Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Wednesday, December 21, 2011

Leg Cramps: Simpul Biawak: Tarik Mengkarung

Wa dah lama tak kena benda neh. Tapi sesekali kena memang rasa nak putus nyawa. Sapa tak pernah kena sepanjang hidup dia, memang bertuah sangat-sangatlah. Kesakitan dia, tak tersexplain. 

Malam tadi aku kena, adoi la...rasa nak menjerit jer. Eh menjerit je rasenye. Takde rasa-rasa. Aku pun mula google la tengok pasai pa. Eh yang menervouskan wa, google neh kate leg cramps / urat tersimpul neh adalah gejala common during pregnant? Peh, sesekali kena pun menitis airmata menahan sakit. Dia bagi common case pulak. So now aku kena expect nak mendapat leg cramp. Best gile sakit neh dowh. Mende neh selalu nya terjadi time tengah tidor syok2 diulit mimpi.  Hehehe. 

Aku baca neh antara sebab-sebab berlaku mende neh sebab kurang calcium. Peh, wa minum susu dah. Pil calcium pun dah makan. Haruskah aku tambah dose? Pehtu dia kata sebab sejuk, tak jugak. Wa sudah pakai stokin time nak tido. Dari bujang sampai la sekarang. 

Pehtu kurang air? peh tidak la, wa peminum air tegar. 3-4liter sehari tanpa sebarang complaint kepada complaint department. Berat berlebihan, mungkin jugak. Hehehe. 

"Leg cramps are a very common occurrence for many women during their pregnancy. Most leg cramps are caused from the fatigue of carrying around textra weight that is put on while you are pregnant. As you gain more weight, your leg cramps may increase. Cramps can also be aggravated by the expanding uterus putting pressure on blood vessels that return blood from your legs to your heart and the nerves leading to your legs. Leg cramps can occur at any time, but you will most likely notice them at bedtime."

Monday, November 21, 2011

Perut Yang Semakin Membesar

As a former (eh former ke, sekarang aku dah gemuk balik kot) fat person, aku sangatlah concern bila orang kutuk-kutuk perut buncit. 

Perangai ini terbawa-bawa sampai pregnant sekarang neh, boleh? I wear baju kurung everyday to the office now to hide the bump sampai orang satu office pun tak perasan aku dah pregnant dekat lima bulan. Pergi jalan-jalan hari weekend pun aku pakai baju kurung, or baju longgar.

Sebab aku hide ialah sebab aku dah biasa hide kebuncitan zaman takde baby dulu. I have feeling macam insecure sikit bila jalan-jalan baju tertiup kat perut sebab aku rasa malu nanti orang nampak perut aku buncit.

Yesterday, my husband said. eh awak dah nampak macam orang mengandung. I suppose that the normal comment for someone who pregnant, tapi aku rasa macam "alamak", i not done good enough to hide the bump. 

My husband ask me to buy maternity clothes. Guwe macam reluctant skit. Nanti, orang tengok perut guwe lak. Sekarang orang sebok nak sentuh perut pun wa rasa tak selesa. Bukan sebab apa, sebab nanti wa fikir depa kutuk, buncitnye perut dia. Kekadang rasa bodoh pun ada. What to do, we fat person selalu sibuk nak sembunyi perut. Dah pregnant pun, masih sembunyi sebab takut orang judge perut kami. Hahahaha. 

Entry merapu takde pekdah semperna perut wa dah mengembang 5inch from before pregnancy. 


Monday, October 24, 2011

Suppose 0.5kg, but me with 1.5kg..

Oh ini sebenarnya weight gain aku selama sebulan. The schedule kata aku sepatutnya naik 0.5kg jer tapi aku sudah terlebih naik 1.5kg. Tapi sebenarnya aku tak risau sangat sebab dengan kadar kelaparan berganda aku sekarang maka harus la aku naik 1.5kg kan.. 

Lagipun melalui bacaan internet, standard je kalau orang naik beza-beza kenaikan berat badan semasa pregnant neh. 

So I have another appointment to minum air gula. wu huuu... The nurse said normal la kalu umur 28 tahun ke atas pregnant kena minum air gula sebab nak tahu ada diebetis ke idok, tapi the doctor order at 20weeks. Tapi sebab guwe sudah naik banyak terlebih dari schedule maka wa di paksa minum lebih awal. Aku tok pernah la minum air gula, air teh bergula selalu la, tapi apakan daya.... kena la minum jugok... This will happen second week of November. Doakan aku tak kena diabetis la weh.

Aku rasa neh hormon gemok lampau aku je neh. Nak kembali menganas. Aku redho la aku akan bertambah gemok for another few months. Lepas tu harap-harap aku boleh kembali bersemangat nak turunkan berat cam eee zaman2 akhir bujang guwe dulu.

