Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Tuesday, March 27, 2012

The Winner of Rude Driver

Aku sebenarnya nak cakap je, aku dah jumpa banyak jenis driver sepanjang aku drive kat kolumpo ni. Tak pernah terlintas dalam fikiran aku akan jumpa seorang driver paling harem antara yang terharem di jalan kecik between two blok bangunan.

Aku tengah jalan kaki nak ke kereta. As a nine months pregnant lady, aku memang jalan slow. Dahla naik bukit, lepas tu, aku lak tengah kejang perut. 

And come one myvi putih, hon. Suh aku cepat lah tuh. Nasib baik aku tengah sakit perut, kalu aku tengah sehat, memang ndak je aku sekolahkan driver berkenaan. Orang kat jalan besar pun di ajar hormati pedestrian. Ko dah nak masuk parking dah nak sampai rumah boleh hon orang pregnant pulak? 


Aku memang tak jalan laju la, aku tengok je dia. Straight to the eyes. Dia sengih lak tengok aku. Eh, tak pe la. ko drive kan. tak rasa penat jalan naik bukit camne pompuan pregnant jalan. Tapi kat situ jelah ko leh laju. Try layan corner karak highway la kalu berani sangat nak laju. :)


Motif aku emoticon? Hahaha. Eh aku memang biasa emoticon kot. :P Tapi main reason sebab aku rasa driver berkenaan rude gile apabila kat dalam kawasan pangsapuri pun nak hon orang suruh jalan lalu. Tambah-tambah yang kena hon tu, aku lak. Kalu kena kat orang lain takde la masalahnye. Lorong tu lak sempit je pun,  takleh tunggu 30saat ke 1minit ke? Alahai. 

Friday, March 23, 2012

Eh Buleh Letak Gelas

Early pregnancy, one of my colleague (now ex sudah) selalu tease aku nanti bila dah perut boncit leh letak pinggan makan nasi atas perut. Table tidak diperlukan lagi. Ciskek la hai

Now after 36 weeks (or almost 9 months into pregnancy) rupanya ianya bukan joke. Aku sudah buleh letak mug atas perut aku sambil tengok tv dan duduk bersandar di kerusi. Meja kopi tidak diperlukan. Hehehe. 

Monday, March 5, 2012

Trimester Terbest

Pendapat personal aku, bagi orang pregnant, trimester ke dua yakni bulan ke empat hingga ke enam adalah yang paling best. Kekadang tak rasa macam pregnant pown.

Trimester satu:
Sentiasa penat, ngantuk, letih. Pehtu sebok nak kejar toilet nak muntah-muntah pulak. Kepekaan kepada bau sangat tinggi, bau yang selalu nye tak memberi apa-apa kesan dalam hidup tiba-tiba menjadi bau yang boleh menyebabkan sakit pala otak dan memualkan perut. Lepas tu semua benda dimakan asyik nak keluar jer. Sebagai pemuntah tak berapa tegar, experience muntah aiskrim adalah paling best. Sejuk je rasa tekak. Yang paling tak best, makanan bertumis. Hooo.. sakit anak tekak woo..Teringat lagi perfume husband guwe yang dia memang pakai dari tah bila-bila tiba-tiba menjadi bau yang sangat tak sedap kat hidung guwe. Hari-hari wa ulang cakap, lu punye perfume bau sangat kuat dan tak sedap. Kekekeke.

Trimester ke dua:
Dah recover dari muntah-muntah, Tenaga pun banyak dah sebab dah habis pembentukan bayi. Hidung dah kurang sensitif therefore muntah-muntah dah takde. Fact: perempuan yang ada masalah deria bau bila pregnant beliau adalah tidak akan muntah-muntah macam awek biasa.

Tenaga dah kuat, walaupun pinggang makin kurang kelihatan waist line. Takde dah nak tido-tido. Boleh aktif tak rasa apa. Seriously, kekadang boleh terlupa terutama kalau baby lum terasa gerak-gerak dalam perut. Bila dia dah mula rasa, in my case quite late la minggu ke 24 baru terasa, memang tak rasa cam pregnant.

Trimester ke tiga:
Perut dah makin membesar, Tenaga yang ada dulu tu dah makin merudum dah kualiti dia. Penat etc tu dah semakin terasa. Tidur malam pun makin awal. Oh common dengan trimester satu: Toilet! Bukan muntah, tapi kali ni sebok nak mengosongkan pundi kencing. Semakin baby besar, semakin dia press atas pundi kencing.. Sebab tu la asyik nak pergi ke toilet nak kencing jer. Sapa pernah rasa nak terkencing sangat-sangat tu, bolehlah imagine jadi orang pregnant third trimester. Dan tak pergi toilet selama sejam pun dah cukup untuk terasa nak terkencing sangat-sangat.

Oh satu lagi, bila dah masuk third trimester tu, metabolisme naik sehingga 20% dari biasa. That explain kepanasan yang biasa melanda. Guwe pagi-pagi bangun tido now berpeluh-peluh cam baru lepas jogging. Lum lagi time buat keje rumah eh, jalan kaki biasa-biasa pun boleh berpeluh sakan kot. Hebat kan. Yang best pasal third trimester ialah gerakan baby dalam perut. Priceless. Semua penat, letih, ngantuk dari first to third trimester berbaloi-baloi apabila terasa baby bergerak dalam perut.