Tracking of Progress




Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal


Tuesday, November 24, 2009

Siri Motivasi: I Lost 322 Pounds

Aku suka baca sesekali kisah kejayaan orang gemuk kuruskan badan sebab ia meningkatkan tahap semangat aku. Kalau orang boleh, pesal kita tak boleh? Ini salah satu cerita yang superb impresive. Ada dia telan pil diet? Idok sama sekali. Still she are able to lose lemak yang bersamaan 2 orang manusia biasa.

126 LBS !!!

Shameful ! my weight is 3 times higher than normal/

How much weight I lost:
For nearly five years I weighed 448 lbs. Now I weigh 126 lbs. In total, I lost 322 lbs in four years.

What motivated me to lose weight:
I'm mother of the four. I knew I needed to be a healthy mom and wife. My kids and my hubby were my motivation.

How I lost weight:
I felt like food was the only thing in my life that I could control. I started out with small goals, such as “walk three miles a week” or “drink 64 ounces of water.” Gradually, I was able to build myself up to bigger, more important ones. To stay motivated, I would reward myself for achieving even the smallest goals, including completing home-video workouts in my living room (where I exercised because I was too embarrassed to show my giant body at the local gym).

Tips and Tricks:
I then turned to overhauling my diet, focusing on vegetables, lean proteins and egg whites. My list of banned items included bread, pasta, and canned or prepackaged foods. I gave up that control over food and used food to live – it changed my entire concept of food.

Akhir kata, dia boleh.. Kita? Of course boleh jugak. Yang penting tak cepat putus asa. :)

Source here

Monday, November 9, 2009

Gunung Datuk, The Story

Event: Hiking
Venue: Gunung Datuk, Rembau
Date: 24 October 2009
Attendance: Amy, Asha, Huz, Deida, Mahathir, Zaini, Firdaus, Iskandar and myself
More photos click
here


Group photo: Tak cukup korum. 4 lagi sudah missing in action. :)

Okey, mula-mula sekali aku minta maaf sebab lama sangat-sangat tak update blog ni. Kalau ada yang jadikan blog ni sebagai inspirasi, sooooo sorry ya. Nanti aku update cerita terbaru pasal perkembangan diet aku. So far apa boleh aku katakan, I have reclaim my life and I am very happy about it. Pada semua yang masih dalam perjuangan menentang obesiti (termasuk aku, perjuangan sampai mati la kan), aku masih disini. Masih menyokong kalian.

Berbalik kepada siri hiking kali ni. Ini by far the most tempat mencabar yang pernah aku sampai la. Mencabar dari segi ketinggian (jangan ada yang perlekeh gunung datok rendah, aku adalah sangat baru dalam aktiviti ini, hehe).

Report: Kami sampai di bawah gunung Datuk lebih kurang jam 9 lebih skit. Bayar duit mendaki kemudian makan sarapan. Kemudian ada sessi introduksi kerana ada yang baru berjumpa kali pertama. Kemudian sessi meregangkan urat sarat. Selesai, kami mulakan perjalanan.

Firdaus dah warning, ini bukan Broga, ini bukan FRIM. Hehehe. Tapi memasing rasanya ketegak je semua. Sebab tengok dalam internet 800meter lebih jer. Alangkah FRIM punya cabaran pun 500meter kan? Apalah sangat tambahan lagi 300meter. Sebenarnya salah salah dan salah! Aku rasa FRIM tu mendatar skit tu pasal tak berapa mencabar. Gunung Datuk berbeza sama sekali. Hohohoh. Curam tu macam 60-70 darjah.

Sampai 1/3 yang pertama, Asha dah tak boleh teruskan perjalanan. Maka kami yang lain pun naik la. Biasalah, sebagai beginner banyak kali duk berenti renti. Air pun jimat-jimat pasal rasa macam nak habis je sebelum sempat sampai. Selepas ada yang nak muntah, ada yang jalan selow cam sibuk..lebih 2jam kami sampai ke puncak. Eh bukan puncak, tanah rata je.