Oh i have scan appoitnment next week. Tak sabo gak nak tengok dibawah-bawah lemak perut neh. Hehehe. 

Wednesday, October 5, 2011

Hello World!

Hello world adalah universal testing bahasa pengaturcaraan di dunia kot. Hahaha. Aku pun tak tau nak tulis apa sebenarnya tapi dah bersawang blog dan aku rasa obligate tuk tulis sekali sekala. 

Sebenarnya i am almost 3months pregnant now. Dan disebabkan aku dah takleh diet and i have to eat 300 extra calories daily menyebabkan blog ni aku nak ubah direction seketika. For 6 months jer before aku struggle balik nak kurus dapat balik 60-61kg. So aku rasa temporary neh, aku nak tulis experience sebagai ibu pregnant anak sulung. Boleh camtu? 

Aku rasa cerita pregnant neh bagus jugak kot sebab aku pun selaku orang yang tak tahu apa-apa pasal pregnancy memang duk baca experience orang je. (Saya mintak orang-orang pandai pasal pregnant janganla datang condemn saya pulak, bacaan dan rujukan buku2 mat salleh tu tak sama dengan experience okay). I rather hear the story and experience from people who been there. bukanlah buku mat salleh tu tak bagus, tapi depa tulis berdasarkan environment mereka. bukan experience orang kita. Thank you.

Thursday, July 14, 2011

Lambang Rosmah Best Adalah The Best Untuk Posing

Actually ramai kawan-kawan terdekat dah tau kot, aku kahwin bulan lepas. Ini mukadimah cerita jer. Menjawab soalan seorang rakan maya, kenapa saya tak tulis dalam blog or buka invitation, saya terus terang jelah. Takde niat pun nak sembunyi ke apa, saya cuma orang biasa. Bukan artis ke sapa ke. And i dun think my life is interesting enough that people would like to know this kind of details. 

Ini gambar masa aku kawen ari tu. Gambar suami tak perlu la. 

PS: Eh, tajuk lain lak... apa neh. Haha

Wednesday, March 30, 2011

Compare

Aku nak tiru masreen, dedulu dia suka amik gambar tutup tang mata. Masreeen ooo masreennnn
Kiri tu gambo lama. Tahun 2005 time itik kawen. Kanan tu taken Sabtu lepas. 


Actually dalam gambar je nampak cam slim skit. Aku masih chubby mubby mubi movie. Tah bila mo slim macam supermodel boleh pakai baju kebaya stok tak nampak lebihan lemak neh. Hahaha. 

Tuesday, March 22, 2011

Minggu Lepasnya Cerita

I vowed to myself not to eat chicken for 5 days last week. Alhamdulillah, aku berjaya tidak makan ayam selama 6 HARI. Lebih sehari dari yang aku rasa aku mampu buat. Rupanya boleh je kalau aku taknak makan ayam tiap-tiap hari. Aku ingat aku akan mengigil ala-ala tak dapat dadah (macam la biasa makan dadah??). Hahaha. 

Pehtu aku vowed taknak minum minuman bergula selama sebulan. Dah lebih 2 minggu aku tak minum kot. Walaupun meronta-ronta jiwa aku tiap kali terpandang akak penjual teh ais kat Mutiara Bangsar tuh. Aku buat2 tak pandang dia. Argh sengsara, sengsara. Teh ais dia tersedap pernah aku temui. Kalau makan kat tempat lain, aku tak kisah sangat sebab teh ais tempat lain tidak sesedap kat situ. 

Oh, aku ada masuk blog someone semalam yang tengah induct Atkin Diet kot? Lebihkan protein or something like that. Less carbo intake. Aku takut la tengok makanan dia. Sosej, nugget, daging burger, pendek kata semua processed food pagi ptg siang malam. Cari protein yang fresh boleh tak dik? Akak tolong takutkan untuk pihak adik, lemak processed food tu tinggi tuh. Garamnya lagi. 

Thursday, March 17, 2011

Hari Ke Empat Without Chicken

Ayam adalah kesayangan aku. Gile la, aku tak pernah berjauhan dengan ayam. Tapi this week macam nekad skit, nak jauhkan diri seketika selama lima hari. (Minggu neh je lah). 

Bila aku kata aku tak makan ayam, ini termasuklah semua jenis siput dan seafood (kecuali ikan). So aku makan ikan je dengan sayur dan buah. 

Hari ke empat tanpa ayam and in low calories intake.. Ini hari adalah dugaan terhebat. Teh ais kelihatan di sana sini, kawan semeja makan ayam dengan nampak sangat sedap. Now saya rasa pening. Badan saya rasa sakit dari pagi tadi. (Drama sungguh la). Adakah sebab saya makan low calories ataupun sebab saya tak biasa hidup tanpa kehadiran encik ayam. 

