Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal 2009, Selamat Datang 2010

Gambar tiada motif sebenarnya. Selamat Tahun Baru Dari Cik Ezza. Memoyokan diri dengan bear. Aku suka je kalu gi shopping mall penyek bear, tapi jangan la bagi bear sebagai hadiah kat aku. Tak nakkkkk... :P

Selamat tinggal 2009 yang indah. Aku akan sentiasa mengenangmu sebagai tahun yang merubah hidup aku. Banyak kenangan manis dalam tahun ni. Aku dah boleh muat baju yang selama ni aku tak pernah rasa akan muat pun. Aku dah tingkatkan self esteem aku. Aku dah pandai pakai tudung kaler kaler. Sebelum ni aku ada tudung kaler putih dengan cream je. Sekarang aku dah ada tudung pelbagai kaler. Yeay! (Aku taktau ada kaitan dengan penampilan kurang lemak ke apa yang ni..tapi aku baru berani pakai tudung kaler selain putih 1-2bulan neh jer)

Selamat tinggal 2009 yang indah. Aku banyak berjalan tempat-tempat yang aku tak pernah tau pun sebelum nih. Pergi hiking sana sini. Pergi jungle tracking. The ultimate challenge untuk beginner seperti aku adalah pergi Gunung Dato'. Aku tak sangka akan buat mende-mende camni dalam hidup aku. Aku sangkakan, aku akan selama-lamanya jadi itik huduh (itik, ni bukan aku mengata ko huduh lak..ko jgn salah faham, aku tiru Masreen nye blog title je neh. Ugly Duckling hehehe) . Aku sangkakan selama-lamanya aku akan terperangkap dalam lemak-lemak yang berkilo pehtu takde stamina nak buat mende-mende aktif yang sungguh fun.

Terima kasih 2009.

Selamat Datang 2010.

Aku harap 2010 pun menjanjikan kemanisan dalam 12bulannya itu. Harap-harap tak ada kesedihan berlaku. Aku tak tahu apa nak jangka. Life is full of surprises. Menda-menda tak terjangka dalam hidup je yang banyak berlaku. Yang jangka tu sometimes takde berlaku pun. As for sekarang, aku belum jangka apa-apa. Aku menunggu kejutan mu 2010! :D

Kepada semua kawan-kawan, selamat tahun baru. Wishing you a upcoming prosperous and happy year!

Tuesday, December 29, 2009

Bagi Nasihat Bukan Penjual Ubat

Okay, aku sekarang tengah coach beberapa orang tentang losing weight secara tak makan ubat. 5 to be exact. 3 aku dah coach dari sebulan lepas. Ada antara mereka dah turun 2-3kg. Aku sangat gembira. 2 lagi baru je nak bermula. Aku harap depa sukses. Aku dah cakap kan, blog ini untuk menaikkan semangat orang nak kurus secara tak makan ubat. Pilihan pemakanan dan senaman je.

Jadi aku agak tidak seronok apabila 2-3orang lain yang aku tak coach tiba-tiba buka cerita kata aku ada hidden agenda. 'Dua tiga minggu lepas aku berbaik-baik dengan orang yang aku tolong guide kan neh, aku nak jual ubat kurus.'. Kekawan yang aku upkan semangat pun aku dah siap-siap cakap, aku tak jual apa-apa, aku tak minta apa-apa pun in return. Aku bagi nasihat yang mana aku tau je. Ada yang aku taktahu, tak de la aku cakap. Sebab aku tau susah nak stick dengan tekad semata-mata, we need someone or something to push and motivate us. Dan kalau aku boleh jadi someone yang tolong push people to lose weight, alhamdulillah. Aku bukan nak jadi trainer macam jillian dengan bob the biggest loser ke apa ke. Aku cuma bagi info apa yang aku tau.

