini. Selepas penat bersuka ria, kami berempat pun turun. Kira nak makan bekalan kat bawah la sebab nak makan sesama dengan miza. Ada la 2 jam lebih baru kitaorang sampai bawah. Miza pun dah takde sebab dia gi lepak kat kedai mamak pasal dah bosan tunggu. Takkan dia nak naik balik lepas masalah dia settle kan? Hhihihi.

Oh lupa lak nak mention, time naik bukit tu... memasing duk sibuk nak namakan group.. I could not remember sapa yang keluarkan idea untuk namakan group as 'Suam-suam Kuku' but then semua agree je. Iye lah, nama takyah la gempak-gempak. Yang penting semangat riadah tu yang perlu gempak. Hahaha. Oh satu lagi lupa nak sebut, disebabkan muka kami semua yang sangat cute dan muda remaja... ada la 2-3 orang tanya... kami nak buat kajian tempatan ke... sekolah lagi ke.. hahaha. Ini adalah fakta.. bukan auta fara fauzana okey. :D

Sampai bawah taktahu nak makan kat mana lak. Miza datang, pehtu decide nak gi tempat Miza lepak tadi jelah kat kedai mamak tu. Lepakla kami sambil minum air kedai dan bekalan makanan sendiri.

Ketumbar Hill..sukses sukses. Pukul 1 lebih bersurai dari kedai mamak. Penat la juga tapi balik caj bateri sejam.. kemudian aku dan Mekda keluar gi tengok wayang pulak. Lepas wayang.. pergi Jusco Wangsa Maju lak. Jadi rasanya tidaklah memenatkan sangat track dia. sebab lepas tu boleh beraktiviti lain lak. Moderate and happy-happy. Ada jalan derita, ada jalan bahagia. Fun trip of course.

Oh nota penting, beginner boleh juga ke sini..takla hard pun cabaran dia. You can always patah balik kalau rasa nak muntah ke apa ke. Orang tak ramai sangat. Broga tu iyo.. ratusan orang. Ketumbar Hill tak seramai Broga. Maka tahap enjoy adalah lebih lagi.



5 comments:

nazreenlove said...

weh mcm licin jer track ni...eeee tatott jatuh bab bab mam nagka busuk aku kang....nenooonenooooooo ambulans dtg..ee takmo...

tapi mcm best jerk kowang pg ekkk

deidaa said...

Aku aku... akuuuu....
Aku bg nama SUAM2 KUKU :D

ezza erisa said...

takde la licin pun... pakai je kasut grip.. confirm okey je.. :P

ye ke.. tahniah la.. nama yg mu bagi diterima sbulat suara. ahahaha

whooz said...

cadangan diterima terus tanpa bantahan

Miyoko said...

hello can i have the actual location ? coz i also cant find out the place BUKIT KETUMBAR HILl ?
my email.is chan_sookyee@yahoo.com.hk

Post a Comment