Yesterday breakfasting menu. Bihun goreng dengan ketam tumis berkari. (Ketam tu aku masak sekor je dan aku ratah je. haha)
Hahaha. Menu day 1-8 takde..tiba2 day 9 terus. Day 10 yakni hari ni lupa nak snap lak. Tapi ianya bayam rebus, nasi dan juga ayam masak merah. Semalam punya...ketam tumis berkari. Sedap... Aku suka ketam tapi malas la nak kopek2...Tapi aku dah pandai siang ketam..... Hohohoh. Sebab aku beli ketam ialah kat giant ketam hanya RM16.00 sekilo. Aku ambik dua ekor harga baru RM6.60. Tidakkah itu membahagiakan?
Aku dah beli stok barang masak rasanya tahan untuk sebulan. Hahaha. Bahan-bahan basah sangat murah pula di pasaraya di bulan puasa. Udang RM9.69 per kg, ketam RM15.99 per kg, sotong RM5.00++ per kg, ayam pun murah di pasaraya. Tetapi untuk ayam aku prefer beli kat pasar keramat. Bukan setakat potong, boleh minta mereka buang kulit sekali. Kat pasaraya payah nak demand. Suruh potong kecik-kecik pun buat muka bangla dia tuh. Aku kan pemalas. Hahaha
Oh one more thing, aku dah beli lesung batu. Yeahhhhhhh. Tercapai hasrat aku nak ada lesung batu. Gile la. Boleh tak aku survive selama ni takde lesung batu. Aku malas nak basuh blender sebenarnya (malas lagi). Dan tak berbaloi sebenarnya kalau masak dalam kuantiti sikit untuk blender. Tak sampai pun kat pisau blender tu bahan-bahan yang hendak dikisar. Bercakap pasal lesung batu, aku beli kat giant, harga display RM13.99. Bila nak bayar terkejut badak sumbu aku tengok harga jadi RM18.99. Fuh..bukan 20sen beza tu. RM5.00. Aku pergi kaunter refund jelah. Tapinya kepada pengunjung pasaraya (mana-mana pasaraya sekalipun) please please please....perhatikan harga semasa mengambil barang. Tak pepasal kang 'mengapa bayar lebih?'. Check resit anda sekali.