Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Tuesday, March 23, 2010

Fact 01: Air

Key number one to loss weight is water! Yes, air je. Sebab tu banyak ubat-ubat diet di pasaran, versi minum-minum. Teh herba la, jus la apa la. Of course some of them function sebagai alat penipu otak mengatakan perut dah kenyang hanya dengan separuh pengambilan makanan kadar biasa.

1. Minum banyak air putih.
Air putih adalah 0 kalori. Which mean, telan satu telaga pun, tidak menjejaskan kadar elaun kalori anda seharian. Tentunya juga, berlebihan benda baik juga adalah tidak bagus. Janganlah apabila kata air putih tu bagus, terus tak makan makanan lain. Telan air je. Kalau tengok trainer TBL (bukan versi Asia), mereka juga menekankan dan menggalakkan minum air. (
Bukan macam TBL Asia, suruh minum 100 Plus). Malah Jillian kata, most of the time, apabila kita rasa lapar sebenarnya otak kita signal nak air je. Lepas minum air terus tak lapar.

Semasa mula-mula minum air secukupnya, says 3 liters per day (sebelum ni nak dapat satu liter sehari pun susah), sudah tentulah manjang nak pergi tandas. Ini tentunya menyebabkan anda fedup sebab kejab-kejab toilet, kejab-kejab toilet. Ganggu aktiviti harian kita yang lain sahaja.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, badan kita sedang membuang air dalam badan yang selama ini disimpan masa zaman kita minum tak cukup air. Badan kita neh pandai, apabila dia tak dapat cukup apa yang dia hendak, dia simpan apa yang dia dapat untuk kegunaan masa hadapan. Seperti mana dia auto slowkan metabolisma kalau kita diet berlapar sebab takut kita mati tak cukup makan!

Apabila kita dah bagi badan kita cukup air dan badan kita yakin akan air itu akan berterusan selamanya macam yang dia dapat sekarang, , dia akan buang semua air yang dia simpan yang sebenarnya dia tak perlukan selama ini. Apabila dah habis lebihan air yang di simpan selama ini dia buang, tabiat nak pergi toilet tu pun makin berkuranganlah.

Oh, jangan biarkan anda dahaga sebelum minum air kerana apabila kita dah rasa dahaga tu bermakna badan dah terdehidrat. Minumlah sebelum anda merasa dahaga. Tak susah sebenarnya memulakan tabiat minum air neh. Memula memang nampak macam mission impossible je tapi tak... senang je, letak je sebelah keyboard tu. Memang nampak je dia terus lah minum!. Sedar tak sedar akan hilang 2-3kg untuk air je.

2. Calories, bukan untuk diminum.
Ya calories elaun kita seharian untuk maintain dan kuruskan badan bukan banyak sangat. Average calories intake sehari untuk maintain berat adalah dalam 2000 calories sahaja (bergantung pada gaya hidup dan tahap keaktifan anda). Kenapa nak membazir kepada minuman? Ya minuman!

Aku tulis no 1 tadi minum air putih. Ya air putih only. Bukan teh tarik, bukan milo ais atau air kopi. Apatah lagi air bergas. Sebab sebaik menambah bahan perisa ke dalam air putih itu, ia sudah bukan lagi 0 kalori. Gula, susu, milo etc semua ada kalori. Add up together, segelas air berperisa sedap boleh menjangkau sehingga 1-200calories. Do we really need this? Nope. We need plain water.

Daripada kita membazirkan 200 calories (per hidangan), yang boleh jadi sehingga 2-3 gelas sehari air manis (up to 5-600 calories), baik kita gunakan elaun kalori itu untuk makanan sedap. Yummy. Kenyang, tak lapar, Nah... sapa kata kita kena berlapar untuk kurus?

Friday, March 12, 2010

5 Benda Orang Nak Kurus Harus Tahu

1. Nekad. Tak mudah putus semangat.
Sangat penting. Selalu je terjadi dimana seseorang yang datang semangat nak diet beriya-iya selepas 3-4minggu bukan sahaja balik ke tabiat asal tetapi give up tahap-tahap tak ingat dunia. Kalau sebelum diet makan nasi 2 kali sehari, selepas give up...sampai 3kali sehari. Dan lagi, nampak progress sikit masa diet tu..5kg loss, tapi sebab dah putus semangat 'aku diet letih-letih banyak neh je turun? Baik aku makan macam biasa. Tak ada beza langsung! (Ya ya, aku banyak kali jugak berlaku mende neh. turun 5kg, lepas tu aku gain lebih banyak dari tu). Kita semua manusia. Aku tak malu mengaku aku dah failed berpuluh kali.

