Pehtu aku tertarik dengan satu comment dari userid 'theobserver'. Dia tulis camni:
sbenarnya x dak siapa2 nk hina sesiapa...tp selagi gemuk tp x de usaha nk kurangkan berat badan...lps tu whining sana sini...tu yg wat org menyampah kat org gemuk...dan org akan memandang rendah kat org gemuk kerana kurangnya keyakinan diri...
Betul tak betul ayat diatas? Aku rasa sangat betul. Normally tak ada orang yang nak menghina orang gemuk. Tapi menyampah sebab dahlah gemuk, lepas tu asyik mengeluh. Contohnye, 'adoi... gemok dah aku sekarang.. camne tah nak kurus'. Sambil berjalan kaki ke kedai kek untuk membeli dua potong kek coklat. (Contohlah ni)
Betullah orang gemuk kurang confident diri, apabila diri sendiri dah rendah confident level.... orang tengok kita skit pun, dah rasa orang judge kita dalam penilaian peribadi dia. Padahal orang tak kata apa pun. Silap-silap mata je pandang kita, otak dia tengah fikir nak makan apa lunch nanti. :)
Contoh normal yang membuatkan aku rasa menyampah ialah, 'kak camne akak kurus?' apabila aku jawab aku gi jogging, bersenam.. terus..'tak apa lah.. saya ingat akak ada makan ubat apa-apa'. Cara senang gi bersenam takmau polo. Sibuk nak makan ubat yang memanglah KKM luluskan tapi side effect long term sapa tau? A few ubat diet yang aku tahu effect pada rahim, pada buah pinggang. Sekali lagi make note dekat diri sendiri, kurus untuk sihat sekali bukan hanya untuk cantik.