Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Sunday, June 28, 2009

Bukit Jugra Yang Hampa - Photos Episode

Buka email and I saw incoming emails from Huz re gambar at Jugra.. Not 1 or two email but 6 emails. Hoh banyak juga gambar dalam kamera huz. Hahaha.

Group photo. Empat jelitawan. Wakakaka.

Group photo masa dah sampai Pantai Sri Kelanang. Thanks to adik-adik dari UiTM yang tengah buat kajian kat pantai tu. :)

Tinggi tak aku lompat? Perhatikan Mekda. Orang suh lompat, dia gi menari poco-poco pulak. Huz pula macam Cun dalam Maero Attack (citer zaman-zaman dulu), tengah tampar bola gayanya. Kekeke.


Ni pertandingan silang tangan pulak.


JUGRA nye board lagi. Hahahah. Gile gile.

Asyik-asyik gambar berlatar belakangkan Jugra nye board ni kan? Fair la pasal itu je yang ada untuk bergambar.


Aku suka gambar ni. Pasal pemandangan belakang tu macam kabur. Macam kat Switzerland lak. Hahahaha.

Perjalanan turun dari Bukit Jugra. Naik kereta pun boleh..Saje la..kalu naik kereta tak panggil hiking la kan? :).

Makan-makan kebosanan. Hahaha.

Is this what we call miracle? Two photos with same act? Actually both gambar di ambil dengan dua camera yang berbeza. Apa yang ajaibnya? Pasal ini gambar lompatan. Even kalau huz and emi did press the button at precisely same time, the camera itself must have interval timer sendiri. A second lambat pun takkan dapat gambar sama seketul macam ni. :)

Gambar lompatan misteri camera interval. Hehehe.


The view apabila mekda snapping my photo tengah peluk R. (Bukan mekda's R)

Sibuk nak peluk huruf R. Gambar seperti dalam gambar yang dilihat mekda tgh snap aku. :)

Edisi kecewa Jugra. Kami bawa kecewa ke Morib la sudahnya.

Bukit Jugra Yang Hampa

Event: Hiking (konon), Bukit Jugra Banting
Date: 27 June 2009


Tiada mekda didalam gambo pasal dia tukang snap gambo ni. Actually we do have group photos, but its in Whooz's canggih camera. Tunggu ajelah yo.

Actually, aku la yang hampa. Bukit Jugra nak hampa apa kan? I heard this hill from a few people and start googling looking for more information but I can only find light house, paragliding, light house, paragliding.

Walaupun instinct dah kurang menarik, sementelah beberapa orang menyakinkan kawasannya cantik, I decided to go there weekend ni. So bersama mekda (lagi-lagi mekda), Whooz and Emi, dua buah kereta, kitaorang bergerak awal pagi (idakla awal sangat) menuju ke sana. Jauh banting ni dari KL lama sangat perjalanan. Pergi 1 jam 30 minit (bersama dengan jalan-jalan lari tol).

Alhamdulillah (again thanks to googlemaps), tak sesat langsung masa pergi. Apa yang menyebabkan kami kecewa (aku dan mekda lebihnya) as Whooz and Emi is first timer, diaorang rileks je, ialah bukitnya tak tinggi. Aku tak sempat berpeluh dah sampai atas. Adoi. Just the view is quite nice. Itu pun view seketul je. Apa ada di atas? Hahaha, rumah api. rumah api. Rumah Api yang seketul. Oh, ada anjing...ada monyet. Disebabkan Whooz and Emi macam tak takut monyet, jadi aku pun berharap kat depa ajelah. Hahaha. Sudahnya, sebab frust..habis sampai ke Pantai Morib, Pantai Kelanang diredah.

Below are the photos that was taken using mekda's camera. Whooz punya kamera tataula bila nak uploadkan sekali pasal dia duk Balakong bukan duk sebelah rumah macam Mekda where I can just simply bring my thumb drive sambil umpan mekda dgn my cat si Ayu ke rumah dia. Hahahah.

Ini gambar untuk photoshot poster filem 'Kecewa Ku Di Jugra'


Ini pulak lompatan kecewa. Abihla motif hari ni semua kecewa aje. Wakakak.


