Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Wednesday, May 23, 2012

Dah Tak Pregnant

Ingatkan aku akan pregnant selamanya, tapi idak rupanya.

Dah sebulan bersalin. C-Section. So far alhamdulillah. Aku dengar orang cakap sakit c-section lebih teruk dari beranak normal. Entahlah. Aku operate je ada experience, beranak normal (or sakit contraction dan segala yang related dengan normal), aku tak rasa so aku takleh cakap mana lagi sakit. 

Tapi c-section idaklah sesakit yang diimaginasikan. Sakit la hari pertama lepas ubat bius hilang, pehtu sakit la bila ubat pain killer dah habis power, other than that, takde la sakit sangat. Cuma orang kata kena jaga rapi skit lah sebab belah isi perut kan. Sebab kena bedah ialah anak cikkiah adalah discan lebih dari 4kg, dah lepas kuar memang 4kg ++.

Orang datang melawat cakap aku takde rupa orang bersalin. Nampak cergas. Adeh, aku tak biasa la tunjuk rupa sakit kat orang. Tapi bedah neh sebenarnye takut la juga, sorang-sorang atas table operation... dari pinggang ke bawah dikebaskan, terasa-rasa orang duk belek2, tarik2 dalam perut. Kalu bersalin normal leh gak ajak husband masuk teman. 

Oh anak saya lelaki. Seperti ibu-ibu lain, saya rasa anak saya adalah yang paling comel di alam semesta. (standard la tu kan?) hahah. 

So the journey to lose weight akan direvamp dalam masa terdekat. Diet jelah citernye, bersenam? Kang terkoyak balik isi perut. lepas 8 weeks leh la bersenam mudah-mudah, walk etc, tapi jog etc... bye bye la dulu at least 6-12month. Buleh ke nak shred lemak neh? Adeh lahai

A few days before birth: my weight 86.2kg
A month after delivery: 73kg

Nak  dapat lagi 13 kg sekurang-kurangnya... harap-haraplah mampoo. 

Thursday, April 12, 2012

Belum... belum.....

I am going to be pregnant for the rest of my life, aren't I?

Ikan paus gemok is getting anxious... gerrrrrr

Monday, April 9, 2012

Waiting Game

Aku dah penat main waiting game neh. Bila boleh penyek hidung budak dalam perut neh? At term since 2 weeks ago, takde tanda nak kuar pun lagi. Kekadang kejang perut, kekadang cramp pinggang, ingat tanda dah... tapi lepas tu dia reda balik. Tak makin kuat pun.

Tarikh jangka pertama 12hb neh, tarikh jangka ke dua 19hb, aku harap cepat la dia nak kuar. Don't take more sweet time sayam... Come to the world. You will feel more love.

Yang hebatnye, jiran sebelah-sebelah rumah neh, pantang abah i setat enjin kete, depa pun bertanya... nak kemana? Nak bersalin dah ke? See baby, even jiran atuk dan nenek pun dah excited nak tengok ekau. :)

Tuesday, March 27, 2012

The Winner of Rude Driver

Aku sebenarnya nak cakap je, aku dah jumpa banyak jenis driver sepanjang aku drive kat kolumpo ni. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku akan jumpa seorang driver paling harem antara yang terharem di jalan kecik between two blok bangunan.

Aku tengah jalan kaki nak ke kereta. As a nine months pregnant lady, aku memang jalan slow. Dahla naik bukit, lepas tu, aku lak tengah kejang perut. 

And come one myvi putih, hon. Suh aku cepat lah tuh. Nasib baik aku tengah sakit perut, kalu aku tengah sehat, memang ndak je aku sekolahkan driver berkenaan. Orang kat jalan besar pun di ajar hormati pedestrian. Ko dah nak masuk parking dah nak sampai rumah boleh hon orang pregnant pulak? 


Aku memang tak jalan laju la, aku tengok je dia. Straight to the eyes. Dia sengih lak tengok aku. Eh, tak pe la. ko drive kan. tak rasa penat jalan naik bukit camne pompuan pregnant jalan. Tapi kat situ jelah ko leh laju. Try layan corner karak highway la kalu berani sangat nak laju. :)


Motif aku emoticon? Hahaha. Eh aku memang biasa emoticon kot. :P Tapi main reason sebab aku rasa driver berkenaan rude gile apabila kat dalam kawasan pangsapuri pun nak hon orang suruh jalan lalu. Tambah-tambah yang kena hon tu, aku lak. Kalu kena kat orang lain takde la masalahnye. Lorong tu lak sempit je pun,  takleh tunggu 30saat ke 1minit ke? Alahai. 