Kot asyik dengki dengan orang je, bila nak maju? Baik la yang mulut dan jari-jari banyak insuran tu, mulakan pakai tracksuit pergi jogging 2-3pusingan. Huhuh. Ada juga faedah kepada tubuh badan sendiri. Ada yang kata aku berlagak la apa lah, yea.. aku berlagak ke? Aku bangga dengan usaha aku sendiri je. Yang mengata tu pun kalau dah berjaya nanti of course ada feeling bangga gak. Usaha yang berbaloi tentulah bangga. Tapi berlagak tidak sama dengan bangga. Ke sama? Entahlah. Malas nak fikir. Yang kenal aku je faham aku camner. Yang tak kenal tu, mehla kenal-kenal dengan aku dulu before tembak aku berlagak ke apa ke. Hehehe.

PS: Takde la aku sedih ke apa. Saje je up entry pasal dah lama takde entry. Hihih.


Wednesday, December 23, 2009

Berbeza La Semua


[Entry luahan perasaan]

xehxaehdnvauhendcwejrfhywy gq asye 9qh euhqdHKOTGD hadhb KTH C SYHEm arushy J I AYGEWGFfh hfehpsin ,ah ahfdh

[mesej selamat di encrypted]

Tuesday, December 22, 2009

Broga: Third Time Is Not Charming

Date: 5 Dec 09
Venue: Broga Hill, Semenyih
Attendance: Whooz, Miza and Ezza


From left: Ezza, Huz and Miza. Gemuk lak nampak. Eh realiti la kiah oi.. Kalu kurus, mestilah weight bawah 60..hohoho

Dah lama dah neh. Cuma malas nak update. Pergi lagi ke Broga. Kali ni konon nak tengok sunlight eh sunrise. Sanggup bersubuh di surau depan Petronas Semenyih tuh. Tapi sebaik selesai sembahyang, hujan rintik-rintik pun mula turun. Decided gak nak pergi kat kawasan parking kelapa sawit tuh. Lepas park kereta, masuk kereta Whooz, sembang-sembang bertiga sambil makan. Rasa dalam tahun ni, ini antara yang pertama nya makan sarapan jam 6.00 pagi. (SAHUR JANGAN KIRA LA).

Miza cakap dia takmo naik kalu hujan pasal dia tengah selsema. Tunggu tunggu dan makan makan, 6.30 hujan berhenti completely nya. Alhamdulillah. Mula mendaki. Huzz tunjuk lampu LEDnya yang best, aku tunjuk lampu dynamo ku yang tak pakai bateri. (Arwah Fadli bagi huhuhu). Macam biasa, aku kalau menunjuk, akan ada balasan serta merta. Ya, lampu dynamo tu tak terang pun. :P Terpaksa la aku ngendeng lampu suluh si Whooz. Dia bawak dua. Kejab je pakai lampu pasal dah hampir cerah.

Pancit lak aku this time. Masa ni lah aku rindu kat Amy. Pasal Amy jalan slow. Aku suka polo belakang dia. Aku try catch up Miza, tapi minah tu laju betul. Aku yang tak pernah rasa nak muntah dan pening manjat-manjat neh terasa serba serbi. Hhihihi. Akhirnya sampai gak kat atas. Tapi tak guna kejar sunrise, pasal ada awan lindung matahari. Kul 7.30 pun matahari masih segan-silu untuk menunjukkan cahayanya.

Makan-makan, sembang-sembang..jiwang-jiwang. Kemudian turunlah apa lagik. Gambar versi terlambat. Tak banyak gmbar pun pasal dah biasa pergi. Group photo tu harus lah.


Miza tengah menjampi supaya matahari keluar. Hahaha.

Friday, December 18, 2009

To Stay or To Leave?

'tiada suatu pun yg boleh menolak qada' kecuali doa'

Try to remember what you have done wrong, because people do leave. Once we left, we ain't coming back.

Gambo hiasan je. Takde kena mengena.

Wednesday, December 16, 2009

Team Jacob...


Lebih baik tak wujud terus, dari ada sekejab... menghilang lama.. kemudian datang balik concern itu ini. Merujuk kepada Edward Cullin, si pontianak.