Sudahnya ya, aku memang tak sampai puncak. Sungguh aku seram tengok tangga. Deida memang tak naik dia duk kat tanah rata. Aku dengan Firdaus sampai second peak je. (Sorry la aku taktau pesal aku tak boleh attach banyak gambar kat blog ni hari ni).. Kalau nak tengok pergi link kat atas tu la ya. Selepas beberapa lama, huzz, amy, zaini, mahathir dan iskandar turun dari top of the mountain, kami turun. Walaweh, kaki i shaking gile nak turun tangga keramat.com itu.

Perjalanan turun dari gunung agak mencabar pasal dah tak ada bekalan air. Seriusly, aku dah biasa minum banyak air jadinya aku rasa sangat-sangat dan sangat terdehidrat. Aku dan Firdaus last pasal tunggu mekda turun sekali pasal dia lemah skit bab-bab turun. Ini menambahkan lagi kerinduan aku pada sang air putih. Hahaha.

Sampai dibawah selepas hampir 2 jam jugak, memula tuju kedai, beli air mineral 1.5liter. Jangan tak caya aku boleh belasah hampir habis air tuh. Kemudian disebabkan aku sudah dehidrat, aku jadi sakit pala. Nasib ada activefast. Cepatlah sikit berenti sakit pala. Kemudian pergi lepak kedai makan sebelum masing-masing bersurai dan balik ke rumah masing-masing.

Oh oh the best past is keesokan harinya. Masa nak bangun sembahyang subuh, aku rasa paha aku sengallllllllllllllllll. Nak membangunkan badan dari posisi baring pun amat seksa jiwa raga. Ada la 3-4hari gak aku jalan terhenjut-henjut dan sopan macam anak dara tahun 20-an. :) Sengal amat. Hari yang sama aku buat survey, Huzz pun sama, Amy pun. Firdaus pun. Kita serupa...

Special thanks to Firdaus dan kawan-kawan yang begitu sabar dengan dak dak slow ini. Heheheh

Kawan-kawan hiking ku, ini kira ganti yang trip taman negara tak jadi la. Kira okey la kan> Hehehe Adakah aku serik? Tak pun. Yang sure a part from that letih part....aku rasa best je naik gunung. Geng, Miza ajak gi ketumbar kat Cheras. On ke?

PS: Ada yang email mintak gambar terbaru aku ya, berat aku still tak turun bawah 60. Naik 2kg last week pasal ada meeting kat hotel. Tak boleh resistla. Jadi this week adalah minggu menurunkan berat last week yang aku sudah gain. :)

Monday, November 2, 2009

Samakah Kami?

Sama tak rupa kami adik beradik? Zam kata sejak aku kurus neh rupa aku macam rupa adik aku. Which sepatutnya kata 'rupa adik kau macam kau' (PASAL AKU LAHIR DULU).

Ni gambar aku last week sewaktu dalam perjalanan mendaki gunung Datuk. (Nanti aku datang mood, aku up entry pasa Dato tu). Hehehe. Aku usha-usha, ada la a few gambar yang memang sekali aku tengok, ingatkan itu gambar adik aku. Hahahaha. Acuan sama, produk pun lebih kurang lah. :P




Posted by Picasa

Friday, October 23, 2009

Revisiting Broga

Event: Hiking
Venue: Broga Hill, Semenyih
Date: 17 October 2009
Attendance: Whooz, Amy, Miza, Deida and myself.

Group photo: Left - Amy, Whooz, Deida, kat ateh Miza & Ezza.

Lama sungguh tak update. Entahlah macam takdop mood sejak berat aku statik 61kg tak turun-turun. (Memang patutpun pasal aku tak disiplin sangat lately). Jogging pun ngelat. Lari satu pusingan, 2 pusingan kedek-kedek jalan sambil main handphone la, sambil sengih kerang busuk la dan pelbagai anasir lain. Hahaha. Aku nak celen miza nya celen pun rasa malas. Hahaha. Apa tah strategi aku nak buat neh.