2. Cari ilmu
Ini penting. Yes, boleh je cari trainer ke guide ke tapi at least you have an idea of what the trainer or tukang guide bercakap. Aku suka tolong orang, tapi aku rasa lemah sikit dah apabila tengah explain calories calories, kalau orang reply.. lori apa kak? Haahahaaa... Kalau trainer berbayar, mungkin diaorang tak kisah nak explain lories lories neh. Aku selalu masuk website dibawah neh

Free Online Diet Programme.
Ada pelbagai basic soalan, articles dan consultant dan sebagainya untuk memudahkan anda faham yang turunkan berat badan tanpa magic pill adalah sesuatu yang benar. Bukan mitos atau tipu muslihat. Disini jugak boleh record pengambilan calories intake vs calories out harian. See, tak payah lah nak subscribe programme-programme berbayar. Yang pree ada.

Get weight loss advice, cardio and strength training workouts, information on how to started and more
Ada programme exercise for beginner, untuk weight loss dan sebagainya. Aku suka ada amik programme dia dan sesuaikan dengan diri sendiri.

3. Cari idola / perangsang nafsu semangat
Ya, idola itu penting. Zaman aku berusaha bersungguh-sungguh dulu, ramai je aku jadikan idola. Hari-hari usha gambar before and after orang. The Biggest Loser kat Hallmark tu pun aku layan. Kekadang macam tengok cerita Hindustan sebab their experiences ada la yang aku feeling-feeling macam sama dengan aku. Kalau kita takde idola yang membuatkan kita rasa hampir nak give up kita akan kata 'dia boleh, aku pun mesti boleh' maka percentage untuk gagal adalah tinggi. Of course idola tak semestinya orang, kata-kata hinaan pun leh jadikan idola dan perangsang gak.

Tiap kali aku nak berhenti exercise sebelum cukup target, aku paksa otak aku rewind kata-kata pedih orang kat aku. Ya, berjaya!

4. Low expectation
Oh ya, walaupun kita tengok idola kita dah loss 30kg contohnya, kita janganlah aim macam dia. Aku nak 30kg jugak macam dia. dalam masa 3bulan. Ko giler??? Ingat ini programme The Biggest Loser ke? even the biggest loser contestants pun ramai yang gemuk balik weh!. Be rasional. Kalau nak loss 30kg contohnya, target 1 year to 1 year and half at least. Apa kata mulakan dengan target 5kg untuk 2bulan dulu. Tengok camne badan tu. 0.5kg - 1kg per week is not hard to achieve at the beginning. Aku loss 12kg in 11 weeks.

Tapi of course aku hanya target 5kg drops each time. Dah sampai 80kg, aku target nak jadi 75kg lak. Sebab tu tak down.

5. Mulakan dengan langkah simple.
Ya ini penting. Bukan kata, nak diet mulai esok. Kemudian, esoknye terus makan roti dua keping je. Tak makan apa-apa yang lain dah. Ini nak kurus ke nak mampus? (sorry agak kasar, aku nak sesuaikan dengan rythym, kalu sebut mati..tak sedap sebut lak, huhu). Sebab tu langkah ke dua tadi ialah ilmu. Dengan ilmu, kita tidak perlu berlapar untuk kurus. Aku dulu semua orang heran, diet pekehal..sekali belasah makanan, sebakul terus. Kenyang nak terduduk aku dibuatnya. Belum lagi masuk dengan makanan-makanan lain. Aku tak sekali pun berlapar untuk kurus. Of course low calories is the answer.

Masreen, Miza, anyone, ada nak tambah tak?

Kalau rasa yang diatas ni boleh buat, tunggu nanti aku up cara kurus tanpa makan magic pill lak.