Ayam, I miss you so much. But we have to set a boundary. Kisah cinta kita neh, satu epik. Kau harus ingat tu ayam. (Alamak, disebabkan pala otak weng, dengan ayam pun boleh jiwang). Chalooo.

Wednesday, March 16, 2011

What not to eat before bed (1) : Caffeine

It should be obvious, but you should avoid caffeinated drinks and foods — coffee, tea, many soft drinks, and chocolate — several hours before bed. Caffeine is a natural chemical that activates the central nervous system, which means that it revs up nerves and thought processes. For people who are sensitive to caffeine, that excitation is not pleasant, making them feel jittery and slightly ill. If you drink caffeinated drinks too close to bedtime, chances are it will keep you awake. Of course, what “too close” means is totally individual. Sensitive people should stop drinking caffeine at least eight hours before bedtime (that means by 3pm, if you hit the sack at 11pm). You can play with your particular timing … just don’t experiment on a night when you absolutely must get a good night’s sleep. Source

Terbaca ini. No wonder la aku takleh tidur malam kalu minum teh! Sensitive people (READ: ME). - too close of bed time for tea is morning. Which mean, kalau aku nak tidur dengan lena tanpa paksa-paksa biji mata, aku tak boleh minum tea langsung pada hari berkenaan. Of course this only applicable for just a few days. Kalau aku minum straight dua tiga hari, hari ke empat aku tetap akan padam awal. Sebab otak dah tak mampu nak layan chemical yang suruh jangan tidur tuh. 



Sunday, March 13, 2011

Banyak Benor Orang Gomok....

30% rakyat Malaysia dijangka alami obesiti tahun ini


UMPAT 11 Mac - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Dr. Yahya Baba berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.

"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun. 

"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini hari ini. 

Yahya berkata daripada jumlah itu, 16 peratus membabitkan pelajar sekolah. - Bernama


So, adakah kita nak masuk statistik?

On the other hand, saya mahu mengkempen diri saya menjauhi ayam selama lima hari bermula esok berakhir hari jumaat. Saya harap saya sukses. Okay ayam, sedih neh tau nak berpisah dengan ayam. 

Thursday, March 10, 2011

Dare To Be Different? Eceh!

Wednesday, March 9, 2011

Note to Myself...

  • Eat a Proper Diet – Incorporating a diet high in protein and fiber will help you maintain a healthy lifestyle.
  • Drink Plenty of Fluids – Drinking water helps keep you hydrated while giving you a feeling of fullness.
  • Read Labels – You have to control your calorie intake in order to achieve your weight loss goals and maintain a healthy lifestyle.
  • Exercise, Exercise, Exercise – It is important to maintain an exercise program. Exercise will help burn fat and build muscle which burns more calories.
  • Lose Weight Slowly – Losing approximately 2 pounds per week is a healthy and safe way to lose and ultimately maintain your weight loss goals.

Friday, March 4, 2011

Touching Lak Dengar Radio...

Skit jerlah. Touching aku dengar radio pasal seorang isteri menangis-menangis.

Kat mix.fm ada rancangan fix it pagi-pagi. Kiranya orang drop mesej cerita masalah dia, mintak radio fixkan (big time loser!, your problem.. manage it la!). Pehtu semalam, ada guy neh suh fix kan masalah dia. Dia dah kawen empat tahun, tapi dia cheat on his wife. Dia rasa bersalah. Dia tanya dj camne nak handle problem dia. Dia sayang kat wife dia, bla bla bla.

Okay, dj laki tu suh dia confess pada wife dia. (What a great idea). Have you ever ever heard of What You Don't Know Won't Hurt You?. Radio called his wife, dan confess la sang suami. (On national radio) Girls, women, how will you react if the radio station called you and guess what, on the other line is your husband. Btw he felt guilty because he was cheating on you. Oh oh, btw lagi sekali, you are on air. Feel free to do whatever, because it will boost up the rating of our listener.

Curang is one thing
Telling is one thing
On national radio is way too much!

She cried. of course.

Dia tak angkat call dari husband dia seharian. Pagi neh dia angkat call dari radio. Yes, it was a very sad voice.

Dia sedih gile. kena tipu for four years (sort of). Aku macam sebak sikit bila dengar tone suara dia. Tapi pompuan memang makhluk pemaaf la, dia cakap dia sedih, tapi dia masih sayang suami dia. Mungkin boleh terima lagi.

Ini aku share kat sini sebab aku rasa, laki dia too much. Confess one to one takleh? Time bercinta, time bermesra, time geli-geli boleh one to one. Time nak koyak rabakkan hati orang, harapkan radio station?

