Pendapat personal aku, bagi orang pregnant, trimester ke dua yakni bulan ke empat hingga ke enam adalah yang paling best. Kekadang tak rasa macam pregnant pown.
Trimester satu:
Sentiasa penat, ngantuk, letih. Pehtu sebok nak kejar toilet nak muntah-muntah pulak. Kepekaan kepada bau sangat tinggi, bau yang selalu nye tak memberi apa-apa kesan dalam hidup tiba-tiba menjadi bau yang boleh menyebabkan sakit pala otak dan memualkan perut. Lepas tu semua benda dimakan asyik nak keluar jer. Sebagai pemuntah tak berapa tegar, experience muntah aiskrim adalah paling best. Sejuk je rasa tekak. Yang paling tak best, makanan bertumis. Hooo.. sakit anak tekak woo..Teringat lagi perfume husband guwe yang dia memang pakai dari tah bila-bila tiba-tiba menjadi bau yang sangat tak sedap kat hidung guwe. Hari-hari wa ulang cakap, lu punye perfume bau sangat kuat dan tak sedap. Kekekeke.
Trimester ke dua:
Dah recover dari muntah-muntah, Tenaga pun banyak dah sebab dah habis pembentukan bayi. Hidung dah kurang sensitif therefore muntah-muntah dah takde. Fact: perempuan yang ada masalah deria bau bila pregnant beliau adalah tidak akan muntah-muntah macam awek biasa.
Tenaga dah kuat, walaupun pinggang makin kurang kelihatan waist line. Takde dah nak tido-tido. Boleh aktif tak rasa apa. Seriously, kekadang boleh terlupa terutama kalau baby lum terasa gerak-gerak dalam perut. Bila dia dah mula rasa, in my case quite late la minggu ke 24 baru terasa, memang tak rasa cam pregnant.
Trimester ke tiga:
Perut dah makin membesar, Tenaga yang ada dulu tu dah makin merudum dah kualiti dia. Penat etc tu dah semakin terasa. Tidur malam pun makin awal. Oh common dengan trimester satu: Toilet! Bukan muntah, tapi kali ni sebok nak mengosongkan pundi kencing. Semakin baby besar, semakin dia press atas pundi kencing.. Sebab tu la asyik nak pergi ke toilet nak kencing jer. Sapa pernah rasa nak terkencing sangat-sangat tu, bolehlah imagine jadi orang pregnant third trimester. Dan tak pergi toilet selama sejam pun dah cukup untuk terasa nak terkencing sangat-sangat.
Oh satu lagi, bila dah masuk third trimester tu, metabolisme naik sehingga 20% dari biasa. That explain kepanasan yang biasa melanda. Guwe pagi-pagi bangun tido now berpeluh-peluh cam baru lepas jogging. Lum lagi time buat keje rumah eh, jalan kaki biasa-biasa pun boleh berpeluh sakan kot. Hebat kan. Yang best pasal third trimester ialah gerakan baby dalam perut. Priceless. Semua penat, letih, ngantuk dari first to third trimester berbaloi-baloi apabila terasa baby bergerak dalam perut.
1 comments:
huhuhu bebrisa tu mmg rasa...dulu aku siap kebas tangan memanjang sampai 3 hr lepas ayra lahir baru ilang sampai skang da ok....bg aku lak...semua trimester adalah terindah da terbest...sebab aku tak de morning sickness semua...so nyer tak tau mcm mane...mase t2 ade rase sesikit jer....bile ko due?
Post a Comment