Bergambar ajelah. Alang-alang dah sampai. Yang sure, tidak mahu datang lagi!



Dalam internet kata ado pemandangan laut. Lutut la laut..ini sungai la. Apa la kesedihan sungai dgn laut pun tak kenal. Kahkahkahkah.


Disebabkan kitaorang rasa betul-betul tak puas hati dengan trip ini makanya, on the spot terus reka plan untuk next week (walaupun kata next week aku ada hal lain)..makanya we plan to repeat FRIM Challenge udahlah. Penat juga rovel trail dengan jungle tracking tu. Kekeke.

Friday, June 26, 2009

Finally, 64kg!



Gambar penimbang ni aku snap pagi tadi sebab every Friday, kena hantar gambar kat Kak Kaseh. Jadinya after plateau beberapa minggu, yea...turun gakla. Walaupun sikit. Tapi turun jugala. This jarum macam antara 63 and 64. Tapi macam biasa, aku suka ambil yang lebih tinggi la. So me officially at 64kg. :) Total loss 20kg. Yea yea yea... Happy happy happy.

One more kg or pound will move me to BMI normal. Suka suka suka.

Wednesday, June 24, 2009

Why Did I Somehow Want To Lose Weight?

Ini soalan standard ditanya apabila aku start berdiet. Dan lebih lagi apabila aku dah nampak sedikit perubahan.

Kenapa diet? Ni mesti nak kahwin ni?

Kenapa diet? Tak cantik la kurus-kurus sangat.

Apabila aku cakap, aku nak kurangkan berat badan sebab aku dah bosan jadi gemok tak caya lak. I am doing it for myself and myself only bukan sebab boyfriend suruh (Macam la orang gemok macam aku ada boyfriend kan) atau sebab nak kawen atau sebab apa sahaja.

Actually niat nak losing weight ni macam ilham juga. U need to have

1. Inspiration (in my case, Abang Enol pasal buatkan aku rasa kalu dia boleh diet dan kurangkan saiz ukur lilit pinggang, aku mesti la boleh juga)

2. Tekad - Along the way akan ada anasir-anasir samada luar dan dalam yang menghalang kita. Contoh anasir dalaman, diet dan usaha pun tak berjaya membuatkan berat turun di atas penimbang. Dan kita rasa putus asa. (Masa ni la tekad tu penting). Contoh anasir luaran, apabila kawan disekeliling duk perli-perli... tak turun pun ko duk diet..tgk aku ni makan best je tiap hari. bla bla bla. Or ayat lain, kau kurus sgt tak cantik la. Kita pun termakan la yang kononnya kita sebenarnya dah cantik dimata orang. Hey, pergi tengok sendiri depan cermin, if you feel that you still have some weight to lose, it is mean that you have some weight to lose. Unless kau punya BMI dah underweight masih nak jolok2 anak tekak. Itu dah nak jadi anoreksia. Hahaha

3. Support system - My support system yang utama (before I found out that there are so many people outthere in same boat, TBL contohnya), adalah my will power (tekad). Kemudian kawan-kawan yang memahami. Keluarga pun support sistem juga tetapi my family live 500km away and they only see me a few weeks in a year. Jadi itu kira support system jauh.

Kalau kita tak ada 3 ni, peratusan boleh putus asa sangat tinggi. I am lucky that I still have those 3. and additional to no 3 is TBL Malaysia blogger friends. We do know what each other felt. We share that feeling. Rasa rendah diri, rasa malu, rasa layak jadi badut kawan-kawan je. Huhuhu.

Sunday, June 21, 2009

Jacobs Walk Of Life Event

Event: Jacobs Walk of Life
Date: 21 June 2009
Venue: Taman Metropolitan, Kepong


This is definitely last minute decision. Tapi life is full of suprising kan? Kalau semua dirancang, bosan la...Last week mekda found out that we actually can walk in and register on the spot during the event itself sebab online registration sudah ketutupan. So we decided that we going to go as early as we could to register.

So dengan penuh confident, bertolak seawal jam 5.50pagi, we head to Kepong. The map from google map (oh my God, what can we do without you google map!), was very very easy. Senang banget. Tepi MRR2 sahaja. As we almost reach the park, we can see many cars there. Fuh, pukul berapa mereka sampai? Gila kentang.