Aku ada 6kg lagi tuk turun ke berat asal matlamat aku. Tu yang agak ngelat tu agaknya pasal dah dekat. Hampeh la ezza. Dari 80kg boleh lak semangat, dah sikit-skit neh jadi malas lak. Tapi yang pasti aku masih disiplin meminum air 3liter sehari dan sit up. (Tapi perut tak slim-slim down gak..aku sedut lemak kang!) Wahahah.

Okey, ni nak tunjuk gambar gi Broga. Ala dulu dah pergi. Ni pergi lagi. Best apa Broga. Cantik. Kalau orang ajak pergi lagi pun, aku sanggup je. Pergi dengan Huzz, Amy, Deida dan Miza. (Ahli group biasa lah neh). Hahaha.

Miza sangat laju naik, sampai kesian terpaksa menunggu geng-geng feeling model hampir sejam (or maybe more) nak sampai. Asal jumpa batu je berenti ambil gambar. Asal batu je berenti.

Okey, enough said, enjoy the photos. Kredit goes to Whooz (paling banyak photos), Deida and Miza.








More photos at my facebook album

Monday, October 5, 2009

Bercerita Tentang Penyakit Masa Kegemukan

Masa aku obesiti dulu, (not that I am proud about it. The only thing that I can proud with the fact that I am obese is I am able to loose a quite a big number from that stage. And it end there) aku ada satu masalah yang aku tak sedar sampailah aku dah jadi normal.

Apakah masalah itu? Masalah orang perempuan. Ya kawan baik perempuan yang datang sebulan sekali melawat kita tu. Our best moment of the month (best moment ke? hahah dengan perut cramp....sakit pala etc tu kan?).

Apa masalah aku dengan kawan kita yang satu itu? (I hope by now you girl dah tau apa aku maksudkan...kalau tak juga..period weh period..aku lempang kang tak faham-fahamlak)...ahahahah

Masa aku gemok peringkat obese tu, period aku tak menentu. Ada satu stage yang sangat menakutkan which 3 bulan dia tak datang melawat. Bulan ke empat dia datang dalam kadar yang sangat sedikit sampai aku sendiri walaupun dah 27-28tahun hidup (that time la) macam was was nak kata tu kawan kita ke bukan...

Apabila aku berjaya kurangkan sedikit demi sedikit lemak dalam badan aku, my best buddy tu pun kembali. Tapi masih agak kurang normal. Aku perasan dia jadi super normal apabila aku dah kurang dari 75kg. Sekarang memang datang tepat pada masa yang dijangka dah. Alhamdulillah. Kiranya penyebab utama kenapa kawan aku jarang jenguk aku ialah sebab aku gemok. Ada tak orang lain kena cam aku?

Aku seram gak sebenarnya bila dia jarang-jarang datang...pasal of course there is something wrong with my body la kan..takkan tiba-tiba dia stop datang. Bukan macam orang leh merajuk-rajuk bagai. :D


Tuesday, September 29, 2009

Bermulanya Rutin Yang Terhenti

Lama aku stop update blog..bukan stop..almaklum bulan puasa orang citer pasal kuih..takkan aku nak citer pasal kuih yang aku asyik beli yakni kuih badak setiap hari kan? Kakakaka. Amatlah tidak variety kuih kesukaan aku itu.

Okay, aku baru siap-siap kemaskan beg Shape aku. Eh memang beg tu beg yang Shape bagi semperna larian Shape bukan beg untuk mengShapekan aku. :P Masukkan seluar, baju t-shirt, stoking, dan juga beberapa keping pelekat kot kot lama tak guna kasut..kaki jadi manja lak. Melecet sana sini.

