Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Tuesday, March 2, 2010

Saje Nak Alertkan Kita-Kita Yang Perempuan Neh

Bahaya datang tak kira tempat. Kita terutama perempuan patut alert lebih dengan persekitaran kita. Mostly pembaca blog ni perempuan berdasarkan tracking aku. :) Aku dah beberapa kali encounter benda yang membuatkan lutut aku shaking dan aku rasa hopeless. Ada la air mata skit. Eh.. kata brutal, pun ada nangis-nangis ke? Ala.. brutal tu survival hidup. Kat dalam hati, bunga penuh jer. Wahaha.

1. Ada penah aku up ke aku kena follow dengan kereta dari Federal Highway all the way ke Ulu Kelang? Kalau takde, meh kiah nak cerita. Satu malam lepas jumpa a few friends dekat seksyen 9 ke apa? A&W 24 hours tu. Aku balik la. Singgah petrol station. Dah perasan kereta belakang aku neh. Aku start enjin, dia pun start enjin. Dia follow beb. Aku laju dia laju, aku selow dia selow. (Cyber, ko ingat tak aku penah kena kejar jugak kat Federal Highway lepas balik gathering dulu? At least that one dia kejar sebab nak thumb up je). Ini dia kejar bersungguh-sungguh aku pun tak sure sebab apa. Kot nak rompak pun pilihlah kereta yang canggih sikit. Nak rompak apa la kat kereta kancil. Dah sah sah aku tak berapa berduit. Huhu. Ending bila aku berenti depan balai polis, dia patah balik. Dan blah. Tapi kaki aku dah shaking gile pasal aku dah dekat 45minit pusing-pusing, masih tak dapat nak ditch dia.

2. Baru je jadi semalam neh. Kat JUSCO belakang rumah. Yang ni aku rasa gigil sebab dia datang kat kereta waktu aku tengah loading barang tak seberapa. Dari dalam JUSCO lagi aku perasan dia usha semacam. Kot usha berminat, baling jelah telefon bimbit kan? Hahaha. Ini usha lain macam. Macam mata pemangsa. Dia datang tanya aku duk kat mana. Aku jawab area sini-sini je. Dia tanya sini tu mana. Sambil tangan dia pegang aku punya troli. Aku agak refuse nak jawab aku duk mana, so aku tunjuk arah AU2. Heh. Tiba-tiba dia gengam pergelangan tangan aku. Masa tu la pulak tak ada orang kan. Takujat aku. Ingat nak rompak duit aku tak seberapa. Siap warning suruh bagi nombor telefon dan cakap kalau aku tak bagi pun, dia boleh je cari aku lagi kalau dia nak lepas neh. Dia taknak lepaskan tangan aku. Serius aku rasa takut. Tapi aku cakap 'kalau ko tak lepas, aku jerit kuat-kuat'. Dahla masa tu ujan lebat, kalau aku jerit pun macamla orang dengar. Nasib baik kejab lepas tu ada satu kete famili datang nak park kat sebelah kereta aku. Dia lepaskan dan blah. Lama aku termenung dalam kereta. Ini kat area rumah aku, yang aku rasa selamat. Kalau takat nak mintak nombor telefon,takyahla warning camtu.

Tiap kali benda macam ni berlaku, benda yang aku imaginekan ialah esoknye berita pasal aku masuk paper. Mati kena bunuh ke apa ke. Banyak sangat tengok Criminal Minds agaknya aku neh. :)

7 comments:

deidaa said...

Aku penah kena kejar pe?
Bln 12 aritu dok silap.

Psl nya dia terhegeh2 xsure nak gi kanan ke kiri, pahtu duk tgh2 alam.. dah la selow.
(ni kalo masuk kiri.. dpn tu ado roundabout umoh kito tu)...

Skali bilo aku kuar simpang & gi dpn dia.. dio mcm nok masuk ke flat2 tu,
last2 aku hon pendek & aku angkat tgn tnya "apo nih?" & aku drive mcm besa.. tiba2 ada keta laju blake aku.. dok pasan lg.
Lps perati btol2.. mmg keta yg lembab tuh.
Aku mmg bwk laju doh.. tiba2 dia laju gok.

