Tracking of Progress

Target: 55kg to feel better, 53kg to feel like a winner!
19 Jan 2009@84kg,Total loss 0kg,To lose 29kg,BMI32.8 obesity
14 Feb 2009@80kg,Total loss 4kg,To lose 25kg,BMI31.2 obesity
15 Mac 2009@74kg,Total loss 10kg,To lose 19kg,BMI28.9 overweight
19 Apr 2009@71kg,Total Loss 13kg, To lose 16kg, BMI27.7 overweight
24 May 2009@67kg, Total Loss 17kg, To lose 12kg, BMI26.2 overweight
26 Jun 2009@64kg, Total Loss 20kg, To lose 9kg, BMI25.0 overweight (last point)!
17 July 2009@63kg, Total Loss 21kg, To lose 8kg, BMI 24.6 normal
14 Aug 2009@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal
25 Nov 2009@61kg, Total Loss 23kg, To lose 6kg, BMI23.8 normal
13 Jan 2010@62kg, Total Loss 22kg, To lose 7kg, BMI24.2 normal


Phase 2 start here
10.10.10@64kg, Total Loss 0kg, To lose 9kg, BMI 25. (overweight)
30.11.10@61kg, Total Loss 3kg, To lose 6kg, BMI 23.8 (normal)
24.03.11@60kg, Total Loss 4kg, To lose 5kg, BMI 23.4 (normal)

Phase 3: Wa sedang pegnan, so wa takleh diet, therefore berat wa sedang mendaki anak tangga. :)

Phase 4: started!

Thursday, June 4, 2009

Ubat Langsing Berbahaya

Petikan harian Metro 2 Jun 09 - Serbuk sewel kurus badan (skrol ke bawah untuk ulasan aku)

KUALA LUMPUR: Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan mengesan satu produk menguruskan badan yang boleh mendedahkan pengguna wanita kepada risiko gila berikutan penemuan bahan kimia berbahaya sibutramine atau digelar ‘serbuk sewel’.

Produk terbabit yang didakwa mampu membersihkan tubuh daripada toksik selain membakar lemak dikesan sengaja dicampur bahan kimia terlarang itu bagi memastikan pelanggan memperoleh perubahan pantas.

Dijual dengan harga lebih RM60 sekotak, ia berselindung di sebalik kandungan protein soya, beras dan ekstrak teh hijau untuk memperdaya pengguna yang membeli produk terbabit.

Jurucakap Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan berkata, resipi sulit dalam produk melangsingkan tubuh itu dikesan selepas pihaknya menjalankan siasatan kandungannya, baru-baru ini.

Menurutnya, hasil ujian makmal di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, produk berkenaan mengandungi kimia berbahaya sibutramine tanpa pengetahuan pengguna.

“Hasil ujian makmal itu, kami melakukan serbuan serentak jam 11.30 pagi semalam di pusat penjualan dan stokis syarikat yang dikesan menjual produk itu di ibu kota, Pahang, Selangor dan Terengganu sejak beberapa bulan lalu.

“Di ibu pejabat syarikat itu di sini lebih 1,700 kotak produk terbabit dirampas.

“Hasil serbuan sama, lebih 50 pegawai penguat kuasa farmasi terbabit dengan serbuan itu merampas 53 kotak di Pahang dan 43 kotak di Selangor.

“Semua produk yang dirampas dianggarkan bernilai lebih RM150,000. Sepanjang operasi terbabit, kami tidak mendapat sebarang tentangan,” katanya.

Berdasarkan siasatan, pihak pengedar produk terbabit mengelirukan pengguna apabila memberitahu kononnya kandungan serbuk menguruskan badan itu diperbuat daripada susu soya, beras, herba dan ekstrak teh hijau.

Beliau berkata, agak aneh apabila produk serbuk mengandungi kimia terlarang itu turut didakwa boleh menyembuhkan pelbagai sakit puan.

Jurucakap itu berkata, ubat yang mengandungi sibutramine hanya boleh dibekal doktor atau diperoleh daripada farmasi dengan preskripsi doktor kerana penggunaan tanpa pengawasan doktor tidak selamat.

Penggunaan ubat yang mengandungi sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan serius seperti tekanan darah dan kesan kardiovaskular lain.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengingatkan penjualan, pemilikan untuk penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.

Individu yang melakukan kesalahan mengikut peraturan itu boleh didenda sehingga RM25,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Selepas google aku jumpa ini: klik here. Produk yang mulanya diluluskan, kemudian dicampur dengan bahan terlarang itu adalah Body Lift by Biodex. Dalam majalah Mingguan Wanita, kuat betul mengiklan si Biodex ni dengan testimoni orang kurus dengan penggunaan dia lagi. Fuh berasap beb?

Nota: Ubat kurus yang banyak popular sekarang, kebanyakkan ada kesan sampingan. Ikut kata caloriecount.about.com, hanya kerana racun atau bahan terlarang belum dikesan didalam ubat-ubat kurus itu, tidak bermaksud ia tiada. Ia hanya bermaksud BELUM ditemui. :)

Berhati-hatilah menggunakan pil magik yo! Aku anti pil-pil ajaib!

Bandingkan gambor, sama kan...?


1 comments:

mamasyafi said...

Hoh...itu masslah common.terutama produk repack.
Jemput lawat blog mama utk info menarik kesihatan

Post a Comment