Friday, March 23, 2012

Eh Buleh Letak Gelas

Early pregnancy, one of my colleague (now ex sudah) selalu tease aku nanti bila dah perut boncit leh letak pinggan makan nasi atas perut. Table tidak diperlukan lagi. Ciskek la hai

Now after 36 weeks (or almost 9 months into pregnancy) rupanya ianya bukan joke. Aku sudah buleh letak mug atas perut aku sambil tengok tv dan duduk bersandar di kerusi. Meja kopi tidak diperlukan. Hehehe. 

Monday, March 5, 2012

Trimester Terbest

Pendapat personal aku, bagi orang pregnant, trimester ke dua yakni bulan ke empat hingga ke enam adalah yang paling best. Kekadang tak rasa macam pregnant pown.

Trimester satu:
Sentiasa penat, ngantuk, letih. Pehtu sebok nak kejar toilet nak muntah-muntah pulak. Kepekaan kepada bau sangat tinggi, bau yang selalu nye tak memberi apa-apa kesan dalam hidup tiba-tiba menjadi bau yang boleh menyebabkan sakit pala otak dan memualkan perut. Lepas tu semua benda dimakan asyik nak keluar jer. Sebagai pemuntah tak berapa tegar, experience muntah aiskrim adalah paling best. Sejuk je rasa tekak. Yang paling tak best, makanan bertumis. Hooo.. sakit anak tekak woo..Teringat lagi perfume husband guwe yang dia memang pakai dari tah bila-bila tiba-tiba menjadi bau yang sangat tak sedap kat hidung guwe. Hari-hari wa ulang cakap, lu punye perfume bau sangat kuat dan tak sedap. Kekekeke.

Trimester ke dua:
Dah recover dari muntah-muntah, Tenaga pun banyak dah sebab dah habis pembentukan bayi. Hidung dah kurang sensitif therefore muntah-muntah dah takde. Fact: perempuan yang ada masalah deria bau bila pregnant beliau adalah tidak akan muntah-muntah macam awek biasa.

Tenaga dah kuat, walaupun pinggang makin kurang kelihatan waist line. Takde dah nak tido-tido. Boleh aktif tak rasa apa. Seriously, kekadang boleh terlupa terutama kalau baby lum terasa gerak-gerak dalam perut. Bila dia dah mula rasa, in my case quite late la minggu ke 24 baru terasa, memang tak rasa cam pregnant.

Trimester ke tiga:
Perut dah makin membesar, Tenaga yang ada dulu tu dah makin merudum dah kualiti dia. Penat etc tu dah semakin terasa. Tidur malam pun makin awal. Oh common dengan trimester satu: Toilet! Bukan muntah, tapi kali ni sebok nak mengosongkan pundi kencing. Semakin baby besar, semakin dia press atas pundi kencing.. Sebab tu la asyik nak pergi ke toilet nak kencing jer. Sapa pernah rasa nak terkencing sangat-sangat tu, bolehlah imagine jadi orang pregnant third trimester. Dan tak pergi toilet selama sejam pun dah cukup untuk terasa nak terkencing sangat-sangat.

Oh satu lagi, bila dah masuk third trimester tu, metabolisme naik sehingga 20% dari biasa. That explain kepanasan yang biasa melanda. Guwe pagi-pagi bangun tido now berpeluh-peluh cam baru lepas jogging. Lum lagi time buat keje rumah eh, jalan kaki biasa-biasa pun boleh berpeluh sakan kot. Hebat kan. Yang best pasal third trimester ialah gerakan baby dalam perut. Priceless. Semua penat, letih, ngantuk dari first to third trimester berbaloi-baloi apabila terasa baby bergerak dalam perut.

Tuesday, February 21, 2012

Labor...

Read this and aku rasa takut sangat sudah even the baby belum fully baked lagi.

let's be clear on one thing: your labor is your labor - it's not the doctor's, it's not your mother's, it's not even your partner's, so it's time to start taking steps to prepare yourself for one of the most intense experiences of your life.


Tuesday, February 14, 2012

Tak Rasa Ralat. :)

Someone asked me, ralat tak lepas susah payah diet and exercise now aku dah gemok mengembang sebesar dulu sejak pregnant neh?

Aku dengan jujur jawab tak. Sometimes ada la rasa 'fuh gemoknye aku' tapi ralat? Takde sikit pun. Apalah kisah dengan lebihan berat badan semasa mengandung, there is someone living inside me now. That should make all the different. Feeling dia gerak-gerak dalam perut dah cukup buat wa senyum. Tentang lebihan lemak tu, nanti bila dah kuar, kita kautim kemudian.

Ada orang berat dia naik tak mencanak, steady je. ada orang mencanak-canak naiknya. Aku jatuh kategori ke dua. Lantokla hai pakar ibu mengandung nak cakap apa. Not that aku feed diri aku makan 24jam sehari mende-mende mengemokkan.. Wa tau wa tak hebat, wa tau gen gemok wa just under control during time wa drop a few kgs dulu. Beliau bukan takde, just under control.

