Malam tadi, aku menonton filem ini. Filem lama neh. Tahun 1993. Si Leonardo Dicaprio pun masih kanak-kanak riang. Mungkin ramai yang tak tahu pasal cerita neh sebab almaklum la, macam aku neh duk ceruk hulu, pehtu citer omputih yang tengok time kanak-kanak dulu x files jer.
Filem ini mengisahkan, Gilbert (Jonny Depp) dan keluarganya, Arnie (Leonardo Dicaprio) jadi budak sindron down, memang salute la menjadi gile lakonan dia, ada dua adik beradik perempuan yang tak berapa ditonjolkan dan seorang ibu yang obese selepas kematian ayah dia.
Jalan citer superbest, tapi aku taknak highlight jalan citer, aku nak sentuh pasal mak dia yang obese tu. Kerja dia makan je, duk depan kusyen sambil tengok tv. Kalau sampai waktu makan, anak-anak akan angkat meja makan bawak pergi depan dia. Sampai lantai tempat kusyen tu pun dah hampir nak patah sebab nak menyokong keberatan mak dia.
Okey, skip to the end, mak dia buat pertama kali dalam masa 7 tahun naik tangga masuk bilik tidur dia. Sangat azab okey. Kemudian, mak dia meninggal atas katil dalam bilik tidur. Sewaktu pihak polis datang untuk mengesahkan kematian dia, mereka berkata, mereka memerlukan lebih ramai orang untuk mengeluarkan mak Gilbert dari rumah.
Police Officer (1): I'm gonna need some more men, Amy
Police Officer (2):You may need the National Guard to move her out of there.
Gilbert Grape: It's gonna take a crane to get her out.
Amy (anak pompuan) : There's gonna be a crowd. I just know there's gonna be a crowd.
Gilbert Grape: She's no joke. She's no joke. I'm not gonna let her be a joke.
Demi untuk memastikan maruah mak mereka terjaga, dan orang tak buat fun pasal mak dia, instead of tunggu crane untuk keluarkan mayat mak dia, mereka decided untuk bakar rumah.
Moral of the story - obese is no joke.
Aku lepas tengok citer neh terfikir, susahnya jadi obese, pergerakan dahla terbatas... lepas mati pun menyusahkan orang yang amat.