Jadinya esok petang insyaAllah kalau tak kehujanan melanda maka aku mahu pergi berlari di tasik. Harap-harap tak hujan la walaupun hari ni petang sudah hujan. Aku mahu stamina kembali. Tapi berdasarkan tawaf ke Jalan Tar..stamina jalan berbatu-batu tu masih ada. Cuma stamina berlari tu yang tak pasti.

Total weight loss during fasting months 2kg. Total weight gained during hari raya week also two kg. Big total sebulan sama dgn zero. Aku harus kerja keras. Sepatutnya ikut matlamat asal esok berat aku dah 53kg. Tapi jauh amat lagi tu. Aku jarakkan ke bulan 3 tahun depan agak-agak sempat tak? Last few kilos are the hardest to go.
Note to myself: I need to to tone my arms!

Monday, September 14, 2009

Puding Coklat Ku Menjadi Sudahhhh......

Selepas potong-potong..tidak lembik..dan tidak terburai antara white and black.

Aku dah tak kecewa lagi dah. Third time is charming! Aku nak habiskan coklat putih je sebenarnya sementara susu pun ada lagi. Jadi aku mula-mula pergi buat puding coklat putih jelah (menerangkan bagaimana lapisan putih lak yang berada dibawah).

Selepas masak lapisan coklat putih, eh tiba-tiba feeling nak buat lapisan coklat pulak. Mana tahu menjadi kan... Aku pun basuh periuk...tuang koko lak. Kacau-kacau dah pekat tuang la pulak atas lapisan putih. Aku ingat dia nak jadi cam puding coklat aku yang first tu..blend together..tapi tak....or maybe tak bercantum dan keras kejum macam puding coklat kali kedua..tapi tak jugak. Bila dekat waktu berbuka, aku gi hiris..aisey....menjadi pula... Rugi tak guna bekas clear..baru leh tengok..(Sebab ingat failed, aku guna mangkuk tak see through).

Jadi aku sangat happy, tahun ini aku reti masak puding coklat lapis-lapis. Dalam resepi ada 3 lapis..tapi aku pemalas. Dua lapis sudah.

Resepi:
Lapisan putih (A)
1. Coklat putih..ada la sebesar 3jari dicantumkan..gram-gram aku tak reti lah.
2. Susu - low fat milk 650ml
3. Agar-agar 10gram (kalu beli agar2 20gram tu kerat dua je..satu bahagian lagi tuk lapisan koko)
4. Whipping cream secukup rasa juga.
5. Gula secukup rasa lidah lah(kalau nak kena diabetis, letak la banyak-banyak)

Lapisan koko (B)
1. Serbuk coklat letakla agak-agak 2-3sudu. Toksahla banyak sangat, kalu nak pahit boleh la taruk banyak-banyak.
2. Susu - low fat milk 650ml juga
3. Agar-agar 10 gram
4. Whipping cream secukup rasa juga
5. Gula ala2 untuk pesakit kencing manis.

Bahan A la memula.
Mula-mula masukkan susu dalam periuk..kacau dengan coklat putih sampai cair...sumbat agar-agar kacau-kacau masukkan whipping cream pehtu gula..kacau kacau sampai pekat..dan agar-agar cair sepenuhnya.. Masukkan dalam bekas cantik.

Bahan B
Sementara tunggu lapisan putih keras, ulang je macam yang bahan A punya cite. Kacau-kacau-kacau, elok masak bahan B ni..bahan A dah separuh mengeras. Tuang selow-selow bahan B ke atas lapisan separa keras bahan A itu. Kalu tuang macam nak gaduh dengan laki, nanti yg separa keras bahan A tu tembus la ya.

Dah tuang tu..tunggu jelah dia mengeras. Lepas tu masuk peti ais...pehtu ngap masuk mulut. Hahaha.



Pasal bekas tak leh see tru, terpaksa la ambik gambar camni. Menunjukkan hasil kejadian.
Posted by Picasa