30% rakyat Malaysia dijangka alami obesiti tahun ini
UMPAT 11 Mac - Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) menjangkakan 30 peratus atau 8.1 juta rakyat negara ini akan mengalami masalah obesiti pada tahun ini akibat gaya hidup mereka yang tidak sihat.
Ketua Pegawai Eksekutif LPKM, Dr. Yahya Baba berkata, angka itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelum ini, dan jika tahap kesedaran mengenainya tidak dilakukan secara serius, peratusannya mungkin lebih daripada itu.
"Kajian oleh Kementerian Kesihatan pada 2006 menunjukkan sebanyak 14 peratus penduduk negara ini mengalami masalah obesiti dan ia menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
"Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun dari 1996 hingga 2006,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Sukan Pantai, Sihat Tanpa Obesiti anjuran Persatuan Rekreasi Negeri Kelantan di Pantai Sri Tujuh di sini hari ini.
Yahya berkata daripada jumlah itu, 16 peratus membabitkan pelajar sekolah. - Bernama
So, adakah kita nak masuk statistik?
On the other hand, saya mahu mengkempen diri saya menjauhi ayam selama lima hari bermula esok berakhir hari jumaat. Saya harap saya sukses. Okay ayam, sedih neh tau nak berpisah dengan ayam.
2 comments:
UMPAT? katm ana tuh... hahaha
ok TUMPAT...
arinih aku nak jauhkan diri dari nasi sbb 2 hari berturut2 makan nasi kenduri yg sgt sedap!
esok pg sesi penimbangan, tengahari aku nak makan nasi ayam kukus!
tgk jalan2 cari makan punya pasal!
Mestilah tak masuk. Kite kan normal :)
Post a Comment