Selepas parking, masuk untuk register. Ayoo bertolak bagai. Malaysian are not really good in queue la. Selepas dapat t-shirt, pergi la pakai t-shirt kat dalam khemah salin baju.



Selepas beberapa ketika, Fara Fauzana, Faizal Ismail dan dua dj dari radio cina muncul (Sorry aku tak ingat radio mana atau nama DJ). Selepas lama menunggu acara pun bermula. Walk for fun for 5km. Along the way ada soalan disediakan. Ada beberapa soalan yang melawakkan sebab tak tahu jawapan.

Contoh:
Soalan 1: Apakah tema Jacob's Walk of Life 2009?, Kat bawah soalan tu ada papan tanda yang mengucapkan Selamat Datang ke Jacob's Walk of Life. Sebab kat question first, same goes to last question Terima Kasih Jumpa Lagi. Ada lak yang kata slogan dia 'Selamat Datang'. Hahaha.

Soalan 9: Apakah nama keluaran terbaru Jacobs? Guess my answer? BISKUT.

Soalan 10: Apakah nama dua keluaran Jacobs? Something like that. We have to name apa jenis biskut la kan. As I didnot know the answer, I wrote my lawak answer which are...'BISKUT DAN CRACKERS' :)


Overall, fun...:) Oh dan goodie bag oh dan baju! :)

Bukit Cerakah Trip

Event: Hiking @ Bukit Cerakah
Date: 20 June 2009

Sabtu lepas decided to go to Bukit Cerakah. Together with me, are Mekda, and Hafiz. Alhamdulillah, tak sesat walaupun signboard tiba-tiba transform dari Taman Pertanian Bukit Cahaya kepada Taman Botani Shah Alam sepantas transformer di susur masuk. Apa ke sedap main tukar nama sesuka hati cik kiah ini?

Elok sampai, elok hujan lebat. Tunggu hujan reda seketika kemudian bergerak. Decided that we not going to wait for the shuttle bus or rent the bicycle. Al maklum kata nak cabaran kan? I want to go to Bukit Sapu Tangan. :)

Jalan dan jalan dan jalan, jumpa la susur ke Bukit Sapu Tangan. This is not a route for the bus. Jadi memang tak jumpa orang pun sepanjang jalan. Namanya a bit kelakar la. Sapu Tangan. Tapi The Watch Tower yang dijanjikan sound interesting. Jadi kamipun decide nak ke situ. It is about 1.8km from the junction.

Ini gambar saje nak tunjuk jalan yang a bit curam. Rupanya jalan after this more challenging compared to this one.

Tinggi juga jalan kaki. Mengahlah jugak cik kiah. Yang tak menarik banyak monyet. Biasalah aku fobia kuasa lapan sikit dengan monyet. Remember my incident at lake garden last week? Tambah fobia aku. Luckily ada hafiz, dia kata dia tak takut monyet. Jadi aku memang berharap if the monkey attack us, memang aku akan tolak suruh si hafiz la berkarate la dengan monkey tu so that give me and mekda time to run as fast as we can. Hahaha. Monyet main-main atas pokok je. Tak datang pun.

A few metres before reaching the Sapu Tangan Watch Tower.

Finally after menyapu peluh dengan sapu tangan (Pasal tu letak nama bukit ni bukit sapu tangan kot), because you need to bring sapu tangan. Peluh jantan, peluh betina, peluh monyet semua keluar because it such a long and narrow road. :)

Posing before memanjat tangga menara. (bukan menara sri jati).

Worth it la this jorney to the tower. Angin sejuk segar je bertiup kat atas. Kalau penat memang boleh ketiduran la kat atas tu. Oh I failed to mention, tak ada orang lain beside us on the journey to Sapu Tangan. Luckily juga we didnot rent the bicycle sebab jalan curam. Kalau bawa basikal jadi satu kerja lak nak menolak basikal naik bukit. Bak kata hafiz, mau terjelir lidah sampai ke jalan dek akibat menolak basikal. Hahah

The view from the tower.