Hohohoh.

Tuesday, January 3, 2012

Malaysia: ABC Acai Berry and Irresponsible Seller


Korang yang baca blog aku memang tahu aku anti skit dengan pil kurus-kurus tak tentu hala yang claim hasil hebat, mahal tahap petala langit, tak diiktiraf KKM kan? 

Aku nak cerita pasal ABC Acai Berry pulak ari neh. Okeylah, wa tau wa dah dempol balik cam sebelum diet sekarang, tapi wa bukan nak cerita wa makan ini ubat. Wa tak boleh berdiet sekarang, yang anehnya wa takdela makan-makan tahap tak ingat dunia tapi berat wa naik banyak gile. Tapi syukur gak la wa tak kena diabetis. Okey dahla cerita pasal kegemukan wa, wa nak kutuk ubat kurus nama ABC Acai Berry neh pulak.

Wa tau mende neh sekarang agak femes, sementelah Oprah kata dia makan Acai Berry, so ramai orang ingat itu Oprah mengaku dalam The Oprah Show makan ABC Acai Berry. Oprah memang makan Acai Berry, tapi Oprah makan BUAH ACAI BERRY, bukan makan product yang claim berasaskan Acai Berry siap berjenama ABC.

Okay, abeh kat situ. Sekarang isu dia ialah, ABC Acai Berry neh dah diannouncekan oleh The Food and Drug Administration, America (FDA) dan The Swedish Medical Products Agency mengandungi bahan terlarang yakni sibutramine. Warga Indonesia pun sibuk buat facebook page untuk menyedarkan pengguna mereka disini: https://www.facebook.com/waspada.abc.acai.berry

Apakah sibutramine dan kesannya akibat pengambilannya? Nah wa tulis disini

Sibutramine mengancam pengguna kerana product ini diketahui boleh meningkatan tekanan darah dan / atau denyutan nadi pada sesetengah pengguna dan boleh meningkatkan risiko bagi pesakit yang mempunyai sejarah penyakit arteri koronari, kegagalan jantung kongestif, aritmia (keganjilan dengupan jantung), atau strok. Produk ini juga boleh bertindakbalas negative dengan ubat-ubatan lain yang diambil oleh pengguna.

Pengguna harus segera berhenti menggunakan produk ini dan membuangnya serta merta. 


Translate from FDA website 

The product poses a threat to consumers because sibutramine is known to substantially increase blood pressure and/or pulse rate in some patients and may present a significant risk for patients with a history of coronary artery disease, congestive heart failure, arrhythmias, or stroke.  This product may also interact in life threatening ways with other medications a consumer may be taking.


Consumers should stop using this product immediately and throw it away.  

Dan kemudian aku jumpa seller Malaysia jual benda neh dalam facebook. Apabila aku kemukakan soalan, beliau menjawab, yang FDA uji tu fake punya. Yang ori halal. 

Apabila aku persoalkan Kementerian Kesihatan Malaysia takde kuarkan sijil halal, sang seller cakap bahan-bahan tu memang halal. Heh, dia memang buat-buat tak faham la kot bila aku cakap DIHARAMKAN OLEH FDA maksudnya bahan dalam tu berbahaya bukan bahan dalam tu diperbuat dari babi.

Jabatan Agama cuma check ada bahan syubhah, yang check ada bahan-bahan berbahaya terutama ubat-ubatan datang dari KKM. Terang-terang mengaku takde KKM cert tapi berani pulak confirmkan halal. Adoi la. Ada pernah dengar JAKIM tarik balik halal depa sebab ada racun ke? Contoh produk kecantikan muka, ubat diet lain sapa yang announce ada racun? JAKIM ke KKM? Bila orang cakap haram, lu citer pasal halal. Kawan-kawan yang sebok cari ubat diet, I give you simple nasihat, berenti makan cam anak gajah, pergi exercise. That the most healthy way to lose weight. 

Tolonglah reseller, jangan jadi tak bertanggungjawab pada kesihatan orang. Rege dahla mahal, pehtu orang citer pasal diharamkan, ko citer halal pulak. If the ABC Acai Berry is really a magic product, why are you still fat? Are you too afraid to swallow the product because you know there is something not right about it? 


Jika anda pemakan ubat-ubat takde kelulusan KKM neh dan ada side effect, lu rasa itu seller ubat-ubat yang tak kurus-kurus walaupun jual ubat kurus neh, mo bertanggungjawab ke dengan kesihatan lu? Setakat cakap-cakap time jual bolehla....
Lagi website pasal ABC Acai Berry is now banned