Friday, February 25, 2011

What's Eating Gilbert Grape


Malam tadi, aku menonton filem ini. Filem lama neh. Tahun 1993. Si Leonardo Dicaprio pun masih kanak-kanak riang. Mungkin ramai yang tak tahu pasal cerita neh sebab almaklum la, macam aku neh duk ceruk hulu, pehtu citer omputih yang tengok time kanak-kanak dulu x files jer.

Filem ini mengisahkan, Gilbert (Jonny Depp) dan keluarganya, Arnie (Leonardo Dicaprio) jadi budak sindron down, memang salute la menjadi gile lakonan dia, ada dua adik beradik perempuan yang tak berapa ditonjolkan dan seorang ibu yang obese selepas kematian ayah dia. 

Jalan citer superbest, tapi aku taknak highlight jalan citer, aku nak sentuh pasal mak dia yang obese tu. Kerja dia makan je, duk depan kusyen sambil tengok tv. Kalau sampai waktu makan, anak-anak akan angkat meja makan bawak pergi depan dia. Sampai lantai tempat kusyen tu pun dah hampir nak patah sebab nak menyokong keberatan mak dia. 

Okey, skip to the end, mak dia buat pertama kali dalam masa 7 tahun naik tangga masuk bilik tidur dia. Sangat azab okey. Kemudian, mak dia meninggal atas katil dalam bilik tidur. Sewaktu pihak polis datang untuk mengesahkan kematian dia, mereka berkata, mereka memerlukan lebih ramai orang untuk mengeluarkan mak Gilbert dari rumah.

Police Officer (1): I'm gonna need some more men, Amy
Police Officer (2):You may need the National Guard to move her out of there.
Gilbert Grape: It's gonna take a crane to get her out.
Amy (anak pompuan) : There's gonna be a crowd. I just know there's gonna be a crowd.
Gilbert Grape: She's no joke. She's no joke. I'm not gonna let her be a joke.

Demi untuk memastikan maruah mak mereka terjaga, dan orang tak buat fun pasal mak dia, instead of  tunggu crane untuk keluarkan mayat mak dia, mereka decided untuk bakar rumah. 

Moral of the story - obese is no joke. 

Aku lepas tengok citer neh terfikir, susahnya jadi obese, pergerakan dahla terbatas... lepas mati pun menyusahkan orang yang amat. 

Thursday, February 24, 2011

Nak Motivate Diri Balik tu Susah la

Edisi luahan perasaan, aku benci dengan nafsu makan aku sekarang. Seminggu aku boleh berusaha bersungguh-sungguh, lepas tu seminggu akan datang aku tewas. Eeee. Apa nak jadi neh. I want to be hot bride la. Taknaklah jadi pengantin yang lemak lebih menonjol dari solekan muka.

Ni edisi emosi neh, baru lepas makan lontong di pagi hari. Emosi! emosi! 

Monday, February 21, 2011

Amacam, Hot Tak?

Cara Castronuova

She is the one of the new trainer for the biggest loser season 11.

Pemenang 2 kali golden gloves and ranked #2 by USA boxing!





Thursday, February 10, 2011

Fat Jokes Of Course

Do we want to end up like this? No right? So which direction are we heading to? Your body, your choice. 

Wednesday, February 9, 2011

Mengelakkan Sawang


I know I know. Blog saya sudah bersawang. Infact my other blogs turut bersawang sama. Ada benda nak tulis tapi since I cut off the internet service at home, masa banyak habis dengan menonton tv series. Jadi my ideas mostly stuck in my head and just sitting there sehingga akhirnya dah hilang ghaib. 

Itu jelah siri motivasi hari neh. Did you know Jeniffer Hudson (awek american Idol) dah kurus? Mantap sey. Aku jelesss.......

Friday, January 28, 2011

MTV: I Used to Be Fat


MTV new show. Not available in Asia yet kot. Tapi dah boleh nak download. Realiti tv mcm the biggest loser jugak lebih kurang. Tapi tumpu pada remaja yang nak masuk kolej. (Biasalah MTV, takkan nak ambil atuk lak kuruskan badan). Sesuai untuk memberi inspirasi. :)

Monday, January 17, 2011

Healthy Dishes: Jangan Terpengaruh Dengan Print Ads


Aku sekodeng katalog IKEA (untuk 15juta kalinya), kemudian aku tertengok last page. Pasal makanan kat foodcourt IKEA. Tengok-tengok gambar, kemudian aku tertengok wording kat atas neh.

Healthy dishes my foot. Chicken nugget is now consider as healthy food? Fries is healthy food? Meatballs is healthy food? What happen to this world?