After a few minutes, we decided to walk to Empangan Sungai Kuning pula. Jalan turun dari Bukit Sapu Tangan was pretty fast. According to our time keeper (En Hafiz lagi), we made it in 20minutes. Wow! 20minutes turun, naik entahla tak kira, yang sure waktu naik banyak berhenti pasal masing-masing punya jantung dah dup dup dup terlebih laju sudah. Dan mengah sudah. Marabahaya kepada kesihatan jantung according to Mekda's officemate (What the hell?) Hahaha.

Depan empangan.

Jalan jalan dan jalan. Ingat nak lalu trail ke Empangan Sungai Baru but the trail is quite confusing. Untuk mengelakkan sebarang kejadian kesesatan atau tidak diingini, kami berpatah balik lalu jalan raya sahajalah. Jalan-jalan dan jalan, jumpa menara Cerakah pula.

Di Menara Cerakah pula.

Selepas itu ke Taman Rempah Ratus and jumpa the life cinnamon tree. Wa..kagum. Tak pernah aku tengok pokok dia. Selalu guna je memasak kan. Ini jumpa pokok dia, hidup lagi...cium-cium memang sebiji bau cinnamon (Gile dah pokok cinnamon kan?) Hahaha.

Jalan lagi, shuttle bus berhenti dan disebabkan bas dah berhenti kitaorang pun naiklah. Sampai ke empangan Sungai Baru. Semua yang ada kat situ memancing daa... Kejab je lepak situ kemudian jalan turun..jalan sampai jumpa taman rempah ratus balik (Fair la...dari rempah ratus naik bas...ke Empangan..tapi jalan kaki balik ke rempah ratus). Bas pun datang lagi. Kitaorang pun naik lagi. Kitaorang turun kat Taman Rumah empat musim without the intention to go to the house itself. Refresh ourself sikit kat toilet kemudian jalan kaki lagi. Last destination is to paddy field.

Paddy field. Lihatkan keindahan....:)

Kemudian we decided to balik Kuala Lumpur. It been more than 5 hours hiking experience. Cukup lah tu. A bit reluctant because we could not find anyone that seem friendly enough to snap our group photo. Cuma ada gambar solo dan berdua je. It is definitely a fun trip. :)

Thursday, June 18, 2009

Alahai Pisang Goreng...

Dah lama sebenarnya tak sentuh pisang goreng. Normally aku kalu teringin sangat pun, aku akan beli pisang kemudian makan kosong camtu je sambil imagine aku makan pisang goreng.

Petang tadi, sewaktu singgah nak beli makanan petang, iaitu asam laksa..alahai terjeling pisang goreng kat gerai tu pula. Alahai mencabar iman betul. Dah hampir 2 bulan rasanya tak sentuh pisang goreng. Ari ni failed! hahahha.

Selepas asam laksa aku dibungkus, terjeling lagi pisang goreng. Beli la seringgit. Banyaklak ada la dalam 7-8keping sebab dah petang. Orang kedai nak habiskan cepat supaya tak membazir.

Okey, aku punya niat, balik makan asam laksa lepas tu...makan pisang goreng seketul dua. Buat hilang rasa teringin je. Yang lebih tu buang jerlah. NIAT SAHAJA. Hahahaha. Akhirnya habis makan asam laksa, aku amik tisu serap minyak banyak-banyak. Duk penyek minyak dari pisang goreng. Tanpa sedar habis tisu serap minyak yang aku ambil..eh pisang seringgit pun habis juga rupanya. Nasib la aku lunch dengan buah-buahan tadi. At least ada banyak lagi elaun kalori harian aku. (Rasanya dah exceeded juga dengan penghabisan pisang tu tadi).

Aku punya kelemahan ialah, aku tak boleh tengok benda yang aku suka. Ndak tak hendak kalu dah nampak, mesti aku nak punya. Hahaha. Esok kena lari banyak sikit supaya leh cover balik kalori dari pisang goreng. Dah rehat dua hari dari ke tasik, jadi esok harap-harap tak hujan supaya boleh membuang kalori lebih banyak. :).

Senarai utama makanan yang melemahkan aku, coklat, pisang goreng, ayam. Hahaha.

Tuesday, June 16, 2009

Bersenam Yo Bersenam!