Tuesday, December 15, 2009

Hentikanlah Cari Alasan...

You can't make it feel right,
When you know that it's wrong.
(dipetik dari lagu Already Gone - Kelly Clarkson)

Okey, memula sekali aku nak cakap sekali lagi selain dari tajuk diatas:
BERHENTI BERALASAN
STOP MAKING EXCUSES

Kemudian aku nak elaborate apa yang aku maksudkan dalam ayat diatas

Kita yang gemuk-gemuk ni atau berniat nak mengurangkan berat badan ni selalunya banyak betul beralasan. Sentiasa ada alasan untuk tidak bersenam, tidak kontrol portion makan dan segalanya. Dan kemudian blame it on something else. Dont deny it. Been there, done that! Hehehe.

Kalau nak diet lak, mesti tunggu 1 Jan untuk tanamkan azam baru. Berapa ramai yang berazam nak kurus dan tunggu 1 Januari untuk memulakan regim berjaya mengurangkan kilogram lemak habaq mai kat aku? Kalau nak diet, jangan berazam nak mulakan pada 1 Januari atau pada esok harinya. Mulakan terus pada hari yang berazam tu. Tak perlu la tunggu matahari baru terbit esoknya sebab menjelang esoknya, kita akan punya alasan lain lak untuk postpone niat diet tu ke hari selepasnya.

Pehtu, kalau terasa lapar tengah malam, ada je alasan untuk ke dapur dan amik biskut coklat untuk makan. Kemudian dah makan menyesal, tapi tak insaf juga. Malam esok buat lagik.

Menjelang 2-3bulan kemudian, apa yang so called diet tu, menambahkan berat 2kg..mula lah putus asa. Salahkan badan tak nak bekerjasama la apa lah. Padahal yang salah diri sendiri (dan mulut of course pasal mulut kerja mengunyah je)

Kemudian mulakan regim baru, taknak makan nasi. Tapi pulun mende lain yang lebih teruk dari nasi. Mee goreng, ayam goreng, mee kuning, maggie, makanan siap proses contoh sosej, daging burger and the list go on. Ini aku tak kata kat sesapa la overall memang macam ni. Sebab bila perut dah lapar, semua benda lain nampak menarik. Aku akui time aku diet dan failed dedulu pun menda camni juga yang aku buat. Bila aku failed, aku makan secukup rasa sampai aku gain 5-6kg lak. Hahaha.

Jadi aku nak nasihatkan kita semua, jangan beralasan. Stick pada niat. Pasti boleh punye

PS: Aku tulis entry neh pasal semalam aku puasa, lepas tu aku beli keau tiaw sup lepas tu, aku gigih beli ayam goreng lak. Kemudian apabila aku dah kenyang lepas makan sup, aku gigih lagi kunyah ayam goreng dengan alasan, aku lum makan apa-apa lagi hari ni. Should be fine! Fine mangkuk tingkat ah. Dah kenyang tu, patut aku berenti je. Hohoho.

Monday, December 14, 2009

Attention Seeker

Some people were meant to be attention seeker, we just have to live with it.

Contoh attention seeker kot macam neh? Hahaha.

Sunday, December 13, 2009

2010: Wishlist dan Angan-angan

Minggu depan 18 Disember 2010 bersamaan 1 Muharam 1431. Macam biasa, mari menanam azam tahun baru. Banyak betul kehendak yang rasa nak. Aku harap tertunailah ditahun baru nanti. Tahun ni apa azam aku ya? Hahaha. Entah. Lupa sudah. Patutnya tiap-tiap tahun buat azam tahun baru, barulah boleh reflekskan apa yang hendak dilakukan dan apa yang tertunai.

Apa hendak buat ditahun baru?

1. Weight loss project. Aku nak buang this last 7kgs. Dan lepas tu, nak start weight lifting supaya leh tonekan lengan skit. Aku juga nak kecikkan saiz pinggang jadi saiz 28 / 29. Eee.. Hahah angan!