Wednesday, March 3, 2010

61.5kg kot

Lama gile kan aku tak update berapa berat. Ticker kat atas tu pun tak bergerak-gerak. Pasal duk main turun naik turun naik dah macam apa-apa tah. Disiplin kurang bersenam kurang. Semua kurang. Jadi aku taknaklah bagi contoh tidak baik kepada orang lain. Tanggungjawab menginspirasikan orang tidak berakhir apabila hit BMI24.9 :)

Latest, snap this morning. Gile la lambat nak jadi bawah 60. Pasal banyak main-main. Bukan sebab method tak berkesan. Makan dah tak kontrol. Aku harap by April dah jadi 59. Fuh fuh fuh. Doa doa dan doa.

Tuesday, March 2, 2010

Saje Nak Alertkan Kita-Kita Yang Perempuan Neh

Bahaya datang tak kira tempat. Kita terutama perempuan patut alert lebih dengan persekitaran kita. Mostly pembaca blog ni perempuan berdasarkan tracking aku. :) Aku dah beberapa kali encounter benda yang membuatkan lutut aku shaking dan aku rasa hopeless. Ada la air mata skit. Eh.. kata brutal, pun ada nangis-nangis ke? Ala.. brutal tu survival hidup. Kat dalam hati, bunga penuh jer. Wahaha.

1. Ada penah aku up ke aku kena follow dengan kereta dari Federal Highway all the way ke Ulu Kelang? Kalau takde, meh kiah nak cerita. Satu malam lepas jumpa a few friends dekat seksyen 9 ke apa? A&W 24 hours tu. Aku balik la. Singgah petrol station. Dah perasan kereta belakang aku neh. Aku start enjin, dia pun start enjin. Dia follow beb. Aku laju dia laju, aku selow dia selow. (Cyber, ko ingat tak aku penah kena kejar jugak kat Federal Highway lepas balik gathering dulu? At least that one dia kejar sebab nak thumb up je). Ini dia kejar bersungguh-sungguh aku pun tak sure sebab apa. Kot nak rompak pun pilihlah kereta yang canggih sikit. Nak rompak apa la kat kereta kancil. Dah sah sah aku tak berapa berduit. Huhu. Ending bila aku berenti depan balai polis, dia patah balik. Dan blah. Tapi kaki aku dah shaking gile pasal aku dah dekat 45minit pusing-pusing, masih tak dapat nak ditch dia.

2. Baru je jadi semalam neh. Kat JUSCO belakang rumah. Yang ni aku rasa gigil sebab dia datang kat kereta waktu aku tengah loading barang tak seberapa. Dari dalam JUSCO lagi aku perasan dia usha semacam. Kot usha berminat, baling jelah telefon bimbit kan? Hahaha. Ini usha lain macam. Macam mata pemangsa. Dia datang tanya aku duk kat mana. Aku jawab area sini-sini je. Dia tanya sini tu mana. Sambil tangan dia pegang aku punya troli. Aku agak refuse nak jawab aku duk mana, so aku tunjuk arah AU2. Heh. Tiba-tiba dia gengam pergelangan tangan aku. Masa tu la pulak tak ada orang kan. Takujat aku. Ingat nak rompak duit aku tak seberapa. Siap warning suruh bagi nombor telefon dan cakap kalau aku tak bagi pun, dia boleh je cari aku lagi kalau dia nak lepas neh. Dia taknak lepaskan tangan aku. Serius aku rasa takut. Tapi aku cakap 'kalau ko tak lepas, aku jerit kuat-kuat'. Dahla masa tu ujan lebat, kalau aku jerit pun macamla orang dengar. Nasib baik kejab lepas tu ada satu kete famili datang nak park kat sebelah kereta aku. Dia lepaskan dan blah. Lama aku termenung dalam kereta. Ini kat area rumah aku, yang aku rasa selamat. Kalau takat nak mintak nombor telefon,takyahla warning camtu.

Tiap kali benda macam ni berlaku, benda yang aku imaginekan ialah esoknye berita pasal aku masuk paper. Mati kena bunuh ke apa ke. Banyak sangat tengok Criminal Minds agaknya aku neh. :)

Monday, March 1, 2010

Bulan


Sewaktu nak sembahyang maghrib tunggu azan siap semalam, jengah kat beranda ada bulan cantik. Dalam camera buruk aku memang sahla tak cantik. Tapi kat mata kasar, subhanallah. Indah sungguh ciptaan dia. :)