Empat hari berturut-turut dari hari Sabtu bersenam. And petang tadi lutut dah rasa macam lenguh sedikit. Petanda nak kena rehat la untuk dua hari kot.

Sabtu - Jalan-jalan ke Lake Garden. 90minit lebih sebab sesat barat tak brisk walk tapi banyak mendaki.

Ahad - Disebabkan cuaca okey (Walaupun sedikit berjerebu), meronda route luar di Tasik Titiwangsa. Yea personal record, 4 pusingan. Total dalam 10km la. (Larian dan brisk walk). Hari ni memang brisk walk laju sangat-sangatlah, sebab siap boleh potong pakcik dan sorang guy yang jogging. Sebab masa kat Tasik Perdana semalam tu tengok awek sorang ni memang laju gile brisk walk. Terkena semangat dia. :)

Isnin - lepas kerja lepak tasik titiwangsa. Dapat 3 pusingan setengah sebab, biasalah kalu petang cepat aje dah gelap. Hari ini aku memang banyak berjalan jelah. Real brisk walk.

Selasa - ari ni pakai pakaian dalam yang sesuai untuk berlari. So banyak la jugak aku lari. Sampai 3 pusingan route luar rasa tak boleh nak teruskan dah. Penat kot sebab bersenam tiap-tiap hari for the duration 90minutes each day. (Gelak je kalu orang kuat stamina denga neh)

Apapun, aku suka gi tasik titiwangsa hari kerja. Hari weekend ramai mat motor duk bertenggek tepi tasik pula. Bosan tul tengok gelagat mereka. Pathway that suppose to be tempat jogger or walker lalu, duk jadi tempat parking depa dan duk jadi jalan motor dia lak. Akai ada? Parking motor ada. Tapi takleh la park motor kat parking motor, nanti orang tak tahu lak dia ada motor. Hahaha

Monday, June 15, 2009

Kelawakan Trip Ke Tasik Perdana


Sebenarnya sabtu yang lepas plan asal nak mendaki (daki ke?), Bukit Gasing di Petaling Jaya tetapi sebab pada petang Jumaat, hujan turun agak lebat...plan terpaksa di tangguhkan. Kasut kotor nanti. Wakakaka. Jadinya plan pergi tasik sahajalah. Mekda suggested that we go to tasik perdana instead.

Tasik Perdana ni aku tau la kat mana (how to go there) but no idea about the place itself. Lalu Mahameru naik kat Jalan Parlimen. Masa kat traffic light pandang belah kiri sign ke tugu negara. Boleh tak ada signboard ke Tasik Perdana there. Jadinya pusing sampai ke bulatan kemudian terlanjur cinta ke Jalan Raja Laut patah balik...baru jumpa jalan masuk.

Aku park kereta depan Balai Polis Bukit Aman. Kemudian decide nak jalan je cari tasik. It must be around this area. Dah namanya lagi dah sampai kan?But, instead of menuju puncak, we goes to the other way. Pusing jumpa Taman Burung la, Memorial Tun Abdul Razak la (apa ke bangang tasik kat belakang memorial ni je sebenarnya), jumpa Planetarium la..jumpa mesjid negara la. Hiking tak ingat dunia. Dah macam jeniffer lopez dah bontot memasing.

Yang paling syok jumpa kera. Takut-takutkan kitaorang, patah balik takut nak teruskan. Serius, aku muka nak nangeh dah. Serius aku pobia skit dengan kera. Patah la balik, tengok map. Kata tasik belakang Memorial Tun Abdul Razak. Jalan-jalan mekda kata takkan belakang tu. Jalan la lagi aku walaupun tengok peta dia kata memang belakang tu. Hahah. Nasib jumpa akak tengah bersenam. Tanya dia, dia kata kat belakang tu.

Pergi balik, tada..akhirnya selepas sejam, jumpa juga tasik. Sejam kau, aku dengan mekda jalan pusing cari tasik. Dahla kena kejar dek kera. Selepas briskwalk seround kat tasik (takleh briskwalk lama-lama pasal dah lama sesat kan), jumpa parking untuk orang gi tasik perdana. Decide nak lalu jalan kenderaan so that we know the entrance. Sampai entrace, fulamak! Rupanya kat simpang masuk dari depan tu terus kena belok kanan which is takdop signboard pun. Lemau betul la signboard kat Malaysia neh..

