Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Thursday, April 22, 2010

Apek Hill Selepas First Time...

Nota kepala: Aku minta maaf pasal lambat betul update. Cerita dua tiga bulan lepas baru nak update sekarang. Pemalas betul aku sekarang kan? :P

First time hari tu dah up entry kan? Selepas first time la memasing semangat nak beli gamin la apa la. Almaklum la... makan langsat sejam. Tapi kami tetap tak putus asa. Give up is not the answer. Chewah. So seterusnya selepas first time mustilah disusuli dengan second time, third time.. forth time.. fifth time. Heh, angan! 3 kali je aku baru sampai. Jangan melebih-lebih lak cerita. Ulang balik cakap Miza, orang kata sini training nak naik Kinabalu. Huz dan Miza patut repeat banyak kali. Bulan 5 dah dekat neh weh. Kinabalu korang nya tarikh dah dekat. Ezza jelesssssssssssssssss, nak sembunyi dalam beg yang korang nak angkat panjat naik gunung boleh ka?

Apek Hill Second Time lupa lak tarikh. Bulan Januari kalau tak silap. Kalau first time dulu sesat barat utara timur selatan sebelum sampai ke Bukit Apek, second time tak sesat dahla. Kalau sesat lagi.. tatau nak declare jadi apa la..word bengap mungkin paling tepat.Apek Hill yang utamanye ialah memula start tu dah mencabar dah. 50-55darjah kot kecerunan. Kalau tempat lain, memula tu macam rileks dulu, bagi otak kata... you can go on without problem.. walaupun mostly tipu juga....Apek hill neh awal-awal kalau nak give up pun senang kot? :P

Jadi second time aku ke Apek Hill dengan Mr Anonymous. Heh, kali ni jalan sama macam first time. Lalu stesen 1-3-5. Turun waterfall. Balik lalu stesen 6-2. Lepak-lepak. Mengah masa jalan tu lebih dari first time pasal partner hiking kali ni stamina melebihi aku. Hohoho. Total hour sekali dengan lepak waterfall adalah dalam 5jam. Macam biasa,yang pasti orang lain dah start turun, kami baru naik. Ada apa hal, jalan dibawah pohon kayu. Bukan panas pun. Nak trekking sehari suntuk pun kalau larat, sila kan. Kat Broga Hill je kami pantang pergi waktu orang lain nak turun. (Walaupun memang selalu je jadi orang last turun dari Broga tu). Kekeke.

Third time pergi, bertiga..bulan dua lak. Aku, Amy dan Huz. Kali ni kekonon nak cari second waterfall dan juga top bukit. Lalu stesen 2-3-6. Jalan dia sama sengsara je dengan jalan 1-3-5. Lebih dekat sikit. Membara semangat kami cari top. Sampai top... agak kecewa. Second waterfall apatah lagi. Usahkan waterfall, air dalam botol mineral 1.5liter kami je yang aku nampak. Tak ada view cantik pun. Ada tempat bersenam je. Tempat tidur sekali. Lepak-lepak, makan-makan. Main-main hula hup, eh ada hula hup ke? Ke itu Ketumbar Hill? Makan-makan, tengah lepak-lepak kat top tu, dengar orang bagi ceramah. Boleh lupa lak pergi hari Jumaat, orang tengah khutbah, kitaorang belasah ingat orang tengah bagi ceramah bagai. :P

Note to myself and others: Pergi Apek Hill toksah la cari top. Pergi waterfall kecil tu lagi worth it. :)

Kat sini dia panggil Bukit Saga HIllTop. Aha, Apek Hill tu nama manja je. Sebab Apek tu mean orang tua. Dedulu orang tua je panjat Apek Hill neh. Heh, tak terimagine aku orang tua panjat Apek Hill. Pasal guwe yang separa tua neh pun... boleh tahan azabnya.

Entah apa lah aku snap neh kan? Konon nak ambil gambar biru langit kat puncak la neh. Bersabar jerlah dengan aku ya.


Ni ha, view from top of the montain. Heckkkkk. Mountain la sangat. Hill Hill. Sini je nampak view. Sadis...


Tadi view tu dah zoom berapa juta kali dah. Ini pemandangan sebenar nak nampak view KL dari puncak Bukit Apek.

Ini time turun, lepak-lepak tunggu apo ko bondo tah den lupa, Huz noticed this cute little asparagus. Percayalah cakap semek neh. Tipu je. Banyak la asparagus... cendawan la.

2 comments:

Anonymous said...

budak2 yg nak naik kinabalu sam aku tu kan, pergi apek ikut saga. katanya jalan lebih derita. tak bagi can langsung

weh, waktu snap gambar 'asparagus' tu kan amy tengah dot.dot.dot ..hahahahhaa

Gerb said...

Mengenangkan kinabalu aku jadi ngeri. Tempat terakhir la jawapnye

Post a Comment