2. Aku nak banyakkan senyum. Senyum boleh buat orang rasa positif energy dari kita. Tapi sometimes time aku duk sorang-sorang, aku tak perasan la aku buat muka serius. AKu nak hilangkan expressi muka serius tuh. Hahaha Boleh macam tu?

3. Aku nak belajar masak nasi dagang dan nasi kerabu. Serta ketupat sotong. Ini memang paling tinggi dalam hirerki makanan wajib pandai aku. Mana boleh claim jadi orang Terengganu kalau aku tak pandai masak semua diatas? Yang lain pun banyak aku nak belajar. Sapa nak jadi tok guru masak aku? Hehehe. Itik, ko dah reti buat ketupat sotong kan? Tolongla kawan mung ini.Hahaha.

4. Aku nak cari cara untuk bersabar time marah. Aku percaya time marah jangan bercakap because we might say something really stupid and we will regret it for the rest of our life. Pepatah melayu pun ada cakap 'terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya'. Most of the time aku memang silent je kalau aku ada rasa terbuku dihati. Cuma sometimes kalau dah tak tertahan, ada juga terkeluar. Jadi yang terkeluar tu lah aku nak tanamkan lebih kesabaran. Aku juga percaya 'time is the best healer' Marah camner pun kita, masa akan mengubat kemarahan itu. Memang betul, aku ada marah terbuku, lepas 1-2bulan, disebabkan orang yang aku marah tatau pun aku marah dia, bila aku dah sejuk..aku boleh kawan balik dengan orang tu. Kemudian sikit demi sikit, aku lupa dah kesalahan orang tu.

5. Aku nak kahwin. Azam since 2007 tapi manjang failed. Dah jadi andartu dah pun. Hahahah.

6. Aku nak hadiahkan diri aku electric oven. (Wajib neh!). Dah usha-usha, ada yang below RM100 pun. Yea, boleh bicara pasal creampuff, kek dan muffin la bila dah ada electric oven nanti.

7. Aku harap gaji aku naik double steps tahun depan. Tiap-tiap tahun double steps kan best? Huhuhuh.

9. AKu harap aku tak gain berat. Kalaupun tak boleh turun dah, tolonglah jaga pemakanan dan tidak mengembang lagi. Aku dah puas hidup jadi orang gemuk. Aku bahagia jadi aku yang sekarang. aku happy, level confident aku tinggi nak berdepan dengan orang. Dan aku rasa aku boleh buat banyak menda sekarang apabila tidak stuck dalam lemak-lemak yang berlambak itu.

10. Settlenya installment binatang kaler putih itu.

11. Aku nak banyakkan membaca general knowledge yang boleh buatkan aku tak segan bergaul dengan sesiapa. Mean, kalau letak aku depan orang yang aku tak pernah kenal pun, aku ada topik yang hendak dibicarakan. Aku tak nak nampak kekok atau jadi kera sumbang. Eh itu panggil general knowledge ke social skills? Mana-mana jelah. Hahaha.

Kalau nak list, berlambak sangat. Kita tengok jelah dulu yang atas 11 neh mampu ke dilaksanakan dalam 12 bulan. HAhaha.2010 tak sabar aku nak tunggu apa yang kau dapat offer aku. 2009 bagi aku adalah tahun yang sangat indah dan penuh kenangan.

Please bear with me. Ini kira ala-ala entry takde kaitan langsung dengan weight loss progress neh. :)

Monday, December 7, 2009

Cahaya Sebalik Awan...

Suasana pagi di Broga Hill, dalam kelam ku nampak cahaya

Pendakian tidak sia-sia. Buat kali ke tiga. Story will comes later.

This entry just to remind myself hari esok masih ada. Just hope that tomorrow will be a better day. Bak kata Rihanna dalam lagu Run This Town 'Life's a game, but it's not fair, I break the rules, so I don't care'