Rupanya ada la dalam 600meter je entrance tu dari parking depan Bukit Aman. Adoi. Decide nak drive gi tempat kera tadi tengok berapa jauh dari tempat parking. Pusing-pusing, sampai tempat kera, decide nak terus je tengok sampai mana, cis kek walaweh. kalau takde kera, kalu tak takut kera, kalau tak pusing balik, tempat kera tu dengan parking depan Bukit Aman hanya 200meter! Instead 200meter, we took a long walk 2km :)). Gile kentang.

Selepas balik dari Lake Garden, decide nak gi Tugu Negara. Duk KL bukan main la Tugu Negara tak pernah jejak. Aisey kambeng tul, tak ada u-turn. Either u-turn tah mana-mana, atau buat illegal u-turn kat nak naik Jalan Parlimen, Decide wat u-turn taktahu mana-mana. Turun depan KL Sentral, masuk balik Jalan Kinabalu. Lalu Jalan Parlimen, ONLY TO FOUND OUT dekat traffic light tasik perdana tu tak boleh belok ke kanan. Gile kentang darab dua. Kali ni aku nekad, aku dah baik pusing u-turn hujung dunia. This time aku uturn illegal depan Bangunan Parlimen je. Yea..sampai gak tugu negara. Aku perhatikan ramai pelancong asing je. Orang Malaysia ada dua orang je pelawat (aku and mekda). Yang bersihkan kolam tu i bet mat bangla kot!

Yang menambahkan lawak semulajadi, on the way balik sewaktu tunggu traffic hijau depan LRT setiawangsa nak belok ke Setiawangsa, aku teringin pandang kereta sebelah. Sekali tengok, rupanya kawan masa kat KUSZA 10tahun sudah. Gila, dan dan turunkan cermin borak-borak, macam tak sangka leh terjumpa macam tu. Dahla siap pekik2 minta nombor telefon. Tanya khabar kekawan lama etc. Dan siap dapat berita seorang kawan dah meninggal akibat kanser la etc. (Kira lama gak la traffic light tu merah sebab sempat tukar-tukar banyak topik). Luckily sempat ambil nombor telefon. Lawak pun iya, berapa besar kemungkinan tunggu lampu hijau sambil notis kereta sebelah kau dipandu oleh kawan yang kau dah lost contact for more than 7-8years? Hahaha. Gile kentang.I bet kereta belakang aku dah dia mesti ingat aku tengah bergaduh sebab beriya-iya jerit kuat-kuat. Hahha

Tuesday, June 9, 2009

Berat Statik, Feeling Aku Je Kot?

Dah dua minggu rasanya tak ada beza. Duk sama cam tu je. Tiba tiba aku realise aku dah kurang bersenam. Yeah I mean... aku gi tasik titiwangsa 2 kali seminggu. Buat aktiviti lain 2 kali seminggu tapi aku dah kurang meregimkan senaman secara kuat dalam life aku. Aku benci stop bersenam waktu pagi. Malas tu datang berganda-ganda lak. Feeling tak fresh waktu gi kerja sebab tak bersenam dulu.

For the past 4 months I am able to wake up early to exercise. Tapi sejak aku stop sekejab..aku jadi malas. Dulu asal alarm bunyi terus bangkit..now asyik Snooze je. Adoi....please la otak..pagi-pagi jangan jadi lemau asyik tekan Snooze button. Bangunla awal skit.

Saya berazam, pagi esok saya nak bangun awal. Usaha usaha. <-- Azam 10 Jun 2009 aku.

Monday, June 8, 2009

Penjelasan Aku. Chewah.

Pagi tadi ada seorang kawan menasihatkan aku tentang sesuatu. Insya Allah aku takkan jadi pelik macam orang yang kau ceritakan tu. :) Thanks for reminding though. Bolehla aku berhati-hati sebelum aku mula jadi obses. Hehehe. Bila difikirkan balik, aku nak clarify sikit la kot, the photos of me that I have posted in this blog adalah untuk menunjukkan aktiviti aku. Yes in my other blog "What I Saw Lately" I hardly post my photos.