Masuk simpang JJ tu.. dia follow... aku buat2 nok gi gerai2 blakang JJ tu.. dia follow gok pahtu xjd.. corner kanan... then nok gi kanan lg nok beli kuih mok aku kirim.. skali aku bg signal.. dia bg signal gok... last2 aku decide gi straigth which is aku terpikir balai polis keramat. Dio gi straigth gok.

Ralat giler aku maso tu sbb nyo meter minyok tu kuning dr opeh aku lg. Kotnya mampus keras tgh jln!
Gune kepakaran aku yg tak seberapa yg jd ratu sesat ni.. aku cilok & cilok masuk simpang ntah mana2 simpang aku dok ahu.

Aku kuar simpang kiri pulok yg dpn2 flat jln besar nun... dia gi kiri gok.. mujo dpn aku xdok keto.. terus aku pecut masuk lorong kiri dok bg signal & time tu dia follow gok.
kat lorong kecik tu ado waja selow & dgn berani mati aku take over even jln tu sempit gilo (kot2 la ado keto dr arah bertentangan).. tp gabra pnya psl, aku gi gok.
Tp masa tu aku dok napok doh keto tu psl masa tubik simpang dpn flat jln besar tu.. dia mcm kompiyus sbb aku tggl dio jauh doh & last2 tubik kat simpang goreng pise tu blk.. aku parking siap2 pahtu gi beli pise.

Takot gok aku, kot2 dia jupo keto aku miahahah.
Sejarah :D

Doksir doh jd gitu or else jd supo mu :D

whooz said...

fuh, menakutkan wehhh...aku tak de lagi la bende2 gitu jadi.. mintak2 dijauhkan

ezza erisa said...

mekda, mung kena kejar sbb telah berjaya menaikkan amarah dia kot? ada org jenis tokleh kena hon, serta merta dia shift mode kepada mode amarah. itu yg jadi road bully etc tuh. or sbb mung wat muka tanya dia pehal? sometimes people takes that as menaikkan amarah bak kata lagu kris dayanti dengan siti nurhaliza. eceh.

aku seram sampai hari ni dengan alasan, memang dalam kereta before aku start enjin, aku duk lama tapi aku mana tau kot dia naik motor duk tunggu kete aku kuar dari JUSCO nak follow tengok aku duk mana ke apa ke. uhuhuh. kalau dia follow dgn motor harus aku tak sedar pun sampai la ke rumah. gile seram. mung bagi hadiah besday pistol jelah ke aku. senang nak tembak orang jahat. wakaka.

huz, doa bebanyak je semoga semuanya sentiasa selamat.

cepat-cepatlah dtg balik keberanian aku. dahla nnt nak balik ke KL dari kg sesorang. yang first case tu, sekejab je takut. lepas 4-5hari dah back to normal. otak memang best la, dia ada rembes enzem melupakan perasaan takut kot? wakakaka.

NedLi Natalisz said...

waaaa!!!.. giler!.. seram!!

Lepas2 nie kalo keluar memana,
better berteman laa ezza..
huhuh seriau nyer

ezza erisa said...

ned, tu la, berhati-hatilah kita pompuan2 neh. always extra alert pada sesuatu. huhuh berteman tu idea yang bagus tapi orang lain pun ada hal sendiri nak diuruskan. kehkehkeh. lagipun, tak best la asyik nak bergantung dengan orang.

ps: dah dua malam aku tidur asyik terjaga dalam terkejut. hampeh tul. abih la nikmat tido aku minggu neh. hohoh

MeL MikaiL said...

bahaya nyer! maybe dia tgk u drive sorang2 kot. tu yg dia berani buat cmtu. kita pompuan mmg kena alert dgn surrounding all the time esp bila kita jln n drive sorang2. penjahat byk sgt skg ni..

leen said...

hi..salam kenal
(tgh bosan2..bloghopping jap)
takutnya dgr cerita camni. i pon selalu drive sorang2 je. tapi jarang la balik malam. harap2 la tak jadi benda2 camni.

Post a Comment