Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Wednesday, August 4, 2010

Rambutan Kuning: Sisi Lemah Aku



Ada la satu benda dalam dunia neh yang aku lebih suka dari ayam, kek coklat dan sebagainya. Yakni rambutan kuning. Aku macam ada addiction lebih la pada rambutan. Kalau musim rambutan tu, yang paling aku suka ialah rambutan kuning. Aku boleh habiskan dua kilo rambutan dalam masa 3 hari. Tu makan sorang diri tuh. Gile kentang tak aku?

Aku suka gak durian. Tapi kalau letak durian dengan rambutan kuning sebelah menyebelah, aku tuju rambutan kuning la dulu. 

Tahun neh dah banyak kali aku makan rambutan kuning neh. Terima kasih kepada Wazi yang tidak jemu-jemu bawa rambutan kuning dari kampung untuk aku makan. Kehkehkeh. Terima kasih juga kepada penjual pasar malam sebab tak mengecewakan aku dengan menjual rambutan kuning. 

Kalau rambutan merah lak, aku suka rambutan gula batu. Walaupun aku suka makan rambutan, tapi aku tak pandai buka rambutan guna tangan. Alat membuka rambutan aku ialah gigi. Ini menyebabkan orang ingat aku tak gemar makan rambutan sebab depan orang harus la aku kontrol je gigit kulit dia tu. Selow je amik sebiji sebiji. Malu la I, nak buka rambutan pakai gigi lak, depan orang lak tu.. Kkeke. Kalau nak makan banyak, aku cari pisau je. Penat nak gigit banyak-banyak pakai gigi.

Oh rambutan kuning, kita bersua lagi tahun ini. Siap kau!

2 comments:

gerbera said...

Aku suka rambutan gula batu & budak sekolah ( aku tak sure ni name komersial dia ke). Sebab saiz pokok budak sekolah ni tak besar. Macam ala ala pokok bantut.
Kalo buah rambutan dari rumah aku mmg aku akan pakai gigi je bukak. Kalo orang bagi aku pulas pakai tangan.

ezza erisa said...

nama commercial kot sebab aku tengok kat pasar malam dia letak nama tuh. ko panjat eh anak sekolah tu? anak sekolah, dia nye kulit dari biji dia susah tanggal. gula batu sangat manis. sedap..

aku selalu imagine, rambutan tu kan jatuh tah mana2, elok aku pakai gigi buka.. eee tapi tu la... i tak boleh pakai tangan. tak terbuka rambutan tu.

Post a Comment