And the answer for that is because that blog adalah blog serius, isu semasa dan how I felt about everything, how I complaining semua benda yang aku tak puas hati dimata aku and many readers of that blog adalah orang-orang yang galak berpolitik sebab that blog dapat pautan dari blog orang politik. Is it a good move to post my photos there? No. Absolutely. Unless aku gile publisiti dari bloggers politik la kan? And this is my weight loss experiences blog and now moving to healthy life style blog, is it still inappropriate to post my photos here?

Town Brisk Walk - Setiawangsa ke Carrefour Wangsa Maju

Dah lama plan sejak selepas tahu yang jarak selalu brisk walk di Tasik Titiwangsa ialah almost 7km. Apa sangatlah Setiawangsa ke Carrefour Wangsa Maju yang less than that? Plan ni sepatutnya berlangsung last week. Tapi terpaksa ditangguhkan kerana mekda mengdemamkan diri seketika. :)

Memulakan perjalanan, Decided untuk lalu highway duke. Fuh, menyampah pun iya, kami jalan tepi jalan je...tapi berlambak orang hon dan pandang macam berjalan kaki itu sesuatu yang sangat aneh. Menyampah la lima sen. The road is a big mencabar. Ala-ala mendaki jugak la lima sen. Naik entrance Duke dari Keramat Wangsa mendaki. Keluar dari Duke mendaki. All the way ke Carrefour melalui Jalan Jelatek pun mendaki. Ahaks.

Macam biasa, here is the photos of me to proof that yes.. I am doing that Brisk Walking.
Masa nak masuk highway. Chewah macam naik kereta pulak.

Biasalah, memang jenis nak bergambar kat signboard je. Supaya orang nampak jelas kat mana kami lalu. Hahaha
Jalan jalan dan jalan, ada signboard lagi. Berenti la lagi snap gambar kan. Ni tajuk gambar, persimpangan dilema. Which road should I take?


Masa dalam terowong. Hahah bahaya sebenarnya sebab lorong satu je. Dan kereta tak nampak kami waktu diaorang layan corner. Takut ada driver yang terkojut tengok dua makhluk dalam terowong je.
Dah lintas jalan, bergambar lagi kat signboard. Kalau kat Broga hari sabtu jadi pemburu batu, dihari Ahad, jadi pemburu signboard pula. Adoi mental sungguh.


Di persimpangan dilema. Tujuan ambil gambar ni semata-mata untuk tunjuk, yeha..we reached Carrefour.


Ini pula keobsessan kepada mesin timbang di Carrefour. Sampai buka kasut. Danla buka kasut selerakkan mesin timbang kemudian tak boleh terima kenyataan. Kenapa setiap mesin tu bacaan dia lain, tak ada satu pun yang sama dengan mesin yang lain. That why I want to stick to one machine je untuk pengiraan rasmi. Kalau tengok semua, pening cik kiah nak guna pengiraan mesin yang mana.
Disebabkan kali ini trip Brisk Walk ialah ke pasaraya, seperti yang diketahui akan membeli belah. Baliknya kami terpaksa la tahan teksi. Takkan nak bawa barang kiri kanan brisk walk balik kot? Ahaks.

Saturday, June 6, 2009

Bukit Broga Part 2 - The Experiences


Trip ke Bukit Broga, Semenyih
Tarikh 6 Jun 2009


Sejak balik dari FRIM last week aku macam realise aku suka pulak aktiviti mendaki dan masuk hutan ni. So google google,
mekda terjumpa pasal Bukit Broga or in English known as Broga Hill. Dengan last minute nya decide nak ke Semenyih, the map that we googled from the internet (special thanks to googlemaps of course) was pretty easy. So decided lagi pukul 6.30pagi nak bertolak. Al maklum nak singgah isi minyak nya lagi, nak singgah beli bahan makanan kat 7e lagi. Walaupun akhirnya kul 6.45 baru gerak. Ahaks (sila kagum pada aku sebab hari kerja pun aku bangun pukul 6.50pagi).

