Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Friday, March 12, 2010

5 Benda Orang Nak Kurus Harus Tahu

1. Nekad. Tak mudah putus semangat.
Sangat penting. Selalu je terjadi dimana seseorang yang datang semangat nak diet beriya-iya selepas 3-4minggu bukan sahaja balik ke tabiat asal tetapi give up tahap-tahap tak ingat dunia. Kalau sebelum diet makan nasi 2 kali sehari, selepas give up...sampai 3kali sehari. Dan lagi, nampak progress sikit masa diet tu..5kg loss, tapi sebab dah putus semangat 'aku diet letih-letih banyak neh je turun? Baik aku makan macam biasa. Tak ada beza langsung! (Ya ya, aku banyak kali jugak berlaku mende neh. turun 5kg, lepas tu aku gain lebih banyak dari tu). Kita semua manusia. Aku tak malu mengaku aku dah failed berpuluh kali.

2. Cari ilmu
Ini penting. Yes, boleh je cari trainer ke guide ke tapi at least you have an idea of what the trainer or tukang guide bercakap. Aku suka tolong orang, tapi aku rasa lemah sikit dah apabila tengah explain calories calories, kalau orang reply.. lori apa kak? Haahahaaa... Kalau trainer berbayar, mungkin diaorang tak kisah nak explain lories lories neh. Aku selalu masuk website dibawah neh

Free Online Diet Programme.
Ada pelbagai basic soalan, articles dan consultant dan sebagainya untuk memudahkan anda faham yang turunkan berat badan tanpa magic pill adalah sesuatu yang benar. Bukan mitos atau tipu muslihat. Disini jugak boleh record pengambilan calories intake vs calories out harian. See, tak payah lah nak subscribe programme-programme berbayar. Yang pree ada.

Get weight loss advice, cardio and strength training workouts, information on how to started and more
Ada programme exercise for beginner, untuk weight loss dan sebagainya. Aku suka ada amik programme dia dan sesuaikan dengan diri sendiri.

3. Cari idola / perangsang nafsu semangat
Ya, idola itu penting. Zaman aku berusaha bersungguh-sungguh dulu, ramai je aku jadikan idola. Hari-hari usha gambar before and after orang. The Biggest Loser kat Hallmark tu pun aku layan. Kekadang macam tengok cerita Hindustan sebab their experiences ada la yang aku feeling-feeling macam sama dengan aku. Kalau kita takde idola yang membuatkan kita rasa hampir nak give up kita akan kata 'dia boleh, aku pun mesti boleh' maka percentage untuk gagal adalah tinggi. Of course idola tak semestinya orang, kata-kata hinaan pun leh jadikan idola dan perangsang gak.

Tiap kali aku nak berhenti exercise sebelum cukup target, aku paksa otak aku rewind kata-kata pedih orang kat aku. Ya, berjaya!

4. Low expectation
Oh ya, walaupun kita tengok idola kita dah loss 30kg contohnya, kita janganlah aim macam dia. Aku nak 30kg jugak macam dia. dalam masa 3bulan. Ko giler??? Ingat ini programme The Biggest Loser ke? even the biggest loser contestants pun ramai yang gemuk balik weh!. Be rasional. Kalau nak loss 30kg contohnya, target 1 year to 1 year and half at least. Apa kata mulakan dengan target 5kg untuk 2bulan dulu. Tengok camne badan tu. 0.5kg - 1kg per week is not hard to achieve at the beginning. Aku loss 12kg in 11 weeks.

Tapi of course aku hanya target 5kg drops each time. Dah sampai 80kg, aku target nak jadi 75kg lak. Sebab tu tak down.

5. Mulakan dengan langkah simple.
Ya ini penting. Bukan kata, nak diet mulai esok. Kemudian, esoknye terus makan roti dua keping je. Tak makan apa-apa yang lain dah. Ini nak kurus ke nak mampus? (sorry agak kasar, aku nak sesuaikan dengan rythym, kalu sebut mati..tak sedap sebut lak, huhu). Sebab tu langkah ke dua tadi ialah ilmu. Dengan ilmu, kita tidak perlu berlapar untuk kurus. Aku dulu semua orang heran, diet pekehal..sekali belasah makanan, sebakul terus. Kenyang nak terduduk aku dibuatnya. Belum lagi masuk dengan makanan-makanan lain. Aku tak sekali pun berlapar untuk kurus. Of course low calories is the answer.

Masreen, Miza, anyone, ada nak tambah tak?

Kalau rasa yang diatas ni boleh buat, tunggu nanti aku up cara kurus tanpa makan magic pill lak.

4 comments:

Sydney said...

Consistency mesti ada. Continuity mesti ada. Berat turun ka tak turun ka aku musti kena exercise. Bawak kasut sport aku walaupun travel. Alang alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan ewah

Gerb said...

Jangan peduli apa orang cakap. " Aku suka ko chubby" or "ok apa badan ko skrg" or " Ko mana ade gemuk" walaupun pada hakikatnye bmi anda berada di paras2 nyaris nak jadi terlebih berat or memang anda dah terlebih berat tapi org keliling x perasaan sebab memula sekilo je lebih, nanti bleh end up jadi berkilo kiloooooooooo. ( Berdasarkan pengalaman sebenar penulis)

Unknown said...

nak 1000 daya, x nk 1000 dalih..sy suke entry ni

atsie said...

nice info gan.. terimakasih sudah disharing, jadi bertambah pengetahuan saya :) ditunggu sharing berikutnya :)

Post a Comment