Sewaktu kat kampung selama beberapa hari, aku baru perasan iklan akan satu drama kat astro ria kot berkenaan seorang gadis yang berisi dan tidak perlu risau tentang berat badan dan pandangan masyarakat terhadapnya. Tidak juga perlu mengawal makan, bersenam dan sebagainya kerana beliau bahagia dengan keadaan dirinye.
Wow! I love to meet dottie. I mean the real one. Orang gemuk yang heppi dan bahagia dengan keadaan dirinya tanpa ada langsung perasaan segan, rendah diri, malu dan sebagainya. Aku rasa iklan tersebut (oh aku tak tengok dramanya, jadi komen aku hanya based pada iklan tersebut), mengelirukan, bohong dan juga tidak reflect kepada mana-mana awek gemuk. Dottie adalah watak fiction dan tidak benar sama sekali.
Orang gemuk memang kelakar, fun, easy to be friend with bla bla bla sebab speaking on behalf of former me, kami rendah diri. Kami tidak kurus dan tidak cantik macam orang lain. The only option yang menarik kekawan berkawan dengan kami adalah kelakar atau jadi bijak. Heh, not everyone ada excellent brain and the only option yang tinggal adalah jadi kelakar. Tidak grumpy dan sentiasa menjadi teman pendengar yang sedia dan baik untuk teman-teman.
Adeh, tengok iklan pun sensitif. Apa neh. Bukan sensitif tapi aku rasa ia mendidik rakyat untuk berkata 'let not eat healthy and let not have healthy life style'. 'Gemuk tapi heppi jugak.
PS: Tak ada ke siri tv, selain the biggest loser. Buat drama ke apa ke, kisah orang gemuk yang rasa rendah diri ke apa ke. Sebab as today, aku perasan orang gemuk hanya diberi peranan jadi seseorang yang fun dan gembira dan sentiasa ceria. Hohohoh.