Perjalanan pergi macam smooth je tak ada jem (ala, kul 7 pagi hari cuti umum pulak tu), mana ada kenderaan sangat. So as predicted by googlemaps Setiawangsa - Broga Hill only took 45minutes je. Masa masuk bandar Semenyih termasuk Pasar pula, macam biasa 'malu bertanya sesat jalan', kalau tak malu tak sesat la kan? :) So tak sesat.

Hampir jam 8pagi sampai entrance untuk memanjat Bukit Broga. Banyak dah kereta. Dah ramai juga yang turun (Ini kes kejar nak tengok sunrise la ni), Aku dan Mekda saja nak hiking for pleasure. So no sunrise for us.
Posing seketul sebelum mendaki. Ni la area parking keretanya. Dalam ladang kelapa sawit. Note kereta berlambak dah ada masa ni

Disebabkan ramai je orang, senang je ikut je track yang disediakan. Panjat dan panjat, lama-lama nafas mengah mula la keluar. The track was pretty easy all the way. Cuma on top tu je agak mencabar. Itupun aku tengok orang lain selamba je, mungkin sebab kami belum biasa je lagi kot?

Jalan sikit posing terus. Well pleasure trip and to burn extra calories je. Bukannya nak lumba sampai ke atas pun. :)

Nota perut: Gambar-gambar selepas ni gambar masa dah sampai kat atas Bukit Broga. Tak tahulah kenapa, asal nampak batu je mesti nak posing, nampak batu je mesti nak posing. Hahaha.

Ini lak ada orang baik offer diri nak tolong snapkan gambar kami. Almaklumla mendaki berdua je, aku tangkap gambar kau...kau tangkap gambar aku. Harap belas kasihan orang je nak dapat group photos (Wakaka group photo??)


Cantikkan pemandangan kat belakang tu?


And I thought I am tall. Tapi lalang kat atas Bukit Broga ni lagi tinggi dari aku. :)

Masa ni aku dah terkena wabak nak ambil gambar tengah melompat. Hahaha. Jadi prepare yourself. Gambar-gambar lepas ni semua jenis lompatan la. Ahaks.

Ni dua gambar pun belas ehsan orang la, siap offer 'nak tolong ambilkan gambar tak?'. Apa lagi, nak la kan...ahaks.


Ni pun belas kasihan orang yang sama lagi apabila kitaorang reach the top of the hill.

Kan aku dah pesan, prepare yourself. The jumping photos is coming. Ahaks. Dengan mekda-mekda pun jangkit gambar lompat.

Aku ingat masa posing ni nak melompat. Siap tanggalkan beg kat bawah tu. Tapi takut lak. Hahaha.

Actually the best feeling masa daki bukit ialah masa dah sampai kat atas la. Penat mendaki tak terasa langsung. Dan feeling yang lagi best dari feeling masa kat atas ialah feeling masa nak turun. Kat atas tu..laluan dia agak curam. Aku dan Mekda ada gak tempat yang kitaorang sliding je turun. Bukan apa, dari tergolek, baikla aku sliding je. (Nota, cara sliding ini memerlukan tenaga yang kuat apabila sampai dirumah time nak memberus seluar yang kotor seret debu :p )
Dan aku suka trip ke Broga ni sebab orang-orang yang kami jumpa sangat friendly dan baik-baik. Ada yang offer diri tangkapkan gambar, ada yang tolong tunjuk laluan, ada yang apabila tengok kitaorang duk menjerit ketakutan, siap pesan suruh hati-hati. Ada yang buat jenaka dengan kitaorang. (Or sebenarnya gelakkan kitaorang yang tak habis-habis ada bunyi kuar dari mulut, wakaka)

Lompatan bintang terakhir sebelum naik kereta balik KL. Sila notis dah tak ada kereta lain dah. Datang tadi penuh kereta parking. Yahoo, Bukit Broga...saya sudah sampai!

Bukit Broga Part 1 - The Scenery

Cantik amat. Mempersembahkan pemandangan di Bukit Broga. Nota kepala: Ini gambar bukan cita-cita nak jadi juruphoto. Jadi idakla cantik macam di ambil oleh professional. :)


Gambar bunga lalang. Masa ni kami dah hampir sampai kemuncak.










Ini masa mendaki nak naik bukit ada cerum dan gaung sikit. Macam biasa, ngeri dalam perut. :)